Tuesday 29 September 2009

> Rencana >> Sosial “Mirror mirror on the wall! Who s the fairest of them all?”

Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN sumber YADIM

... Alkisah, Narcissus adalah seorang rupawan yang setiap hari berlutut di sebuah danau sambil mengagumi keindahannya sendiri. Ia begitu terpesona oleh dirinya hingga suatu pagi, ia jatuh ke dalam danau itu dan tenggelam. Di titik tempat jatuhnya itu, tumbuh sekuntum bunga yang dinamakan narcissus. Setelah itu, dewi-dewi hutan muncul dan mendapatkan danau tadi, yang sebelum itu berisi air segar, telah berubah menjadi danau air mata yang asin.

“Mengapa engkau menangis?” tanya dewi-dewi itu.

“Aku menangisi Narcissus,” jawab danau.

“Oh, tidak hairanlah jika kau menangisi Narcissus,” kata mereka, “kerana walau kami selalu menari di dalam hutan ini, hanya kau saja yang dapat mengagumi keindahannya dari dekat.”

“Tapi...indahkah Narcissus?” tanya danau.

“Siapa yang lebih mengetahuinya daripada engkau?” tanya dewi-dewi, kehairanan.

“Dekatmulah ia tiap hari berlutut mengagumi dirinya!”

Danau terdiam beberapa saat. Akhirnya, ia berkata:

“Aku menangisi Narcissus, tapi tak pernah kuperhatikan bahawa Narcissus itu indah. Aku menangis kerana, setiap kali ia berlutut dekat di sisiku, aku bisa melihat, di dalam matanya, pantulan keindahanku sendiri.” ...

(Dipetik daripada novel Paulo Coelho "The Alchemist")

KARAKTER dan perilaku merupakan suatu teori mengenai bagaimana seseorang individu berkomunikasi yang mana perilaku yang digambarkan bergantung kepada karakter yang dimiliki. Tiga karakter yang dikenalpasti mengikut teori Dominic A. Infante, pengkaji dalam bidang komunikasi tingkah laku luar kawalan ialah ‘Argumentativeness’ yang menunjukkan karakter individu yang gemar menentang dengan kecenderungan menawarkan suatu topik yang berlawanan dalam berkomunikasi selain hanya cenderung dengan pendapatnya sendiri serta sering menyangkal atau menyalahi pendapat lawan.

Karakter kedua dipanggil ‘sosial and communication anxiety or communication anxiety’ ini mempamerkan sifat individu yang selalu gelisah dalam bersosial dan berkomunikasi atau menurut istilah lain adalah kekhuatiran komunikasi. Karakter ketiga pula adalah ‘narcissism atau self-love’, suatu sifat kecintaan yang mendalam pada diri sendiri dalam berkomunikasi. Anita Vangelisti, Mark Knapp, dan John Daly, menjelaskan bahawa individu narsis berkecenderungan untuk menonjolkan kelebihan yang ada pada diri sendiri sebagai suatu kebanggaan yang sering ditunjukkan kepada lawan bicara. Hal ini, jelasnya biasa terlihat secara ‘non verbal’ atau bahasa gerak badan dengan mempamerkan perilaku yang berlebih-lebihan dan memberikan kritikan terhadap penampilan individu lain dengan tujuan mengelak kritikan terhadap dirinya.

Terdapat pelbagai faktor penyebab seseorang cenderung menjadi narsis. Faktor-faktor tersebut antara lain adalah faktor keturunan dan faktor persekitaran. Narsis biasanya timbul akibat daripada pujian dan penghormatan yang diterima berulang kali daripada individu lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa dirinya cantik kerana acapkali menerima pujian bahawa dirinya cantik meskipun pada awalnya dia tidak berasa dirinya sedemikian. Narsis tidak hanya bermanifestasi pada perilaku yang gemar memuji dirinya sendiri, kerap menghadap cermin atau kerap bergaya persis model, tetapi juga terdapat implikasi lain daripada sikap narsis itu sendiri.

Sikap-sikap narsis:

1. Mereka yang bersikap narsis akan berasa lebih hebat dan besar berbanding orang lain.
2. Memiliki fantasi untuk mencapai kejayaan dan kekuasaan yang tinggi.
3. Berasa dirinya unik dan berbeza daripada orang lain.
4. Gemar memberikan kritikan bahawa dirinya lebih daripada segenap segi daripada orang lain.
5. Ingin layanan istimewa daripada orang lain.
6. Cenderung memanipulasi dan mengeksploitasi bagi kepentingan sendiri.
7. Tidak mempunyai rasa belas simpati serta angkuh dan sombong.

Tidak dapat dinafikan, setiap manusia mempunyai keinginan untuk diutamakan yang jika tidak dijaga dengan baik akan membawa pada kecacatan kekal yang hina lagi keji, iaitu sikap tamak dan mementingkan diri sendiri. Ia lebih jelas kelihatan pada manusia yang bersifat ingin kehadirannya disedari, ingin dirinya kelihatan penting di dalam komuniti yang didiaminya. Jika tidak, mana mungkin wujud segala macam jenis horoskop, kenali personaliti melalui tarikh lahir, bulan lahir, hari lahir, anak nombor berapa, tahi lalat, bentuk wajah melalui tajul muluk dan sebagainya - hanya untuk menentukan spesies dan kategori manusia manakah kita ini.

Daripada Ibnu Mas’ud, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Tidak masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat sezarah kesombongan (takbur).” Berkata seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan seseorang yang menyukai pakaian dan sepatunya yang bagus?” Rasulullah menjawab, ”Sesungguhnya Allah itu baik/indah, dan menyukai kebaikan/keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan memandang orang lain lebih rendah.”

Jika dilihat dari sudut psikologi, sikap narsis ini termasuk di dalam kategori penyakit jiwa.
Sigmund Freud, menghuraikan bahawa narsis berpotensi terarah kepada keadaan ‘Narcissistic Personality Disorder’ (NPD), suatu keadaan gangguan karaktor individu yang menunjukkan kesombongan, egoisme, riak dan kecintaan yang berlebihan pada diri sendiri. Istilah tersebut juga digunapakai pada kelompok sosial tertentu yang didorong sikap mengkritik dan memburuk-burukkan anggotanya.

Individu narsis senantiasa dibelenggu oleh egoisme dan penumpuan kepada dirinya sendiri sehingga ‘mengaburi matanya’ untuk melihat kebaikan, keunggulan, dan kebenaran individu lain selain dirinya. Rasulullah bersabda, bahawasanya ciri utama orang yang takbur adalah menolak kebenaran. Mereka menolak kebenaran dan kebaikan selain daripada diri mereka kerana baginya tidak wujud kebenaran selain diri mereka. Bahkan merekalah yang paling benar. Mereka membesar-besarkan diri mereka dan mengerdilkan orang lain.

Allah s.w.t menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud, “Aku akan palingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi dari ayat-ayat-Ku.” (al-A’raf: 146)

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai sikap narsis. Bagaimanapun, yang membezakan mereka adalah tahap darjahnya. Ada pendapat penyatakan bahawa narsis juga mempunyai sisi yang positif jika dipraktikkan sekali-sekala.

Perkara penting yang perlu ada ialah garis panduan yang dapat membezakan narsis dengan keyakinan diri. Individu yang berkeyakinan pada diri biasanya akan menghargai pujian dan penghargaan yang diterima tanpa beranggapan bahawa pujian dan penghargaan itu suatu kemestian. Keyakinan dan kepercayaan pada diri dapat dilihat daripada sikap keterbukaan terhadap kritikan. Individu sebegini walau tidak mendapat layanan dan keistimewaan tidak akan berasa kekecewaan sepertimana individu narsis.

Individu ini juga mempunyai perasaan simpati dan mengambil kira perasaan individu lain. Cara terbaik bagi mencegah individu ini menjadi narsis adalah dengan bersedia menerima kritikan orang lain dengan hati yang terbuka. Selain itu, sering menyelami kelebihan dan kekurangan pada diri juga merupakan salah satu cara agar keyakinan dan kepercayaan diri bertukar kepada narsis. Individu yang berkeyakinan dan percaya pada keupayaan dirinya sendiri tidak bergantung kepada orang lain dalam mencari keselesaan.

Sebaliknya, rahsia besar individu narsis ialah mereka sangat bergantung kepada pujian dan penghargaan orang lain dalam mencapai keyakinan diri. Jauh di sudut hati mereka, tersimpan sebuah jiwa yang rapuh dan senantiasa hidup dengan harapan tinggi menggunung akan pujian daripada orang. Persis ibu tiri Snow White yang selalu bertanya pada kaca ajaibnya, “Mirror mirror on the wall! Who´s the fairest of them all?”

Saturday 26 September 2009

Setelah 5 tahun menanti....

Akhirnya setelah 5 tahun merantau akhirnya aku dapat berbakti kat kampung sendiri...
Sejak belajar di kelantan selama 3 tahun aku terpaksa naik turun bas dan belajar menyesuikan diri di tempat orang.Dan setelah tamat belajar aku di tempatkan pula di salah sebuah daerah yang aku memang tak tahu kewujudannya iaitu sabak bernam.

Memang seronok kerja di sabak bernam cuma bila bekerja di hospital daerah aku terpaksa on-call 24 jam....jadi tak kira masa pukul 2-3 pagi aku kena stand by uniform dan handset sentiasa on........takot kalau-kalau ada kes yang nak hantar ke Klang, Selayang dan KL dan ke mana saja...menaiki ambulans.

Berlainan pula di tempat aku sekarang memang tak der on-call melainkan kes-kes tertentu. Walau pun agak sibuk sedikit tapi tak payah la on call 24 jam. Boleh la aku tidur dengan tenangnya tanpa perlu bimbang hospital call. Tak ada la orang nak ketawa kan aku lagi, sebab cakap loqat kedah. Sebab Hospital Sultanah Bahiyah bahasa utamanya ialah loqat kedah....lain pula di sabak bernam aku asyik diketawakan jer....sebab mereka mendakwa loqat kedah aku terlalu pekat...hingga aku jadi bahan ketawa.Cissss

Aku rasa untuk staf-staf yang baru, mai la cari pengalaman di hospital besar. Sekurang-kurangnya mereka dapat menambahkan lagi kemahiran dan ilmu mereka. Tak rugi. Contoh hospital sultanah Bahiyah ni dilengkapi dengan kemudahan ‘Total Hospital Information System’ (THIS) serta kemudahan perubatan pakar bertaraf antarabangsa. Jadi nak buat apa semua main klik-klik ja.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua kawan-kawan sekerja aku di sabak bernam kerana sudi memberi tunjuk ajar kat aku selama aku di sana. Seronok bekerja dengan hampa semua. Tapi nak buat lagu mana, aku ada tanggungjawab jugak kat sini.
Harap keseronokkan itu akan wujud jugak selama aku kat hospital sultanah bahiyah ni, kerana bila kita rasa seronok bekerja, bermakna kita tak stres, bila kita tak stress kita akan berusaha lakukan sebaik mungkin...aminnn

Friday 18 September 2009

Buat menyemak rumah jeee..!!!

Sempena hari raya yang bakal tiba, aku pun memulakan operasi mengemas apa yang patut. Kira beruntung la setelah aku dapat tukar ke Hos Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Matron kat sini bersetuju bagi kami semua yang melapor diri pada 14 Sept yang lalu, cuti selama 4 hari dan mula bekerja semua pada raya ke-3. Amin. Kalau aku masih berada di Selangor, belum tentu dapat cuti yang dah kira panjang macam ni....syukur Alhamdulilah...

Sedang aku berkemas-kemas tiba-tiba aku terjumpa kraf tangan yang cantik. Ia hasil pemberian rakan-rakanku yang melansungkan perkahwinan. Sayang nyer nak buang. Tapi rumah aku ni sempit. Aku sendiri tak tahu nak letak kat mana dah.



len kali sapa nak buat kenduri bagi telur rebus dah la, boleh aku balik makan, selamat dalam perut aku jer...


Dalam rumah tu cuma ada mak aku, aku pun tanya la.

" Mak, mak kat mana nak letak hiasa-hiasan ni"

"Kalu nak simpan, jangan menyemak kat depan. Simpan dalam bilik. Kalau tak, buang jer. Lain kali jangan dok pi beli yang bukan-bukan" gerutu mak aku.

" Ni bukan beli la, kawan-kawan yang bagi" aku membalas.

" Nanti bagi tau kawan-kawan, mak aku tak bagi bawa balik hiasan-hiasan ni. Mak aku marah. Tak payah bagi pun tak apa" Mak aku berseloroh sambil qeenyieeh.

Aku hanya terdiam membisu. Nampaknya aku terpaksa buang la pemberian rakan-rakan aku ni. Fasal bilik aku pun dah penuh...buku-buku nota aku pun aku sumbat bawah katil jer...tak kan nak sumbat lagi..aduhhh.....maaf la ye...bukan salahku..

Thursday 3 September 2009

Nak minta tolong

"Htaj Diana"

Tiba-tiba henset aku berbunyi, suara dari henset menyebut nama Diana.

" Assalamualaikum........"

"Waalaikumussalam" balas aku ceria...

" Kenal lagi tak? " Tanya Diana

"Kenal, Diana.....Tak kan la... tak kenal wad ko dok sebelah wad aku je" Aku mula menghentam.

Aku tiba-tiba hairan walau pun rumahnya selang beberapa buah rumah dari rumah aku dan hanya bertegur jika wadnya atau wad aku ingin membuat sistem barter seperti bertukar barang-barang keperluan seperti kontena blood culture and sensivities, intravena injection dan sewaktu pas cencus 24hour.

" Aku nak minta tolong ni" Jelas Diana

"Minta tolong apa?" Aku mula di rundung pelik. Minta tolong apa malam-malam ni.

"Hari tu masa ko minta tukar kau bagi alasan apa ye?. Aku tengah isi borang tukar ni, tolong la aku karang ayat . Semua kawan-kawan kita dah dapat tukar dan dalam proses minta tukar. Aku rasa tak senang duduk dah ni, alih-alih tinggal aku sorang je yang belum isi borang tukar. Masing-masing dah ada haluan sendiri. Aku ingat nak isi dah borang tukar ari tu, sampai sekarang tak isi-isi.Ko pun senyap-senyap je ye, tau-tau dah dapat tukar" bentak Diana. Aku cuma tersenyum sendiri mendengar celoteh Diana.

" Hehehehe, aku memang masuk jer kerje baru beberapa bulan mak aku bising suruh minta tukar. Tak kan la ko tak ingat aku orang pertama hantar borang tukar. Lebih kurang macam ni ayat aku

Sudah sekian lama, sejak umur saya 4 bulan saya tinggal bersama seorang ibu tunggal. Saya mempunyai seorang adik lelaki sahaja dan beliau pun baru mendapat tawaran belajar. Jadi tiada siapa di rumah untuk menemani ibu saya. Tambahan pula ibu saya sering mengalami gejala seperti pitam. Jadi saya bimbangkan keselamatan ibu saya kerana beliau keseorang di rumah . "
Terang aku panjang lebar

"Oohhhh macam tuuuu" kedengaran suara Diana makin jauh.

" Ko nak minta mana" Balas aku ingin mengorek rahsia.

" Aku nak minta Melaka, sebab Johor tu luas sedangkan kampung aku sempadan je ngan Melaka" Terang Diana.

" Ko kena rajin call Putrajaya dan JKN insyaAllah dapat, nanti aku bagi nombornya kat ko" Jawab aku.

" Ok, nanti jangan lupa send kan nombornye kat aku ye, ko tu pun sebelum berangkat pergi kedah aku nak jumpa ko dulu..jangan lupa kat aku pulak "

"InsyaAllah"

Tuesday 1 September 2009

Mengapa dan mengapa....





Ni Perhentian semanggol, memang ni tempat aku lepak untuk melepaskan lelah . Seluruh badan aku akan lenggoh-lenggoh jika aku tidak berhenti memandu seorang diri. Perjalanan Alor Setar ke Sabak Bernam, Selangor sejauh 340km. Naik bas pun lagi la makan masa kerana aku perlu naik banyak bas baru sampai....kerana tiada bas terus dari sabak bernam ke alor setar dan sebaliknya....mengapa dan mengapa ye? Bawa perlahan mengantuk, bawa laju aku dah janji ngan mak aku tak nak bawa lebih dari 100km/jam...aduhhh




Kadang-kadang sewaktu memandu aku kecut perut sebenarnya melihat lori kontena yang besar-besar, dan bertan-tan beratnya dari kenderaan yang aku bawa....Tapi kadang-kadang aku pecut juga...beranikan diri....tapi tu la perasaan aku sebenarnya....terpaksa rela juga.....aku takut sebenarnya..kalau la aku dapat transfer kedah tak payah la memandu jejauh gini....tapi mengapa, mengapa permohonan aku tak luluskan lagi, mengapa ye

Bila aku minta cuti lebih dari 4 hari, kawan-kawan aku mula la merungut kerana mereka terpaksa buat double duty kerana aku minta cuti. Tapi diaorang tak tahu ke betapa jauhnya kampung aku, nak balik setakat 2-3 hari buat penat badan aje la. Aku dah isi borang nak minta kedah tapi kenapa orang-orang di JKN tak luluskan dah lebih setahun aku tunggu. Aku pun tak nak cuti lama-lama nyusahkan orang tapi kenapa permohonan aku tak di luluskan, mengapa dan mengapa ye....

Bila aku balik kedah, aku tetap akan jadi jururawat, bukan aku akan tukar bidang jadi bomba ke, polis ke. aku cuma nak balik tempat sendiri, kampung sendiri mengapa la payah sangat ye? Dah berkali aku call tapi masih tiada jawapan yang positif dari mereka?

Aku dengar syarat untuk dapat tukar cepat ialah alasan mengikut suami dan aku cuma bagi atas orang tua. Rakan aku kata alasan tu sekarang dah tak boleh terima pakai. Aku tak faham la, sebenarnya bagaimana kalu orang tua kita yang sudah uzur sendirian di rumah. Sakit pening orang tua kita siapa yang nak bertanggungjawab. Aku tak faham lagi. Mengapa dan mengapa.


Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.. Tolong laaa aku nak balik kedah.....walau pun sebenarnya aku seronok dah kerja di tempat sekarang nihhh....

nak komen, pun boleh