Showing posts with label prosedur wad. Show all posts
Showing posts with label prosedur wad. Show all posts

Friday, 26 March 2010

CT-guided Biopsy of Spinal




islam needle



First time aku kena accampanied patient buat CT-guided Biopsy. Prosedur ni di
lakukan di tingkat bawah. Selain buat x-ray di sini lah juga segala prosedur seperti Ultrasound, CT Scan, MRI, Fluoroscopi, IVU, Mammografi, Angiografi.

Indicationsnya adalah untuk confirming metastasis in a patient with a known primary tumour, determining the nature of a solitary bone lesion, excluding malignancy in vertebral body compression, and investigating for infection.

Sebelum prosedur biasa la, kena pastikan ada consent yang complete. Tandatangan pesakit, Dr (sebab penerangan akan di berikan oleh Dr)dan bercop wad. Iaitu Wad 7B (Male 1st class).

Kerja aku biasalah. Menyediakan alat-alat supaya prosedur ni berjalan lancar. I&D (Incision and dranage), LA(Local anestesia), container sebanyak 5 botol di mana salah satunya mengandungi formalin. Container yang mengandungi formalin akan di isi cebisan tisu yang di ambil dari badan pesakit.

Bila dah tercampak kat hospital besar aku belajar la pelan-pelan. Semasa aku di Sabak Bernam aku cuma kenal x-ray jer. Kalau tak der air mesin x-ray tu tak leh berfungsi. Pernah aku Call Juruxray dia kata, tak leh nak buat x-ray sebab air tak dak. Mana aku tau diaorang guna air. Hehe. Tu masa kat sana, tapi sekarang, siap jer x-ray. Tak payah tunggu hard-copy x-ray tu siap. Selesai je, MO ke HO ke kat wad aku terus boleh on computer dan tengak. Kira cepat la kan.

Tapi cepat-cepat pun ada keburukannya. Aku terpaksa buat kerja dua kali. Apa tidaknya semua data-data pesakit seperti vital sign, di komputer pun kena type, di kertas pun kena tulis. Sama la masa pemberian ubat. Di komputer pun kena record di kertas pun kena record. Jadi aku dah jadi macam setiausaha, mengadap kertas dan komputer sebab nak siapkan report yang melambak-lambak. Pada hal aku nurse........Tak faham la....Bukan aku sorang mengeluh, kawan-kawan aku pun sama tau.

Kesimpulannya di sebalik kemudahan ada ketension~Nannya. Kelebihannya sistem ni, aku boleh tau condition pesakit-pesakit di tingkat 2 higga 6, dengan hanya membaca nursing report di komputer.Dan tahu jumlah kepadatan pesakit di wad-wad lain. Bukan apa, kalau patient wad aku nak transfer patient pi 3rd class, aku boleh tengak ada kosong ke tak.

Dah lari tajuk nieeeee..hrmmmm.....aiiiii tadi aku tengah cerita bab CT-guided Biopsy la.....

Yang special nya prosedur ni needlenya. 'Islam needle'. Alat ni tak der kat wad aku. Cuma ada kat OT(operation theater ). Just call OT, untuk pinjam benda alah ni.



Itu sahaja, cuma yang payahnya dalam prosedur ni, nak alihkan pesakit dari stercher ke katil khas tu. Tambahan pula, patient aku ni spinal spondylosis. Sentuh siket jer mengerang....hrmmmm macam-macam la bila melayan orang sakit ni....

Aku sebenarnya tak pandai sangat, dengan menulis kat sini Aku harap aku dapat prepair awal la........kalau patient lain pulak.....nak buat CT-guided Biopsy ni...
Tambahan pula prosedur ni jarang-jarang. Lain la wad medical kerap la. Bila di campak wad multidisplin ni, Aku rasa macam rojak, kena tau semua prosedur yang berkaitan. Medical(Perubatan), surgical(Pembedahan), Ortho(Tulang), ENT(telinga, hidung, tekak ), Eye,Dental. Mujur Male wad, kalau Multidisplin Female, campur sekali O&G (Obstetrik dan Ginekologi)...Lagi la berojak-rojak.....

Thursday, 24 December 2009

MRI



Sebelum aku cerita bab MRI, aku nak cerita sedikit apa yang aku tau tentang MRI ni. MRI (magnetic resonance imaging)- MRI boleh menghasilkan gambar di dalam badan di mana tidak boleh dihasilkan oleh peralatan imaging yang lain. MRI menggunakan kuasa magnet yang disambungkan dengan komputer. ketumbuhan di tulang boleh dikesan melalui MRI yang boleh memberi gambaran yang jelas.

Sebelum MRI patient akan di puasakan kerana contrast akan di gunakan. Di sampin itu juga aku perlu memastikan consent di ambil.

Pertama kali aku hantar patient pergi buat MRI tak sangka pula prosedur ini memakan masa yang lama. Dan HO kena ada sebab, kalau HO tak dak. Staf-staf kat Radiologist tu tak mau buat prosedur ini. Aku pun ikot je la, nak buat macam mana dah prosedur dia macam tu.

Patient akan dihantar ke bilik MRI dengan strecher kerana sedation akan di berikan semasa prosedur, jadi kalau patient masih pening-pening lalat selepas sedation boleh la lentok-lentok terlentang atas strecher sementara di sorong balik ke ward.

Biasanya kat bilik MRI tu tak disediakan sedation jadi aku bawa la Dormicum yang aku ambil dari DDA dan flumazenil. Flumazenil, ni untuk revesal la sedation tu balik. Kang prosuder dah abih, patient tak bagun-bagun lagi. Pasai tu la, pentingnya Aku kena monitor dan perhatikan kadar oksigen dan pulse patient semasa prosedur. Kalau kurang pakaikan, face mask. Pernah Aku dengar ada patient yang kena repeat MRI puncanya, prosedur belum selesai patient dah tersedar. Bila tersedar, patient bergerak, jadi menyukarkan lagi proses merakam dan mengenal pasti imej-imej yang abnormal yang telah di contrastkan. Gambar pun tak jelas la.

Setakat itu je la yang aku nak cerita, ,mana tau esok-esok, 20 tahun lagi ke, lain pula prosedurnyer. Mugkin lebih fleksibel dan canggih.

Kadang-kadang aku rasa mugkin aku ni dah di takdirkan mengadap orang sakit. Mugkin ada hikmahnya.

Bila kita sakit, kita akan tahu sakit dan sihat adalah anugerah yang paling berharga. Specialist ke kita, Professor ke kita, Jusa C ke kita, Medic ke kita, Paramedic ke kita, orang bawahan ke kita...atau siapa pun kita, kita semua manusia. Dan tugas manusia adalah berubat ketika sakit. Hanya Allah yang tahu mengapa kita sakit.

nak komen, pun boleh