Tuesday 3 April 2007

stress”

“stress”

******Keadaan atau hasil menekan. Sesuatu yang menekan dengan kuat, di sebabkan desakan dan paksaan. Contoh : emosi yang menganggu perjalanan fikiran.

( Kamus dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998, muka surat 1396 )

*******Secara paksa seupayanya untuk mempengaruhi, tekanan atau keadaan ketegangan fisiologi atau psikologi disebabkan oleh rangsangan yang kurang baik dari segi fizikal, mental, emosi, dalaman, dan luaran. Juga cenderung untuk menganggu fungsi organisma dan di mana organisma mengelakkannya daripada berlaku.

( Encyclopedia & Dictionnary of Medicine, Nursing & Allied Health, seventh Edition, Miller-Keane, Saunders,2003, Elsevier (Philadelphia Pennsylvania),muka surat 1685 )


“jururawat pelatih”

- individu yang mengikuti Kursus Diploma Kejururawatan

selama 3 tahun.Contoh : Kolej Kejururawatan Kubang Kerian




“ peperiksaan akhir “

- Peperiksaan akhir Kursus Diploma Kejururawatan Kementerian

Kesihatan Malaysia

- Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia untuk mendapatkan lesen

jururawat .

- Observational Skill Clinical Experience (OSCE)




Rasional Pemilihan Tajuk :


1 . Stress merupakan masalah yang sering dihadapi oleh setiap orang

apabila tidak dapat mengawal sesuatu keadaan dan mestilah

mempunyai penyebab-penyebab yang tertentu dan ini menarik minat

kami untuk melakukan kajian.

2 . Terdapat banyak aduan daripada jururawat pelatih berkenaan dengan

mengalami peningkatan stress dalam menghadapi peperiksaan akhir

Kursus Diploma Kejururawatan.

3 . Peratus kelulusan di kalangan jururawat pelatih yang kurang

memberangsangkan dikaitkan dengan peningkatan stress dalam

menghadapi peperiksaan akhir Kursus Diploma Kejururawatan.

4. Selain itu juga,satu kajian yang telah dijalankan menunjukkan stress

dikalangan pelajar kolej semakin meningkat oleh Shannon E.Ross

etc,June 1999 dan ini telah menarik minat kami untuk mendalaminya

dengan lebih lanjut.

ABSTRACT


Objective untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan stress dikalangan jururawat pelatih tahun akhir dalam menghadapi peperiksaan akhir dan mengemukakan langkah-langkah bagi mengurangkan stress yang dihadapi

Design questionnaires yang digunakan adalah dalam bentuk ‘multiple answer’ dan jawapan yang dikemukakan adalah dalam bentuk ‘single respons’

Setting responden adalah terdiri daripada pelatih jururawat yang akan menduduki peperiksaan akhir iaitu semester 6 (1/2004) , Kolej Kejururawatan Kubang Kerian

Methods 30 soalan dibentuk dan diagihkan kepada responden yang dipilih secara ‘random sample’ dimana ia dipilih secara rawak iaitu seramai 30 responden yang terdiri dari ciri-ciri yang sama dalam kumpulan yang sama

Results 30 questionnaires yang diagihkan telah dikembalikan semula.Setelah dianalisa dan dikaji didapati faktor tertinggi penyebab stress adalah disebabkan oleh faktor akademik disamping faktor lain yang telah dikemukakan.

Conclusion setelah kajian dijalankan didapati faktor akademik merupakan faktor tertinggi penyebab stress dikalangan responden. Selain itu terdapat faktor lain seperti masalah keluarga ,masalah kewangan , masalah peribadi dan lain-lain.





LITERATURE REVIEW

Stress adalah reaksi fizikal dan mental seseorang individu akibat dari situasi yang menyebabkan seseorang tidak mencapai keselesaan. Situasinya adalah peperiksaan akhir yang bakal dihadapi oleh jurururawat pelatih pada akhir pengajian Diploma Kejururawatan. (Palmer.T.J, July 1999) menyokong dengan menyatakan bahawa pelajar tahun ketiga yang tahun akhir mempunyai kadar stress yang tinggi bagi mereka yang tidak dapat menangani stress yang dialami. “…the importance of the third and final year could create an even greater degree of stress for those who have not yet developed an adequate coping strategy”. Faktor – faktor yang telah dikenalpasti menyebabkan stress adalah faktor intrapersonal, interpersonal, akademik, dan juga persekitaran.

Faktor intrapersonal adalah seperti bimbang akan masa depan, masalah peribadi, kurang keyakinan diri, kemurungan, perubahan tidur serta pemakanan. Ini disokong oleh (Shannon E.Rose, Jun 1999) dengan menyatakan bahawa faktor intrapersonal adalah faktor yang utama “… intrapersonal sources of stress were the most common sources of stress” serta tekanan untuk mencari kerja dan pasangan hidup menyebabkan stress “ college student, regardless of year in school often deal with pressure related to finding a job or a potential life partner”. Manakala (Ahmad.N, 2003) menyatakan masalah emosi yang tidak diatasi boleh menyebabkan stress “Berapa banyak maklumat mahupun ilmu yang anda peroleh belum tentu menjamin anda berjaya menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan selagi masalah emosi tidak di kendalikan. Hal ini di sebabkan tekanan emosi boleh mengganggu fikiran”. (Yeo.A,1995) menyokong dengan menyatakan stress boleh terjadi disebabkan oleh diri seseorang itu sendiri. “... stress is not caused by any one single factor .Neither it is caused by the person alone. It is the interaction of the major factors in a person’s life and the kind person he is “ Selain itu, (Thomas.C, 2005) pula menyatakan stress disebabkan oleh kemurungan, gangguan makan dan tidur, pengambilan bahan tertentu dan sebagainya, “... include depression, sleep disorders, substance abuse, anxiety, eating disorders, impulsive behaviors, including sexual promiscuity and self-mutilation, and suicide”. Manakala (Shannon E. Rose, Jun 1999) juga menyatakan intrapersonal berpunca daripada masalah dalaman seperti perubahan dalam pemakanan dan tabiat tidur. “ intrapersonal sources result from internal sources, such as, changes in eating or sleeping habits”. Masalah kesihatan juga boleh menyebabkan stress dan disokong oleh( Ahmad .N, 2003) dengan menyatakan kesihatan mempengaruhi tumpuan pada pelajaran dan seterusnya menyebabkan stress “ Sekiranya anda sakit atau lemah dan seterusnya anda tidak mempedulikan masa makan yang teratur boleh menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran “. Selain itu, masalah kurang keyakinan diri dalam menjawab peperiksaan juga menyebabkan stress dan ini disokong oleh( Wiliams & Wilkins .L, 2005) “ The academic implications of test anxiety consisted of fears associated with failing written examinations and not completing the nursing program”

Faktor interpersonal pula melibatkan perhubungan dengan rakan-rakan, ahli keluarga serta teman istimewa dan juga masalah kewangan. Pernyataan ini disokong oleh (Thomas. C, 2005) dengan menyatakan “… developmental issues college students face and then offer a litany of stressors such as peer pressure, competition, cultural adjustment, and financial problems”. (Shannon E. Rose, Jun 1999) juga menyokong dengan menyatakan “Interpersonal sources result from interactions with other people, such as,a fight with a boyfriend or girlfriend or trouble with parents”. Selain itu, (Zainol.A.S, 2001) menyatakan “… faktor yang dominan yang sering mempengaruhi pelajar iaitu rakan sebaya, media dan keluarga”.
(Ahmad N.2003) turut menyokong dengan menyatakan “Tekanan emosi berlaku akibat kehilangan orang yang di sayangi, sering di leteri, pertengkaran dengan ahli keluarga atau teman rapat sehingga menimbulkan gangguan minda”.



Dari segi akademik pula,menyenaraikan kerja kuliah yang banyak,aktiviti harian kolej yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkan stress pada jururawat pelatih. Pernyataan ini disokong oleh (Thomas. C, 2005) menyatakan
stress adalah juga berkaitan dengan kehidupan akademik “Subtopics include academic, extracurricular, parental, racial, and cultural issues that affect students normal developmental processes”. Selain itu,(Shannon E. Rose, Jun 1999) juga menyatakan perbezaan kehidupan dan aktiviti di dalam kolej dan di luar kolej seperti ujian mingguan dan peperiksaan menyebabkan kejadian stress “The problems and situations encountered by college students may differ from those faced by their nonstudent peers (HIRSCH & ELLIS,1996). The environtment in which college students live is quite different”.”the pressure to earn good grades and to earn a degree is very high (Hirsch & Ellis, 1996 ) other potential source of stress include excessive homework, unclear assignment ...”. Keletihan akibat praktikal di penempatan klinikal juga menyebabkan stress dan ini disokong oleh ( Nolan.P and Smojkis . M, 2003) “It might be supposed that some clinical areas are more stressfull than others and lead to increased burnout among staff”. Selain itu, kegagalan dalam peperiksaan lepas juga menyebabkan stress dan disokong oleh (Palmer. T.J, 1999 ) “… prior to subjecting them to the traumatic experience of exam failure in developing a bi –directional adaption” .

Faktor persekitaran adalah selain daripada akademik seperti masalah kereta atau komputer,ini disokong oleh (Shannon E. Rose Jun, 1999). ”Environmental stressors results from problems in the environment, outside of academics, such as car or computer problems”. “... other potential source of stress include ... uncomfortable classroom ( Kohn & Frazer,1986)”. Suasana dan kemudahan pembelajaran di kolej serta bilik kuliah juga merupakan punca para pelatih mengalami stress. Persekitaran yang tidak selesa, suasana yang bising dan pencahayaan yang kurang semasa menelaah
pelajaran turut boleh mendatangkan stress. Stress juga adalah disebabkan oleh hubungan antara seseorang dengan persekitaran iaitu keadaan yang tidak
kondusif untuk merehatkan fikiran. Pernyataan ini disokong oleh (Wong, D., Leung, S., So, C., Lam. D, May 1, 2001) menyatakan persekitaran boleh menyebabkan peningkatan stress “… stress is an outcome of a transaction or relationship between the person and the environment. When the environmental stressors are perceived by an individual to be demanding and to have exceeded his/her personal resources to cope with them, the person will experience stress”.Ini juga di sokong oleh (Yeo.A,1995) dengan menyatakan stress bukan di sebabkan oleh satu faktor sahaja. Tidak juga di sebabkan oleh diri sendiri. Ia adalah gabungan kepada faktor major di dalam kehidupan seseorang. Ia boleh berpunca antaranya dari tiga faktor ini iaitu persekitaran, situasi dan aktiviti seharian.“ stress is not caused by any one single factor .Neither it is caused by the person alone. It is the interaction of the major factors in a person’s life and the kind person he is. It can come from any or all of these three sources – the environment,situations and life’s events “












RESEARCH PROBLEM


Problem statement :

Apakah faktor – faktor yang menyebabkan ‘stress’ dikalangan jururawat

pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir ?



Hypothesis :

Semua jururawat pelatih mengalami stress dalam menghadapi peperiksaan

akhir dan faktor – faktor yang menyebabkan stress termasuklah faktor

intrapersonal,interpersonal, akademik dan persekitaran.



Purpose of study :

Untuk menghuraikan faktor – faktor yang menyebabkan ‘stress’ dan

mengenal pasti faktor yang tertinggi yang menyebabkan stress di kalangan

jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir .

















Research Objective



General objective :

Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang menyebabkan ‘stress’ di kalangan

jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir.



Spesific objective :


Untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan ‘stress’.

Untuk mengetahui faktor – faktor yang menyebabkan ‘stress’.

Untuk menilai bagaimana peperiksaan akhir boleh menyebabkan

‘stress’.

Untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan kaedah pengurusan

‘ stress ‘ yang berkesan.

Memberi rekommendasi atau strategi untuk mencegah berlakunya

‘ stress’.










RESEARCH DESIGN AND METHODOLOGY


‘Research design’ dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah ‘Observational studies’ iaitu dengan menerangkan setiap faktor-faktor yang telah dikenalpasti. Kajian ini merupakan ‘Descriptive research’ yang menghuraikan secara terperinci bagi setiap faktor.Daripada kaedah ini,kami memilih untuk menggunakan kaedah ‘Qualitative research’ iaitu melibatkan penerokaan yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang menyebabkan ‘stress’. Ia dilakukan secara ‘Focus group discussion’ serta ‘Case series report’.Kajian ini juga merupakan ‘Replicate study’ kerana merujuk kepada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh ‘researcher’ lain sebelum ini.

Kami memilih menggunakan kaedah ‘sampling’ adalah kerana kaedah ini adalah mudah dan cepat untuk dikaji serta kos yang diperlukan adalah lebih murah kerana subjek kecil.

Kajian ini melibatkan 30 orang jururawat pelatih Semester 6 (2/2004) sebagai sampel atau reponden. ‘Population’ adalah terdiri daripada 90 orang jururawat pelatih semester 6 yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada Mei 2007. Sampel diambil secara rawak yang mempunyai ciri – ciri yang sama dalam kumpulan yang sama .

Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah ‘questionnaires’ iaitu 30 soalan telah dikemukakan bagi mengutip maklumat untuk kajian ini. Temuramah juga telah dilakukan pada sampel.




DATA COLLECTION
Setting, population and sample
- Melibatkan pelajar semester 6 (Kumpulan 2/2004)
- Populasi ialah seramai 90 orang.
- 30 orang pelatih di ambil sebagai ‘sample’

Data collection tool
‘Questionnaires’ yang telah dibentuk berdasarkan punca-punca yang telah di kenal pasti iaitu dari segi intrapersonal, interpersonal, akademik, dan persekitaran adalah seperti berikut :

Adakah anda faham dengan perkataan ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda sedang menghadapi ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Jika, ‘ya’ mengapa anda mengalami ‘stress’?
[ ] Peperiksaan akhir semakin hampir
[ ] Masalah keluarga
[ ] Masalah kewangan
[ ] Masalah peribadi
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________

Bilakah anda mula mengalami ‘stress’?
[ ] Permulaan semester
[ ] Akhir semester
[ ] Pertengahan semester
[ ] Tiada

Adakah anda menghadapi masalah untuk tidur atau adakah tidur anda tidak lena?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda bimbang akan masa depan anda, berkaitan dengan……
[ ] Tidak lulus peperiksaan
[ ] Masalah keluarga
[ ] Alam pekerjaan
[ ] Alam perkahwinan
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________

Berapa lama masa yang di ambil untuk mengulangkaji pelajaran?
[ ] 1-2 jam
[ ] Lebih 4 jam
[ ] 3-4 jam
[ ] 40 minit

Adakah sukatan mata pelajaran yang padat menyebabkan anda ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda seorang yang sering mengulangkaji pelajaran pada saat akhir menjelang peperiksaan?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran menjelang peperiksaan akhir?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda mempunyai jadual aktiviti harian dan jadual belajar?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda melakukan aktiviti harian berdasarkan jadual tersebut?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah peratusan kegagalan yang tinggi pada keputusan peperiksaan akhir menyebabkan anda ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah aktiviti harian di kolej menyebabkan anda ‘stress’ dan tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah keletihan akibat latihan di kawasan klinikal menyebabkan anda ‘stress’ menghadapi peperiksaan akhir?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah tekanan daripada para pengajar menyebabkan anda ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda yakin untuk menjawab semua soalan peperiksaan akhir?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah anda sering menghadapi konflik keluarga?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah harapan ibu bapa yang tinggi menyebabkan anda ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah rakan-rakan menyebabkan anda ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak

‘Stress’ dari rakan-rakan disebabkan oleh :
[ ] Pengaruh negatif
[ ] Perselisihan faham
[ ] Masalah komunikasi
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________

Adakah jadual waktu kelas yang tidak teratur menyebabkan anda ‘stress’?
[ ] Ya
[ ] Tidak


Persekitaran yang bagaimanakah membuatkan anda ‘stress’ semasa mengulangkaji pelajaran?
[ ] Suasana yang bising
[ ] Suasana tidak kondusif
[ ] Pencahayaan tidak cukup
[ ] Semua diatas

Adakah suasana di dalam bilik atau asrama menyebabkan anda kurang tumpuan semasa menelaah pelajaran?
[ ] Ya
[ ] Tidak

Adakah kekurangan kemudahan yang disediakan di kolej menyebabkan anda ‘stress’ untuk menghadapi peperiksaan?
[ ] Meja, kerusi tidak selesa dan rosak
[ ] Kemudahan internet
[ ] Bahan dan sumber rujukan
[ ] Semua di atas
[ ] Kemudahan mencukupi

Adakah suasana tenang dan sunyi dapat membantu anda mengatasi ’stress’ ?
[ ] Ya
[ ] Tidak

27, Adakah kesihatan yang kurang memuaskan menyebabkan anda ‘stress’ dalam menghadapi peperiksaan akhir?
[ ] Ya
[ ] Tidak


Adakah anda boleh menangani ‘stress’ yang dialami?
[ ] Ya
[ ] Tidak

29. Apakah cara yang anda lakukan untuk menghilangkan / mengurangkan ‘stress’?
[ ] Ambil ubatan
[ ] Mendengar muzik
[ ] Senaman atau beriadah
[ ] Tidur
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________

Kepada siapakah anda ingin merujuk bagi mengurangkan ’stress’ yang dialami?
[ ] Kawan
[ ] Teman istimewa
[ ] Ibu bapa
[ ] Pengajar
[ ] Kaunselor
[ ] Tidak memberitahu sesiapa











Data collection procedure :

- Proses pembetukan “questionnaires” Pembentukan questionnaires telah dilakukan berdasarkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan stress pada
jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan

- Soalan dibentuk mengikut kesesuaian faktor Quenstionnaires adalah
mengandungi 5 soalan berkaitan intrapersonal, 5 soalan berkaitan
interpersonal, 5 soalan berkaitan interpersonal, 5 soalan berkaitan
akademik, 5 soalan lagi mengandungi cadangan serta menguji
kefahaman responden.

- ‘Pilot study’ telah dilakukan pada lima orang jururawat pelatih tahun akhir Diploma Kejururawatan.

- Surat permohonan kebenaran untuk melakukan kajian ke atas responden jururawat pelatih Semester 6 di sediakan dan dihantar kepada pengajar penyelaras semester 6 dan pengetua Kolej Kejururawatan Kubang Kerian sebagai pemberitahuan.

- Permohonan melakukan kajian di persetujui dan ‘quetionnaires’
diedarkan pada minggu ke enam seperti yang dirancangkan di
dalam ‘Gantt Chart’. Masa dan tempat telah ditetapkan.

- Sebanyak 30 set soalan disediakan dan diedarkan kepada 30 orang
responden yang terdiri daripada jururawat pelatih semester 6.

- ‘Quetionnaires’ dikumpulkan sebaik sahaja selepas pelatih selesai
menjawab soalan.


DATA ANALYSIS


Soalan 1

Adakah anda faham dengan perkataan ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-seramai 30 orang responden menyatakan bahawa mereka faham maksud stress iaitu mewakili 100%.
-0% diwakili oleh pelatih yang tidak faham maksud ‘stress’.

PERATUS KEFAHAMAN PELATIH MENGENAI STRESS

Discussion

Dengan ini, didapati bahawa kesemua jururawat pelatih yang diambil sebagai sampling untuk mewakili 90 orang pelatih semester 6 menyatakan bahawa mereka faham maksud stress.




Soalan 2

Adakah anda sedang menghadapi ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak

Findings

-seramai 28 daripada 30 orang responden menyatakan bahawa mereka mengalami stress iaitu mewakili 93.3%
-manakala, 2 orang mengalami stress iaitu mewakili 6.67 % daripada 30 orang jururawat pelatih yang telah diambil sebagai responden.


PERATUS PELATIH YANG MENGALAMI STRESS



Discussion

Melalui maklumat yang kami perolehi, majoriti jururawat pelatih mengakui mengalami stress dalam menghadapi peperiksaan akhir .










Soalan 3

Jika, ‘ya’ mengapa anda mengalami ‘stress’?

[ ] Peperiksaan akhir semakin hampir
[ ] Masalah keluarga
[ ] Masalah kewangan
[ ] Masalah peribadi
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________


Findings

-seramai 28 orang menyatakan mereka mengalami stress disebabkan oleh peperiksaan akhir yang makin hampir dan mewakili peratusan sebanyak 93.3%
-3 orang disebabkan oleh masalah keluarga mewakili 10%
-tiada jururawat pelatih mengalami masalah kewangan iaitu 0%
-5 orang menyatakan stress disebabkan oleh masalah peribadi mewakili 16.7%
-2 orang bagi lain-lain masalah mewakili 6.67%












PENYEBAB KEJADIAN STRESS DIKALANGAN JURURAWAT
PELATIH SEMESTER 6
Discussion

Berdasarkan carta pai diatas dapat diringkaskan bahawa peperiksaan akhir adalah penyebab utama stress dikalangan jururawat pelatih. Masalah peribadi merupakan penyebab kedua terbesar kejadian stress iaitu sebanyak 13%,masalah keluarga 8%,dan lain-lain penyebab sebanyak 5%. Penyebab lain yang menyebabkan stress adalah seperti sikap ahli kumpulan dan rakan sekerja. Manakala,bagi masalah kewangan adalah 0%.
Soalan 4

Bilakah anda mula mengalami ‘stress’?

[ ] Permulaan semester [ ] Pertengahan semester
[ ] Akhir semester [ ] Tiada


Findings

-seramai 16 orang mengalami stress pada permulaan semester iaitu mewakili 53.33%.
-seramai 6 orang pada akhir semester iaitu mewakili 20
-seramai 7 orang alami stress pada pertengahan semester mewakili 23.3%
-seramai seorang menyatakan tidak mengalami stress iaitu 3%














JUMLAH PELATIH YANG MENGALAMI STRESS SEPANJANG SEMESTER


Discussion

Melalui carta pai ini,dapat disimpulkan bahawa 16 orang pelatih sering mengalami stress pada awal semester. Seramai 7 orang mengalami stress menjelang akhir semester. 6 orang pada pertengahan semester dan seorang daripada pelatih menyatakan tidak mengalami stress.



Soalan 5

Adakah anda menghadapi masalah untuk tidur atau adakah tidur
anda tidak lena?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 13 orang menyatakan ‘YA’ iaitu mewakili 43.3%

-manakala seramai 17 orang menyatakan ‘TIDAK’ iaitu 56.7%



PERATUS PELATIH YANG MENGALAMI MASALAH TIDUR



Discussion

Peratusan menunjkkan bahawa stress kurang memberikan kesan terhadap kualiti tidur pelatih-pelatih ini. Hampir 57% daripada jumlah sample dapat tidur dengan baik.










Soalan 6

Adakah anda bimbang akan masa depan anda, berkaitan dengan……

[ ] Tidak lulus peperiksaan
[ ] Masalah keluarga
[ ] Alam pekerjaan
[ ] Alam perkahwinan
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________


Findings

-seramai 26 orang menyatakan mereka bimbang berkaitan tidak lulus peperiksaan iaitu 72%
-2 orang berkaitan masalah keluarga iaitu 6%
-5 orang bimbang tentang alam pekerjaan mewakili 14%
-seramai 3 orang tentang alam perkahwinan mewakili 8%
-manakala, bagi hal-hal lain tiada iaitu 0%
PERATUS KEBIMBANGAN PELATIH MENGENAI MASA DEPAN

Discussion

Didapati bahawa hampir 72 % pelatih mengalami bimbang berkaitan peperiksaan. Ini adalah factor terbesar mempengaruhi stress dikalangan pelatih jururawat.masa depan mereka bergantung kepada keputusan peperiksaan akhir nanti. Faktor pekerjaan yang bakal mereka hadapi nanti merupakan faktor kedua terbesar iaitu 14 %. 6 % daripada pelatihini bimbang tentang alam perkahwinan dan 6% adalah barkaitan masalah keluarga.

Soalan 7

Berapa lama masa yang di ambil untuk mengulangkaji pelajaran?

[ ] 1-2 jam
[ ] Lebih 4 jam
[ ] 3-4 jam
[ ] 40 minit



Findings

- 23 orang pelatih daripada 30 orang menyatakan mereka mengambil masa 1-2 jam untuk mengulangkaji pelajaran mewakili 76%
- 2 orang mengulangkaji lebih 4 jam mewakili 7%
- 5 orang mengambil masa 3-4 jam mewakili 17%
- Tiada pelatih yang mengulangkaji kurang 40 minit bersamaan 0%

PERATUS MASA YANG DIAMBIL OLEH PELATIH UNTUK
MENGULANGKAJI PELAJARAN


Discussion

Majoriti pelatih mengulangkaji 1-2 jam iaitu sebanyak 76%.inimempengaruhi peningkatan stress dikalangan mereka apabila peperiksaan semakin hampir.



Soalan 8

Adakah sukatan mata pelajaran yang padat menyebabkan anda ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-seramai 21 orang pelajar menyatakan ‘YA’ mewakili 70 %
-manakala seramai 9 orang menyatakan tidak iaitu mewakili 30 %



PERATUS PELATIH YANG MENGATAKAN SUKATAN PELAJARAN
MENYEBABKAN STRESS


Discussion

Majoriti menyatakan bahawa sukatan mata pelajaran yang padat punca mereka menghadapi stress . Manakala, 30 % lagi menyatakan sukatan mata pelajaran tidakmempengaruhi stress mereka. Walaubagaimanapun, factor akedemik adalah salah satu punca stress dikalangan pelatih.





Soalan 9

Adakah anda seorang yang sering mengulangkaji pelajaran pada saat

akhir menjelang peperiksaan?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 18 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 60%

-manakala 12 orang menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 40 %


PERATUS PELATIH YANG MENGULANGKAJI PELAJARAN PADA
SAAT AKHIR



Discussion

Majoriti menyatakan mereka mengulangkaji pada saat akhir iaitu 60%. Ini boleh mempengaruhi tahap stress seseorang. Melakukan sesuatu kerja pada saat akhir sememangnya menyebabkan seseorang berasa tertekan akibat tidak cukup masa. Manakala 40% tidak mengulangkaji pada saat akhir.




Soalan 10

Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji

pelajaran menjelang peperiksaan akhir?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 11 orang menyatakan mereka mempunyai masa yang cukup untuk
mengulangkaji pelajaran mewakili 36.7 %
- manakala seramai 19 orang menyatakan tidak iaitu mewakili 63.3%

PERATUS PELATIH YANG MENYATAKAN MASA YANG CUKUP UNTUK
MENGULANGKAJI PELAJARAN

Discussion

Carta pai menunjukkan majoriti pelatih tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran iaitu sebanyak 63%.manakala, pelatih yang menyatakan mempunyai masa yang cukup hanya 37%. Hal ini bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan hariannya.





Soalan 11

Adakah anda mempunyai jadual aktiviti harian dan jadual belajar?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-Seramai 22 orang menyatakan mereka mempunyai jadual belajar iaitu
mewakili 73.3 %.
- seramai 8 orang menyatakan mereka tidak mempunyai jadual belajar iaitu
26.7%.

PERATUS PELATIH YANG MEMPUNYAI JADUAL AKTIVITI HARIAN DAN
JADUAL BELAJAR

Discussion

Majoriti pelatih mempunyai jadual belajar dan jadual aktiviti harian iaitu mewakili 73%. Hanya 27 % sahaja yang tidak mempunyai jadual belajar. Dengan adanya jadual belajar harian,seseorang pelatih itu dapat membahagikan masa dengan teratur dan dapat mengulangkji dengan lebih efektif. Namun, seseorang itu perlulah berdisiplin mematuhi jadual tersebut jika ingin berjaya. Dengan ini stress akibat kekurangan masa tidak akan wujud.




Soalan 12

Adakah anda melakukan aktiviti harian berdasarkan jadual tersebut?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 11 orang menyatakan ‘YA’ menunjukkan mereka mematuhi jadual tersebut mewakili 37%
-seramai 19 orang menyatakan ‘TIDAK’ iaitu tidak mematuhi jadual yang mereka buat iaitu mewakili 63%

PERATUS PELATIH YANG MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
MENGIKUT JADUAL

Discussion

Melalui carta pai ini, didapati bahawa hanya segelintir pelatih yang mematuhi jadual harian itu.manakal sebilangan besarnya tidak mematuhi. Ini mempengaruhi cara pengurusan masa dan sikap pelatih yang kurang memberikan koitmen terhadap pelajaran seterusnya mewujudkan tekanan dalam diri mereka sendiri.





Soalan 13

Adakah peratusan kegagalan yang tinggi pada keputusan peperiksaan

akhir menyebabkan anda ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 25 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 83%

-manakala 5 orang menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 17%



PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT PERATUS KEGAGALAN YANG
TINGGI PADA PEPERIKSAAN AKHIR YANG LEPAS

Discussion

Majoriti pelatih menyatakan bahawa kegagalan keputusan peperiksaan akhir pada semester lepas memberi kesan kepada mereka. Keadaan itu mungkin berulang dan mempengaruhi tumpuan mereka terhadap akademik dan mencetuskan perasaan stress. Ini adalah salah satu faktor terbesar menyebabkan berlakunya stress.





Soalan 14

Adakah aktiviti harian di kolej menyebabkan anda ‘stress’ dan tidak

mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 21 orang daripada 30 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 70 %.

-selebihnya menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 30 %

PERATUS PELATIH YANG MENYATAKAN STRESS AKIBAT AKTIVITI
HARIAN YANG PADAT DAN TIDAK MEMPUNYAI MASA UNTUK
MENGULANGKAJI PELAJARAN

Discussion

Majoriti menyatakan mereka stress dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran akibat aktiviti kolej yang padat. Ini menunjukkan bahawa pelatih tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan terpaksa meluangkan masa terhadap aktiviti kolej yang tidak berkaitan. Aktiviti kolej perlulah dihadkan agar pelatih dapat menumpukan lebih perhatian terhadap pelajaran demi menghadapi peperiksaan akhir yang menentukan masa depan mereka.




Soalan 15

Adakah keletihan akibat latihan di kawasan klinikal menyebabkan anda

‘stress’ menghadapi peperiksaan akhir?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-seramai 22 orang menyatakan ‘YA’ mewaili 73%

-seramai 8 orang menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 27%


PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT KELETIHAN SEMASA
LATIHAN KLINIKAL

Discussion

Sebanyak 73% pelatih menganggap keletihan dikawasan klinikal menyebabkan mereka stress seterusnya menggangu tumpuan untuk peperiksaan akhir. Hal ini kerana, pelatih perlu menjalani latihan klinikal sehingga menjelang peperiksaan akhir. Keletihan yang dialami menyebabkan mereka kurang tumpuan untuk mengulangkaji pelajaran dan sekaligus meningkatkan stress akibat banyak sukatan pelajaran yang perlu diulangkaji dalam masa yang singkat.




Soalan 16

Adakah tekanan daripada para pengajar menyebabkan anda ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 13 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 43%

-saramai 17 orang menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 57%
PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT TEKANAN DARIPADA
PARA PENGAJAR



Discussion

Majoriti menyatakan tekanan daripada pengajar menyebabkan stress. Hal ini disebabkan ‘assignment’ yang perlu disiapkan serentak dalam masa yang sama disamping ‘presentation’ yang perlu dilakukan.







Soalan 17

Adakah anda yakin untuk menjawab semua soalan peperiksaan akhir?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-13 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 43%

-17 orang menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 57%




PERATUS PELATIH YANG YAKIN UNTUK MENJAWAB SOALAN
PEPERIKSAAN AKHIR



Discussion

Hanya 43 % daripada pelatih yang yakin untuk menjawab soalan peperiksaan akhir manakala majoriti masih tidak yakin. Hal ini mungkin disebabkan usaha yang dilakukan masih kurang memenuhi tahap yang sepatutnya.





Soalan 18

Adakah anda sering menghadapi konflik keluarga?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

- kesemua 30 orang pelatih jururawat menjawab ‘TIDAK’





PERATUS PELATIH YANG SERING MENGHADAPI KONFLIK KELUARGA




Discussion

Ini menunjukkan bahawa konflik dalam keluarga bukanlah satu faktor utama yang menyebabkan kejadian stress di kalangan jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir.







Soalan 19

Adakah harapan ibu bapa yang tinggi menyebabkan anda ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-seramai 15 orang menjawab ‘YA’ mewakili 50%

-seramai 15 orang juga menjawab ‘TIDAK’ mewakili 50%


PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT HARAPAN IBU BAPA YANG
TINGGI


Discussion

Melalui gambaran carta pai, dapat dilihat bahawa separuh daripada pelatih menyatakan harapan keluarga yang tinggi menyebabkan mereka tertekan dan sebahagian lagi menyatakan bahawa harapan keluarga tidak meyebabkan kejadian stress kepada mereka.







Soalan 20

Adakah rakan-rakan menyebabkan anda ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-15 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 50%

-manakala 15 orang lagi menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 50%





PERATUS PELATIH YANG STRESS DISEBABKAN OLEH RAKAN-RAKAN


Discussion

Peratusan ini menunjukkan keputusan yang seimbang dimana 50% menyatakan perhubungan dengan rakan – rakan menyebabkan stress dan 50 % lagi menyatakan ianya tidak menyebabkan stress. Ini adalah bergantung cara seseorang itu menyesuaikan diri dalam perhubungan diantara individu.





Soalan 21

‘Stress’ dari rakan-rakan disebabkan oleh :

[ ] Pengaruh negatif
[ ] Perselisihan faham
[ ] Masalah komunikasi
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________



Findings

-seramai 3 orang menyatakan disebabkan oleh pengaruh negatif mewakili 10 %
-18 orang menyatakan disebabkan oleh perselisihan faham mewakili 60%
-9 orang menyatakan disebabkan oleh masalah komunikasi mewakili 30%
- lain-lain tidak dinyatakan.

PERATUS PENYEBAB STRESS DARI RAKAN-RAKAN
JURURAWAT PELATIH


Discussion

Melalui carta pai,didapati stress dikalangan rakan-rakan yang paling tinggi peratusannya adalah disebabkan oleh perselisihan faham dan diikuti oleh masalah dalam komunikasi.pengaruh negatif hanya 10%. Perselisihan faham sering wujud dikalangan jururawat pelatih adalah disebabkan oleh kurangnya kemahiran komunikasi berkesan diantara pelatih dan sikap kerja berpasukan yang tidak diamalkan.

Soalan 22

Adakah jadual waktu kelas yang tidak teratur menyebabkan anda ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 20 orang daripada 30 orang pelatih menyatakan ‘YA’ mewakili 67%

-manakala 10 orang lagi menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 33%


PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT JADUAL WAKTU KELAS
YANG TIDAK TERATUR



Discussion

Majoriti menyatakan bahawa jadual waktu kelas yang tidak teratur boeh menyebabkan mereka stress. Hal ini kerana pelatih tidak dapat bersedia mengikut apa yang sepatutnya. Mereka mungkin tidak membawa nota atau terpaksa menyiapkan tugasan pada saat akhir akibat pertukaran jadual atau jadual yang tidak teratur.






Soalan 23

Persekitaran yang bagaimanakah membuatkan anda ‘stress’ semasa

mengulangkaji pelajaran?

[ ] suasana yang bising
[ ] suasana tidak kondusif
[ ] pencahayaan tidak cukup
[ ] semua diatas


Findings

-seramai 12 orang pelatih menyatakan suasana yang bising membuatkan
mereka stress semasa mengulangkaji pelajaran iaitu mewakili 40%
-3 orang menyatakan suasana yang tidak kondusif mewakili 10%
-seorang menyatakan pencahayaan yang tidak cukup iaitu mewakili 3.3%
-14 orang menyatakan ketiga – tiga faktor tersebut mempengaruhi stress iaitu
mewakili 47.7%

PERATUS PERSEKITARAN YANG MEYEBABKAN STRESS PADA PELATIH
SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARAN

Discussion

Majoriti menyatakan ketiga – tiga faktor tersebut membuatkan mereka stress
ketika mengulangkaji pelajaran. Oleh itu, didapati bahawa fakor lain yang
menyebabkan pelatih-pelatih ini stress adalah suasana sekeliling
mereka.Persekitaran juga memainkan peranan pentig dalam mempengaruhi
‘mood’ seseorang
Soalan 24

Adakah suasana di dalam bilik atau asrama menyebabkan anda kurang

tumpuan semasa menelaah pelajaran?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 25 orang menyatakan ‘YA’ mewakili 83%

-selebihnya menyatakan ‘TIDAK’ iaitu sebanyak 5 orang bersamaan 17%




PERATUS PELATIH YANG KURANG TUMPUAN SEMASA MENELAAH
PELAJARAN AKIBAT SUASANA DI DALAM BILIK ASRAMA


Discussion

Majoriti menyatakan suasana asrama merupakan aspek penting mempengaruhi tumpuan mereka semasa mengulangkaji. Susana yang bising,panas dan gelap mengganggu tumpuan mereka semasa belajar.






Soalan 25

Adakah kekurangan kemudahan yang disediakan di kolej menyebabkan

anda ‘stress’ untuk menghadapi peperiksaan?

[ ] meja, kerusi tidak selesa dan rosak
[ ] kemudahan internet
[ ] bahan dan sumber rujukan
[ ] semua di atas
[ ] kemudahan mencukupi

Findings

-5 orang menyatakan keadaan meja,kerusi tidak selesa dan rosak mewakili 17%
-7 orang menyatakan kemudahan internet mewakili 23%
-9 orang menyatakan tentang bahan dan sumber rujukan mewakili 30%
-5 orang menyatakan ketiga-tiga faktor meyebabkan stress mewakili 17%
-manakala pelajar yang menyatakan kemudahan mencukupi adalah seramai 4
orang mewakili 13%
PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT KEKURANGAN
KEMUDAHAN DI KOLEJ

Discussion

Daripada carta pai didapati bahawa majoriti menyatakan bahan dan sumber rujukan yang tidak mencukupi menjadi masalah. Kemudahan internet yang kurang menyebabkan ada dikalangan pelatih yang mengalami stress. Ini mungkin disebabkan mereka tidak dapat melakukan rujukan apabila diperlukan. Namun sebanyak 13% pelatih menyatakan kemudahan mencukupi. Ini bergantung kepada pelatih itu sendiri
Soalan 26

Adakah suasana tenang dan sunyi dapat membantu anda mengatasi ‘stress’?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-seramai 30orang pelajar berpendapat ‘YA’ mewakili 100 %



PERATUS PELATIH YANG MENYATAKAN SUASANA TENANG DAN SUNYI
MEMBANTU MENGATASI STRESS



Discussion


Semua pelatih bersetuju bahawa suasana tenang dan sunyi dapat membantu mengatasi stress yang mereka hadapi.








Soalan 27

Adakah kesihatan yang kurang memuaskan menyebabkan anda ‘stress’

dalam menghadapi peperiksaan akhir?

[ ] Ya
[ ] Tidak



Findings

-seramai 17 orang pelatih menyatakan ‘YA’ mewakili 57%

-selebihnya menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 43%



PERATUS PELATIH YANG STRESS AKIBAT KESIHATAN YANG
KURANG MEMUASKAN


Discussion

Majoriti pelatih menyatakan YA iaitu taraf kesihatan juga mempengaruhi stress mereka. Jika pelatih mengalami masalah kesihatan,mereka tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.






Soalan 28

Adakah anda boleh menangani ‘stress’ yang dialami?

[ ] Ya
[ ] Tidak


Findings

-seramai 29 orang menyatakan bahawa mereka dapat menanganj stress
yang dialami mewakili 97%
-seramai seorang menyatakan ‘TIDAK’ mewakili 3%


PERATUS PELATIH YANG BOLEH MENANGANI STRESS YANG DIALAMI


Discussion

Daripada carta pai diatas,didapati bahawa majoriti pelath dapat menangani stress yang dihadapi manakala hanya seorang mengatakan beliau tidak dapat mengatasi stress. Ini menunjukkan bahawa,walaupun para pelatih menghadapi stress yang disebabkan oleh pelbagai faktor,namun mereka masih mampu mengatasinya. Tetapi,sedikit sebanyak stress yang dialami mengganggu tumpuan mereka terhadap peperiksaan yang bakal dihadapi.




Soalan 29

Apakah cara yang anda lakukan untuk menghilangkan /

mengurangkan ‘stress’?

[ ] Ambil ubatan
[ ] Mendengar muzik
[ ] Senaman atau beriadah
[ ] Tidur
[ ] Lain-lain,nyatakan_________________

Findings

- seorang pelatih mengambil ubatan bagi menghilangkan stress mewakili 3%
-12 orang mendengar muzik bagi menghilangkan stress mewakili 40 %
- 5 orang menyatakan senaman atau riadah mewakili 17%
- 8 orang menyatakan tidur mewakili 27%
- 4 orang menyatakan lain-lain mewakili 13%
PERATUS KAEDAH YANG DILAKUKAN OLEH PELATIH UNTUK
MENGHILANGKAN / MENGURANGKAN STRESS


Discussion

Majoriti menyatakan mendengar muzik dapat menghilangkan stress mereka iaitu mewakili 40 %. Manakala,seramai 27 % pula menyatakan tidur dapat menghilangkan stress yang mereka hadapi.Diikuti senaman dan riadah iaitu 17 %. Selain itu, ada juga pelatih mengambil ubatan untuk menghilangkan stress. Lain – lain kaedah adalah dengan menonton televisyen,bersiar-siar,dan mengamalkan aktiviti keagamaan.

Soalan 30

Kepada siapakah anda ingin merujuk bagi mengurangkan ’stress’

yang dialami?

[ ] Kawan [ ] Pengajar
[ ] Teman istimewa [ ] Kaunselor
[ ] Ibu bapa [ ] Tidak memberitahu sesiapa

Findings

- 10 orang menyatakan kawan adalah tempat untuk merujuk
mewakili 30%
- 7 orang menyatakan teman istimewa mewakili 23%
- 8 orang manyatakan ibu bapa mewakili 27%
- seorang menyatakan pengajar sebagai tempat beliau merujuk mewakili 3 %
- 2 orang menyatakan kaunselor mewakili 6%
- 2 orang pelatih pula memilih untuk tidak memberitahu sesiapa

PERATUS RUJUKAN PELATIH BAGI MENGURANGKAN STRESS

Discussion

Daripada carta pai, didapati bahawa majoriti pelatih memilih kawan atau sahabat sebagai tempat untuk mereka rujuk apabila mengahadapi stress.individu lain adalah seperti ibu bapa sebanyak 27% dan 23% memilih teman istimewa. Ada juga pelatih yang memilih kaunselor dan ada pelatih yang lebih gemar mendiamkan diri apabila menghadapi stress iaitu masing-masing 7%.
Result data analysis

Faktor akademik

Hasil daripada analisis data, kami telah mendapati bahawa peratus kegagalan peperiksaan yang lepas adalah punca utama dalam menyebabkan stress di kalangan jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir iaitu mewakili 83.33% daripada jumlah responden. Melalui temubual yang telah dilakukan,ini terjadi kerana peratus kegagalan yang tinggi pada jururawat pelatih dalam peperiksaan akhir yang lepas meninggalkan kesan atau trauma kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan akhir nanti.

Faktor akademik yang lain antaranya ialah keletihan akibat praktikal iaitu 73.3%, sukatan pelajaran yang padat 70%. Selain itu juga, aktiviti-aktiviti kolej yang kadang-kala tidak tentu masa menyebabkan mereka tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran dan ia mewakili 70 %. Hal ini di tambah lagi dengan jadual kuliah yang tidak teratur iaitu mewakili 66.67%.

Faktor persekitaran
Penyebab utama yang telah dikenal pasti juga menyebabkan stress pada jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan ialah masalah persekitaran asrama serta kolej yang kurang memuaskan, ia telah dinyatakan oleh 83.33 % daripada jumlah respoden, ini menunjukkan suasana dalam bilik dan asrama yang kurang kondusif menyebabkan kurang fokus atau tumpuan semasa menelaah pelajaran dan ini menyebabkan stress. Bagi faktor persekitaran yang lain pula, suasana seperti bising,tidak kondusif,serta pencahayaan mewakili 53.33%





Faktor intrapersonal
Manakala faktor intrapersonal pula seperti ulangkaji pada saat akhir mewakili 60%, kesihatan yang kurang memuaskan mewakili 56.67%, masalah tidur mewakili 43.33 %.%. Masalah intrapersonal yang lain seperti tidak yakin untuk menjawab soalan sewaktu di dewan peperiksaan mewakili 43.33%,
tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran iaitu mewakili 36.67%, tidak mengikut jadual seperti yang dirancang pula mewakili 36.67%.

Faktor interpersonal
Faktor interpersonal seperti harapan ibubapa yang terlalu tinggi mewakili 50%, manakala salah faham antara rakan-rakan juga mewakili 50%. Tanpa disedari tekanan dari pengajar turut menyumbang dan ia mewakili 43.33%.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya,faktor akademik merupakan faktor yang tertinggi yang menyebabkan stress dalam kajian ini dan ia menunjukkan penyebab utama kejadian stress kepada jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir.











LIMITATIONS OF STUDY

Kami begitu gembira kerana dapat menyempurnakan kajian ini
mengikut waktu yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa masalah yang kami hadapi ketika proses mendapatkan
bahan dan semasa menyiapkannya iaitu :
Masa yang diperuntukkan untuk melakukan kajian agak singkat untuk disempurnakan
Masalah kewangan untuk fotostat, internet dan “print” maklumat yang
telah didapati.
Berlainan syif bekerja di wad di antara “responden” dengan
“researchers” dan di kalangan ahli-ahli “researcher” sendiri
menyukarkan untuk melakukan perbincangan.
Kekurangan bahan dan “journal” yang berkaitan dengan tajuk kajian akibat kekurangan masa dan kemudahan.

Setelah berbincang di antara ahli-ahli kumpulan,kami mendapat kata
sepakat bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut,di antaranya ialah :
Membuat jadual waktu (Gantt’s Chart) bagi memastikan proses-proses
kajian berjalan dengan lancar mengikut tarikh dan masa yang telah
dirancangkan.
Membuat kutipan kewangan di kalangan ahli bagi kerja-kerja
fotostat, melayari internet,’print’ dan lain-lain lagi.
Membahagikan kerja di kalangan ahli dan berkumpul pada hari cuti
untuk memantau progress kerja masing-masing dan mengumpul
maklumat yang telah didapati.
Mencari bahan dengan pelbagai cara seperti melayari internet dan
mencari di perpustakaan kolej dan juga awam.
Hasil daripada kerjasama semua pihak dan usaha gigih setiap ahli,akhirnya kumpulan kami dapat menyiapkan kajian ini.


Implication of studys


Sepanjang kami menjalankan kajian ini, ramai yang turut terbabit untuk
bersama-sama menjayakan kajian ini. Kumpulan kami di anggotai oleh 9 orang sebagai ‘researcher’ bekerjasama dalam menyiapkan research. Selain itu, responden kajian kami iaitu jururawat pelatih semester 6, kumpulan 2/2004 kerana telah memberi kerjasama yang padu semasa kajian dijalankan.

Seterusnya, Pengajar Nursing Reserch NNRH 3122 iaitu Miss Lim Joo Keow dan Pn Tan Suei Ching yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta Pn Tor Siok Wan selaku Penyelaras Kumpulan 01/ 2005 . Selain itu, Pengetua Kolej Kejururawatan Kubang Kerian iaitu Pn Gan Bok Hua dan Penyelaras Kumpulan 02 / 2004,Pn Aizan Bt Husin kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini kepada jururawat pelatih Semester 6 kumpulan 2 / 2004 di kolej ini.

Tidak lupa juga, Pegawai Perpustakaan Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Encik Tuan Ibrahim Bin Tuan Hussin yang membantu dengan memberi lebih masa menggunakan perpustakaan di samping turut membantu memudahkan mencari bahan yang diperlukan. Kami juga mendapatkan maklumat dengan menggunakan perpustakaan awam. Akhir sekali, rakan-rakan seperjuangan yang sudi bertukar-tukar pendapat dan sebagai sumber rujukan kami serta keluarga kami yang sentiasa memberikan galakkan dan dorongan untuk menyiapkan dan menyempurnakan kajian kami ini .





RECOMMENDATIONS

Semasa melakukan kajian (research) yang bertajuk “Stress Di Kalangan Jururawat Pelatih Dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir”, terdapat
beberapa cadangan yang diberikan oleh jururawat pelatih semester 6
kumpulan 02/2004 untuk menangani atau mengurangkan “stress” yang
dialami iaitu :

Sentiasa berfikiran secara positif

Melakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen, membeli-
belah, dan berkongsi masalah dengan rakan

Melakukan aktiviti keagamaan

Melakukan aktiviti seperti bersiar-siar dan beriadah

Menghadiri kursus pengurusan mengatasi stress dan masa.

Mengenalpasti punca “stress” yang dialami dan cuba mencari jalan
penyelesaian.

Mendapatkan khidmat kaunseling jika stress yang dialami tidak dapat
diatasi.






CONCLUSION


Kesimpulan yang dapat kami lakukan daripada hasil kajian,kami mendapati bahawa faktor akademik menyebabkan stress kepada jururawat pelatih dalam menghadapi peperiksaan akhir.

Daripada faktor yang telah dikenal pasti kami dapat menilai bahawa peratusan kegagalan yang tinggi pada peperiksaan akhir yang lepas menjadi punca kejadian stress dikalangan jururawat pelatih. Ini terjadi kerana mereka khuatir akan keputusan peperiksaan akhir mereka turut mengalami keadaan atau situasi yang sama.

Selain itu juga, suasana persekitaran dibilik dan asrama juga menyebabkan pelatih kurang tumpuan ketika menelaah pelajaran. Ini kerana mereka sudah hilang semangat untuk mengulangkaji pelajaran.

Stress adalah sering dialami oleh setiap pelajar kolej tidak kira dalam apa jua jurusan yang diceburi. Namun begitu, meraka harus mengenal pasti penyebab stress yang mereka alami dan cuba mengatasinya supaya tidak mengganggu pembelajaran mereka.















REFERENCES AND BIBLIOGRAPHY


1. Ahmad N. (2003), Persediaan Psikologi Menghadapi Peperiksaan, Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. K. Miller (2003), Encyclopedia & Dictionary of Medicine, Nursing & Allied Health, 7th Edition, Philadelphia, Saunders

3. Palmer T. J. BA (Psychol) CMH, MISMA (1999), Exam Stress and Mature Student, Stress News July 1999, Volume II, no. 3

4. Shannon E. Ross, Bradley C. Niebling, Teresa M. Heckert (1999), Sources of Stress Among College Students, College Student Journal, Volume 33, i2, page 312

5. Thomas C. (2005), College of Overwhelmed : The Campus Mental Health Crisis and What to Do About It, Journal of College Student Development, Sept/ Oct 2005

6. Wiliams & Wilkins . L (2005), A Measure of Success : Nursing Students and Test Anxiety Inc ; Volume 21 (2), March/April 2005, page 55

7. Wong D. Leung, S, SO, C. Lam, D. (May 1 2001), Mental Health of Chinese Nurses in Hong Kong : The Rules of Nursing Stresses & Coping Stategies, Online Journal of Issues in Nursing, Volume 5, no. 2, Manuscript 7
Ø http : // www. nursing world. org / ojin / topic 12 / tpe 12-7. htm




8. Yeo A. (1995), Living With Stress, Selangor,Times Books International

9. Zainol A. S. (2001), Membina Kendiri Unggul Berkarisma, Kuala Lumpur : Pusat Ilmu Jelatek, 2001, mukasurat 101
Ø http : // www. pnm. my / new / melayu /sari Bil 1-2002 / Membina . html

10. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa & Pustaka 1998, ms 1396

11. www.optimalhealthconcepts.com/stress

12. http://myschoolnet.ppk.my/kaunseling/stress/stress4.htm

13. Journal Of Nursing Educations.Does Mindfulness Decrease Stress and Foster Empathy among Nursing Students.Vol 43.no 7,July 2004

14. http://www.nursingworld.org/ojin/topic12/tpc12_7htm

15.on-line The University of Victoria’s Community Newspapers.

nak komen, pun boleh