Wednesday 7 July 2010

Sempadan



Setiap yang berlaku kadang-kala telah di tetapkan. Sesungguhnya perancangan Alah itu lah yang terbaik. Dan sebagai manusia kita haruslah bersyukur kerana hanya Dia yang lebih Mengetahui. Dia Tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita. Sebab itu bila kita sangat-sangat mengidamkan sesuatu tapi Allah tidak juga menghadirkannya. Kita perlu bersabar. Sabar itu separuh daripada Iman. Mugkin Allah ingin menguji kita dengan apa yang berlaku. Wahai diri ingatkan la untuk selalu redha dengan apa yang berlaku.Kerana jika kita fikir kita terseksa ada orang lain yang lebih menderita dari kita. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang. Macam tu tau Emi.....huhuh

Renungan 1

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)


Renungan 2

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)


Renungan 3


“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)

Dulu Aku bercita-cita untuk kerja di Hospital Sultanah Bahiyah kerana dekat dengan rumah Aku. Jadi Aku tidak perlu bersusah payah naik bas. Macam Aku belajar kat Kelantan dulu. Aku juga tak sampai hati meninggalkan Ibu Aku keseorangan di Kedah. Akhirnya Aku dapat Sabak Bernam, Selangor. Masa lapor diri di JKNS Aku main letak jer sebab Aku sendiri tak tahu tentang selangor(bukan tempat Aku). Aku juga minta Hospital Sg Buloh, Selayang dan Klang kot. Akhirnya bermula la episod Aku di Sabak Bernam. Oleh kerana tiada bas khas masa tu untuk ke Sabak dari Alor Setar. Aku terpaksa naik bas dan bertukar 3-4 biji bas. Kerana Sabak adalah kawasan pedalaman. Akhirnya letih naik bas Aku mengambil keputusan untuk membeli kereta. Masa ni la tiap-tiap kali selesai solat Aku minta doa kat Tuhan agar cepat-cepat lancarkan urusan pertukaran Aku ke Kedah, kerana Aku rasa sungguh terseksa mengulang terlalu jauh. Akhirnya setelah setahun lebih Aku pun dapat la tukar. Memang la Sabak cuma sempadan Perak tapi seksa juga hendak drive seorang diri balik ke Kedah.

Ok jugak kerja di sempadan Perak ni. Kawan Aku yang kini bergelar suami Aku mudah la ulang alik nak jumpa Aku. Kerana beliau bekerja di Perak.

Dah kawan-kawan tu tak sangka Kampung suami berjiran dengan Kampung Aku. Kodiang, kedah. Sempadan pulak tu. Kampung suami terletakdi Kg Tambun Tulang, Perlis dan Aku Kg Kandis, Kodiang Kedah.............

nak komen, pun boleh