Monday, 22 June 2009

Team building


cejukk tau air dalam ni....tak sabo nak mandi


sedang berehat menikmati keindahan alam


Pada 12 hingga 15 Jun yang lalu aku bersama 4 orang wakil dari hospital aku, telah menghadiri kursus selama 4 hari 3 malam di kawasan perkelahan Hulu Yam Bharu, dekat salah sebuah kawasan Hulu di negeri Selangor. Istimewanya kursus ni ia melibatkan semua staf di bawah naungan kkm dan semua hospital di bawah JKNs(jabtn Kes Negeri Selangor). Tanpa mengira pangkat, usia, dan bangsa kami semua akhirnya berjaya melalui perbagai rintangan dan dugaan sepanjang kursus. Lurah sama di daki, intelek dan idea sama di kongsi, hujan dan guruh sama di redahi.....hehe. Antara yang terlibat adalah, medic, paramedic seperti Pakar Paediatrik, MO, HO, SN, Amo, pembantu takbir, pemandu ambulans, ppk, dan seantero denganya.(MLT dan farmasi pun ada la)....hehe, nak jugak.


Oleh yang demikan dapatlah aku berjumpa dan beramah mesra desa dengan rakan-rakan dari hos, serdang, sg buloh, selayang, k. kubu Bharu, Tanjung Karang, Klang dan tak lupa HTAJ Aka hos sabak bernam.... Sungguh tidak ku sangkan team Ortho yg merupakan MO dari Klang yang selalu buat round di wad aku satu kumpulan dengan ku….hehe jejak kasih la pulak...

Kumpulan aku di beri nama Together…Antara semua aktivi yang tak dapat aku lupakan sekali ialah kembara. Kami di lepaskan masuk ke dalam hutan yang tebal dan hanya di bekalkan dengan 5 ketul bahulu yang keras, sebiji epal hijau dan sebotol air mineral 500ml. Kami juga diarahkan mengutip stiker- stiker yang di tampal sepanjang perjalanan sebagai bukti kami telah sampai ke chek poin yang setiapnya ada la soalan-soalan berkaitan team work. Udah la penat makanan yang di bekalkan pun dah abis aku geqit, kerana penat merabat bukit dan meredah hutan belantara. Udah penat panjat bukit turun pulak, ada di antara rakan-rakan aku yang nyaris tercedera kerana hujan menyebabkan tanah licin(mujur aku tak pakai kasut sekolah yang aku pakai pergi kerja, kalau tak tentu rosak teruk)….. ….curam nyer bukit-bukau ni ada yangmencecah 40 darjah dengan ketinggian yang buat aku rasa nak pitam……aku cuma mampu bertawakal ….rasa nak balik jer time tu….tapi bila fikir-fikir balik best gak dok dalam hutan….jadi tarzen…hehehe, bukan selalu dapat peluang ni..

Masa meredah hutan ni, baru aku terasa penting nyer team work dalam melaksanakan apa tugasan sekali pun. Betapa susah pun rintangan yang kita lalui dengan ada nya team work sahaja kita akan berjaya menghadapinya. Jangan ingat orang bawahan kita tu tak penting, sebenarnya setiap orang dari kita mempunyai peranan nya masing-masing. Jadi kita seharusnya saling hormat menghormati dan sesekali kita perlu tahu membiasakan diri, mengambil hati orang bawahan kita, seperti berjenaka, belanja makan agar merekarasa dihargai….ermmm……jangan serius jer 24 jam wehh....keseronokkan dalam bekerja tu penting tau..


Sebenarnya aku agak terharu bila mendapat tahu, tukang-tukang masak yang memasak makanan untuk aku selama 4 hari 3 malam cuma tidur di dapur semata-mata untuk memasakkan makanan untuk kami seramai 90 orang. Sedangkan aku dan rakan yang lain dapat tidur di atas katil dan tilam yang selesa. Bgaimanalah mereka tidur agaknya, aku sedap-sedap jer tidur lena, tapi mereka. Hanya Tuhan yang tau. Ada juga Jm di sebelah aku berkata mereka ni juga merupakan team yang memasak untuk team medic yang membantu mangsa-mangsa peperangan di luar negara.hrmm sungguh besar pengorbanan mereka. Aku sendiri mugkin tidak mampu untuk melakukan seperti mereka. Teringat pada ibu ku di rumah, sejak dari kecil dia memasakkan makanan untuk aku, boleh kira dengan jari aku ucap terima kasih kerana telah sanggup bersusah payah untuk anak daranya ni.....hihi

Aku masih ingat kata-kata salah seorang fasi, begini bunyinya, apa sekali pun kerjaya kita, hebat mana pun, tapi tidak bermakna jika kita tidak mempu menjadi anak yang baik pada ibu bapa dan berbakti kepada mereka. Tengah-tengah berendam sambil berdiri dalam air yang cetek fasi tu bertanya lagi soalan yang menyebabkan aku sebak seketika. " Bila kali terakhir anda berjumpa ibu dan ayah anda"…perrgg soalan, udah le teman dah dekat 4 bulan teman tak balik kg, jalan nak balik pun tak ingat....aci nak minta cuti jer staff tak cukup...Bahagianya dapat transfer kedah, tak payah la aku ulang-alik selangor- kedah....tapi aku sedikit heran kerana aku minta tukar balik kerja kat kampung sendiri..... (Dengan alasan mak yang uzur dan tiada orang yang dapat menjaganya) pun mangambil masa yang lama untuk di luluskan. (walau pun nama aku dah up, sebenarnya....huhu). Kata petingkan keluarga…aduhhh tak faham betul.....kkm...hik

Aku dah siap pergi Putrajaya nak mintak tukar, tapi mereka buat tak endah jer…macam la aku suka-suka nak minta tukar….sakit nyer hati….

Opss dah tersasul dah….ok, berbalik pada kursus team building nihh…bagi aku kursus ni benar menguji fizikal dan mental. Tapi percaya atau tidak salah seorang ahli kumpulan aku menitiskan air mata kerana sewaktu sampai di check point yang terakhir ada la putera miru(dia nihh la pengarah jkns yang menyamar sebagai putera yang ngade-ngade....hihi)ingin mengambil salah seorang dari kami menjadi korbannya,kononnya dia menawarkan emas, permata dan wang berjuta kerana putera raja yang ngade-ngade ni baru kematian permaisuri nyer....jadi dia nak la cari penganti..al kisah dia pilih la kawan aku ni....…..sampai nangis hamba Allah ni, tak nak di pisahkan dari kumpulan....ye la nama kumpulan pun together mana boleh pisah-pisah kan... (sape yang terima nampak sangat mata duitan) .........mangkuk punya putera miru dia ayat sampai nangis member aku, akhir sekali dia pun kagum ngan kumpulan aku..sebab walau apa pun terjadi kawan aku tu tetap ingin bersama kumpulan....ye la, tu la namanya setia kawan, ...dah susah sama-sama melepasi semua check point tak kan bila kesenangan datang jer terus lupa member. Tapi bila fikir-fikir balik betapa aktiviti-aktiviti yang aku lakukan ni secara tak langsung telah mewujudkan perasaan kasih sayang, sayang nak tinggalkan kumpulan, sayang dengan ahli-ahli dalam kumpulan kerana telah sama-sama bersusah payah....serupa la kalau kita tengah bercinta dangan kekasih kita, tengah sayang mana boleh nak tinggal-tinggal, betul tak? rasa nak berpisah amat berat sekali, siapa yang sanggup tinggalkan cinta...hehehehehe, terjiwang la pulak.....antara aktiviti lain ialah berjalan sambil tutup mata, mengadakan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk kampung dengan memakai topi minang kabau dan beg orang dayak(macam orang asli qupee nyer...adesss), buat bandar dangan tanah liat, yang lain tu biasa la kena jaga telur yang di beri, kalau pecah di gantikan dengan bata......kalau buat salah jer...kena naik mahkamah ........akhir kata kalau dapat peluang jangan la dilepaskan…rugi….sekian wassalam



nak komen, pun boleh