Saturday 27 March 2010

16 Febuari 2010

Sehingga hari ini masih ada lagi kawan-kawan aku yang mengucapkan "Selamat Pengantin Baru". Aku cuma tersenyum mendengarnya.

Aku rasa kalau tak kerana kenduri Aku ni, adik-beradik Aku dari K. Lipis dan Jengka, Pahang tak mai la ke Kedah ni.

Oleh kerana mak Aku sorang diri di Kedah , saudara mara Aku dari Pahang telah menginap selama 5-6 hari di rumahku untuk sama-sama melancarkan lagi urusan pernikahan dan perkahwinanku. Mujur ada mereka ini, pakar dalam bab-bab hantaran.

Mak aku memilih untuk mengadakan kenduri di Kodiang kerana katanya suasana kampung lebih meriah. Walaupun angin kuat yang menyebabkan Khemah kenduri hampir nak terbang namun semuanya dapat di kawal. Ni la kelebihannya rumah kampung di tengah-tengah sawah.........angin punya la kuat macam duduk tepi laut....


Terima kasih juga rakan-rakan wad bunga raya (7B) yang sudi datang ke kodiang. Mereka berkomboi beramai-ramai dari hospital bahiyah. Ada yang shif pagi terpaksa berkejar-kejar dari Alor setar ke kodiang. Manakala yang kerja ofis hour pun join sekali. Tak sangka pulak depa ni nak mai kenduri Aku, dan bawa hadiah yang sungguh istimewa.

Akhir sekali terima kasih kepada semua yang menjayakan kenduri aku di Kodiang dengan jayanya. Terutama mak aku dan Adik Aku la......terima kasih, terima kasih.



staf wad 7B





famili sebelah lelaki (perlis+perak)



familiku dan famili dari pahang

staf wad 7B

nak komen, pun boleh