Wednesday 26 August 2009

Selamat Datang Junior-Junior ku




Klik di sini untuk semakan penempatan


Mulai semalam 25 Ogos semakan telah boleh dibuat di untuk Jawatan JURURAWAT TERLATIH U29.

Aku harap dengan hadirnya junior-junior ni dapat la aku transfer balik kampung aku. Tapi aku redha aje la dapat ke idak.....nak buat lagu mana....terpaksa la aku ulang alik kedah- selangor........kejam nyer dioarang nihhh....

Sunday 23 August 2009

Cakap untuk diri sendiri….huhu

Kononnya aku mengajar diri aku, supaya kurangkan pergi bazaar Ramadhan kerana aku tidak mahu menjadi seperti puasa tahun lepas asyik pergi Bazar Ramadhan jer…Jadi bulan puasa aku udah jadi macam Pesta makan pula. Tapi bila masak sendiri pun sama juga sebab aku masih lagi tidak mampu untuk “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”. Bukan nyer nak fikir nak baiki amalan sempena bulan Ramadhan nihh tapi fikir nak masak ape?, nak makan ape? ….sedar –sedar dah nak raya….

Teringat sewaktu aku buat round pagi dengan Doktor Ng Tiang Koi. Kebanyakkan pesakit kencing manis atau diabetes yang masuk wad kerana mereka tidak mengawal pemakanan. Penat aku ambil tarikh temujanji untuk mereka hadiri kaunseling diabetes tapi berapa kerat jer yang betul-betul amalkan…Udah la pakar kaunseling tu datang dari jauh………Klang tuuu

“ Pak cik mengapa gula tinggi pagi ni? Pak cik makan apa pagi tadi? “ Muka Doktor Ng seperti tidak puas hati dan terus meluru ke laci pesakit yang menyimpan pelbagai makanan.huhu

“ Patut la gula tinggi nih….minum air kotak….kueh-mueh manis, patut la gula 17” Doktor Ng memulakan leteran pagi tu seperti biasa. Aku sudah sedia maklum jika ada pesakit yang tidak dikenalinya………jawabnya mahu 1 jam dihabiskan untuk pesakit itu sahaja. Dari hujung rambut sampai hujung kaki akan di periksanya satu persatu. Hingga kadang-kadang aku mencari kerusi untuk duduk sebentar.

“ Oooo tak boleh makan benda-benda manis langsung ye Doktor, tak boleh lansung? abes tu nak minum teh tak kan tak letak gula” balas Pak cik Sobar seperti tidak percaya kerana merasakan tidak dapat hidup tanpa gula.

“ Pak Cik boleh pergi Farmasi, beli gula yang khas untuk pesakit kencing manis, kandungan gulanya rendah la. Tapi ingat aaaa air manis, kueh-kueh manis tu semua tak boleh. Faham aaaaa” Tegas Doktor Ng.

“ Pak Cik ada Gout jadi kekacang, daging pun tak boleh makan” Terang Doktor Ng dengan sabar.

“ Suami saya ni suka makan tempe Doktor, tak pe ke” tanya pula Isteri Pak Cik Sobar.
Doktor Ng mula mengerutkan dahi dan berpaling ke arah aku.

“ Ape dia tempe saya tak penah tengak pun?” sapa Doktor Ng .

“ Pak Cik tempe pun dari jenis kekacang jadi Pak Cik tak boleh makan, kalau tidak penyakit gout Pak Cik lambat la sembuhnyerrr” Jawab aku dengan bersahaja.

“ Lagi satu Pak cik, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Bila gula dalam badan Pak cik tinggi nanti salur darah sumbat, pak cik boleh dapat penyakit jantung pula”, Doktor Ng kembali bersuara. Aku tahu dia nak cover dirinya kerana tak tahu apa bendanya tempe.

Orang bukan islam pun pandai ikut sunnah . Walau pun aku tidak pasti sama ada Doktor Ng amalkan apa dia katakana pada Pak Cik Sobar. Kadang-kadang apa yang kita cakapkan sudah cukup mengambarkan diri kita yang sebenar. Ibarat diberi panduan untuk menuju sihat dan ceria, kita memilih sakit. Diberi jalan menuju ketakwaan, kita memilih jalan penyakit dan dosa.

NABI SAW PERNAH BERSABDA “Barang siapa yang mengikuti sunnha ku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersama ku.



Bahagian perut yang diikat, prosedur ini disarankan kepada mereka yang mengalami masalah morbid obesiti dan mengelak komplikasi penyakit yang berkaitan dengan obesiti
seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan masalah berdengkur atau pernafasan. Malah, kemandulan juga boleh dikaitkan dengan morbid obesiti.
Artikel penuh Klik di sini ======> sumber BERITA HARIAN

Seperti mana Sabda Rasululluh s.a.w maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Thursday 20 August 2009

Sim Card bertuah


Pagi tadi sedang aku sedap landing-landing depan televisyen setelah balik dari shif malam tiba-tiba aku dapat satu SMS dari 017 860 6417

TAHNIAH !!!!! SimCardAnda telah Berjaya Cabutan BERTUAH" wang Rm 17,000.00. Dr "POWER ROOT" SDN BHD. Sila hubungi Offiice di talian : 017 ~ 860~8079 terima kasih


Setahu aku, aku tak penah beli produk POWER ROOT.......aku selalu minum air REBINA aje kaya dengan vitamin C....
Tapi aku dari awal-awal lagi tahu ni semua satu PENIPUAN. Nanti tak fasal-fasal dia minta nom akaun aku....Sejak bila pulak talian maxis aku bekerjasama dengan POWER ROOT.

Aku punya geram aku replay la balik
SAMA-SAMA KASIH, KENTUT!!!!!....HAHAHAHA
Tak sampai seminit SMS aku terus delivered. Cari fasal lagi dengan aku.

Wednesday 19 August 2009

Cincadu

Hari ni merupakan hari yang amat berbahagia dalam hidup aku, kerana aku berjaya memperoleh cuti...setelah kepala aku naik berpinau kerana kerja tak tentu masa. Sejak penularan wabak H1N1 seorang staf di perlukan untuk menjaga kubikel untuk pesakit H1N1, dengan tidak semena-mena bermula episod aku kerja 17jam sehari .....tapi bila fikir kawan-kawan aku yang lain pun sama merasa maka aku teruskan jua.....walau apa jua badai menimpa...

Aku berazam untuk gunakan cuti sehari ni sebaik mugkin, kerana kerja direct 2 minggu tanpa cuti pun.......sudah jadi biasa kepada aku dan kawan-kawan.....cukup dengan meletakkan kepala atas bantal....boleh tidur seharian jawabnyer....

Aku gunakan masa yang terluang ni untuk memasak, tonyoh bilik air yang berkarat, mop lantai yang melekit dan macam-macam lagi la...

Semangkuk budu bertatahkan cili padi dan 4 ekor ikan goreng sudah sedia terhidang di depan televisyen.Aku tahu Najmiah memang suka budu....






" Weh emifa ko buat la cincalok" teriak shikin kepada Aku

" Mak aku cakap, cincalok ni kena bilas dulu la" Aku mula memberikan penerangan kepada Shikin macam salu aku bagi pendidikan kesihatan kepada pesakit aku di wad.

" Aik, buat pe nak bilas" Shikin mula mengerutkan dahi.

" Sebab cincalok ni terlalu masin la", Aku menjawab bersahaja

" Masin la sedappp" jawab shikin dengan matanya menjegil ke arah Aku.

Aku hanya terdiam sambil mengelengkan kepala.

" Hang tak tergoda ke tengak aku makan nasi ni, budu ada, cincalok ada...nasi panas pulak tu. Miah baru masak tadi."

Aku tersengeh-sengeh melihat gelagat Shikin yang khusyuk melihat ke arah skrin laptopnya sambil tangannya menyuap burger.

" Dah la tak mau makan nasi, nak kacau aku makan nasi pulak" Aku mula membentak shikin kerana dia mencubit ikan dalam pinggan nasi aku.

" Pi la bubuh nasi, ada banyak lagi la dalam periuk tu"

" Hang buat apa tu, mana ada orang campur budu dengan cincalok la" Aku mula mengomel panjang. Shikin cuma tersengeh-sengeh memandang aku.




" hmmm sedap la" shikin terus menjilat cincadu dengan selamber.

Aku ketawa berdekah-dekah, sambil menutup mulut. Aduhh kretif betul housemate aku ni. Entahlah kenapa aku boleh ketawa sepuas hati melihat gelagat Shikin, mugkin sebab nak hilangkan stres kot.....kerja,kerja dan kerja jer...Ni salah satu cara, untuk kembali bertenaga nak bekerja esok..insyaAllah.

Wednesday 5 August 2009

Sedih

Pejam-celik, pejam celik dah masuk bulan Ogos sekejab je masa berlalu. Entah la pagi tadi sewaktu pulang dari kerja hati ni tetiber terasa sebak , berita kematian di sebabkan wabak H1N1 yang semakin menular dari hari ke hari. Anak-anak kecil, remaja semuanya menjadi korban.

Aku tidak boleh lagi berfikir untuk melayan tidur yang panjang kerana ini bukan masanya lagi, sejak hospital aku mengendalikansendiri wabak ni semua kawan-kawan aku terpaksa buat double duty. Bermula la episode aku menjaga sendiri pesakit-pesakit H1N1. Oleh kerana tidak cukup staf, hanya seorang staf akan jadi inchrge dan runner. Aku memakai gown, double glove dan mask, cap dan sarung kaki khas sewaktu melakukan apa-apa prosedur kepada pesakit. Dan setiap kali hendak pergi makan, PU, BO, solat aku akan menyalin semula pakaian dan mengenaka sepasang baju oTi yang baru untuk mengelakkan aku merebakkan wabak ni kepada orang lain pula. Aku dengar ada hospital yang menyediakan disposable panties and bra untuk staf,,,emmm…..sampai macam tu sekali.

Aku terpaksa jadi sedikit garang dan tegas kerana ada pelawat-pelawat yang datang tidak faham. Penyakit ni berjangkit melalui titisan udara, mengapalah mereka dan keluarga mereka ni tak faham. Tak boleh buka kipas hanya boleh buka tingkap….kadang-kadang pesakit nyer tak bagi masalah tapi relative yang bagi masalah pada aku. Mujur la aku masih di beri kesabaran….kalau la mereka tahu aku incharge aku la runner…..sampai tak menang tangan jadi nyer…dan nak melayan karenah mereka lagi….

Kini cuma seorang pesakit di wad aku sudah (+)ve H1N1………kadang-kadang terfikir juga…………macam mana la kalau penyakit ni terkena pada aku, ……….”Aku cepat-cepat pujuk hati aku berfikiran positif………….….”niatkan dalam hati kita nak bantu pesakit’..insyaAllah jika aku mengikut garis panduan yang di tetapkan sewaktu melakukan apa-apa prosedur ke atas mereka……wabak ni sebenarnya dapat dikawal dan dicegah…….bukan saja aku, tapi semua orang harus sama-sama mengawalnya…..
Sebenarnya ada pesakit yang (+)ve H1N1, bila keadaan mereka sudah stabil mereka akan discaj dan akan di berikan ubat. Dan mereka perlu di kuarantin kan di rumah untuk tempoh tertentu jika ada apa-apa masalah datang semula ke hospital.



oseltamivir capsule ni.....warnanya putih kuning....

Kerana itu penting sekiranya kita mempunyai tanda-tanda seperti deman, batuk, selsema dan sakit tekak haruslah segera mendapatkan rawatan. Tambahan pesakit yang berisiko seperti wanita mengandung, masalah buah pinggang kronik, kencing manis, obes ,penyakit paru-paru kronik, dan imuniti yang rendah …….jika mengalami deman je haruslah segera mendapat rawatan segera….

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALLAH menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.

nak komen, pun boleh