Sunday 10 January 2010

Hidup biar TAK sedap.......








Aku selalu sangat terdengar iklan di TV, sologan berbunyi, "hidup biar sedap"
kerana sedaplah sedang makan susah nak berhenti. Kerana makanan yang kita makanlah meyumbang kepada pelbagai jenis penyakit. Aku tahu ramai yang tak setuju kan, kan, dengan kenyataan Aku. Tak apalah anggaplah Aku sedang menyanyi. Sebab kalau tengah sedap menyedok nasi, ada pula tempoyak, budu, ulam dan pekasam. Aku pun susah nak berhenti makan. Maka makanlah Aku sampai susah nak bagun, nak bergerak pun malas. Serius Aku cakap neeehhh.

Cerita dari wad yang akan Aku akan bawa kali ini ialah, nasihat seorang pesakit. Aku di tempatkan di wad 1st class. Pernah yang admit wad Aku Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang akan di tempatkan di wad khas iaitu wad Diraja. Selain MB, banyak lagi la yang berjawatan dan berpangkat akan mendapatkan rawatan di wad 1 st class tu. Sekiranya yang mai nak masuk single beded dan cuma layak untuk 4 beded.......boleh sahaja turun ke kaunter pendaftan di tingkat 1 dan tunjukkan GL. Di sana anda perlu membayar deposit. Mudah sahaja nohhhh.Sebab staf dekat pendaftaran je yang tahu dan sahkan GL yang anda ada tu layak untuk berapa bed. Kami yang keje kat wad ni, tak ada kuasa nak sahkan.

Opsss ye, ye nasihat seorang pesakit. Pada malam tu. Aku keje malam. Setelah selesai memeriksa tekanan darah seorang pesakit. Tiba-tiba pesakit tu yang Aku panggil Hata, bersuara.

" Emi jaga la makan , Sup-sup tulang,Sup Gear Box, yang berlemak, bermiyak jangan dok makan sangat. Semua tu berbisa!. "

Aku tetiba membeliakan mata, mendengar nasihat dan kata-katanya.Suaranya kedengaran sayu. Aku cuma mendengar. Diam. Keadaanya agak lemah.

Hata yang berumur 40-an pernah di intubation di ward aku, dan di hantar ke ICU. ICU dan wad sudah jadi tempat persinggahannya. Bukan sekali tapi dua tiga kali jugalah.

Kini Hata di tempatkan di single beded. Bukan calang-calang orang dapat masuk single beded. Tapi macam mana selesa pun single beded tu. Aku rasa tidak membawa apa-apa makna kerana keadaan kesihatan Hata yang tak menentu. Hingga masih ditahan di wad.

" Ye la masa muda ni la kita kena jaga makan" Aku cuba menganguk menyokong kata-katanya.

"Dulu saya, sekali mula makan. Susah nak berhenti. Mengadap sunguh-sunguh. Lepas tambah, tambah. Tambah. Tambah." Makin sebak pula suara Hata kali ni.


Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang Aku nak cerita.Dan Aku sendiri ingin sekali berborak-borak dengan pesakit dan nak tahu mengapa, dan mengapa mereka masuk keluar wad. Sedangkan ada di antara pesakit yang masuk, adalah Pakar yang bekerja di Hospital Besar . Dan tentulah mereka lebih tahu komplikasi-komplikasinya bila penyakit mula datang. Dan sekarang, tanpa bertanya Aku sudah tahu jawapannya. Makanan. Makanan yang sedap. Aku nak selalu ingatkan diri Aku. Hidup biar TAK sedap. Slogan Hidup biar sedap kena buang jauh-jauh.

Biarlah lauk sup sayur, ikan goreng dan air suam pun. Makan pun tak banyak sebab TAK sedap.

Terima Kasih Hata sebab nasihatkan Aku.







nak komen, pun boleh