Thursday 24 December 2009

MRI



Sebelum aku cerita bab MRI, aku nak cerita sedikit apa yang aku tau tentang MRI ni. MRI (magnetic resonance imaging)- MRI boleh menghasilkan gambar di dalam badan di mana tidak boleh dihasilkan oleh peralatan imaging yang lain. MRI menggunakan kuasa magnet yang disambungkan dengan komputer. ketumbuhan di tulang boleh dikesan melalui MRI yang boleh memberi gambaran yang jelas.

Sebelum MRI patient akan di puasakan kerana contrast akan di gunakan. Di sampin itu juga aku perlu memastikan consent di ambil.

Pertama kali aku hantar patient pergi buat MRI tak sangka pula prosedur ini memakan masa yang lama. Dan HO kena ada sebab, kalau HO tak dak. Staf-staf kat Radiologist tu tak mau buat prosedur ini. Aku pun ikot je la, nak buat macam mana dah prosedur dia macam tu.

Patient akan dihantar ke bilik MRI dengan strecher kerana sedation akan di berikan semasa prosedur, jadi kalau patient masih pening-pening lalat selepas sedation boleh la lentok-lentok terlentang atas strecher sementara di sorong balik ke ward.

Biasanya kat bilik MRI tu tak disediakan sedation jadi aku bawa la Dormicum yang aku ambil dari DDA dan flumazenil. Flumazenil, ni untuk revesal la sedation tu balik. Kang prosuder dah abih, patient tak bagun-bagun lagi. Pasai tu la, pentingnya Aku kena monitor dan perhatikan kadar oksigen dan pulse patient semasa prosedur. Kalau kurang pakaikan, face mask. Pernah Aku dengar ada patient yang kena repeat MRI puncanya, prosedur belum selesai patient dah tersedar. Bila tersedar, patient bergerak, jadi menyukarkan lagi proses merakam dan mengenal pasti imej-imej yang abnormal yang telah di contrastkan. Gambar pun tak jelas la.

Setakat itu je la yang aku nak cerita, ,mana tau esok-esok, 20 tahun lagi ke, lain pula prosedurnyer. Mugkin lebih fleksibel dan canggih.

Kadang-kadang aku rasa mugkin aku ni dah di takdirkan mengadap orang sakit. Mugkin ada hikmahnya.

Bila kita sakit, kita akan tahu sakit dan sihat adalah anugerah yang paling berharga. Specialist ke kita, Professor ke kita, Jusa C ke kita, Medic ke kita, Paramedic ke kita, orang bawahan ke kita...atau siapa pun kita, kita semua manusia. Dan tugas manusia adalah berubat ketika sakit. Hanya Allah yang tahu mengapa kita sakit.

Tuesday 24 November 2009

Roziana oh Roziana




Hari tu lebih kurang pukul 12 mid night, 25 NOVEMBER 2006, aku mendapat SMS dari kawan aku Roziana. Roziana adalah bekas roomate aku masa aku di semester 1, dan apabila naik semester 4, dia menjadi jiran aku.

Semasa di semester 4 kami tinggal sebilik 4 orang. Aku rasa macam orang nomad, kerana semester 4 dan 5 kami akan di tempatkan di asrama yang terletak di Kota Bharu. Asrama cawangan Kota Bharu ni betul-betul terletak berhadapan Stadium dan berdekatan Hospital Raja Perempuan Zainab II. Manakala pada semester 1 hingga 3 dan 6 kami akan di tempatkan semula di asrama Kolej Kujururawatan Kubang Kerian bertentangan dengan HUSM Kubang Kerian.

Sambung cerita SMS tadi, Roziana mengajak aku ke biliknya kerana katanya dah lama dia tidak bersembang-sembang dengan aku. Pada masa tu dalam bilik aku ada Kak Wawa, Shafila, dan Kak Yana. Mereka ni roomate aku yang best dan baik-baik. Aku pun bagi tau la diaorang yang Aku nak ke bilik sebelah untuk berjumpa Roziana. Maklumla kena la cakap kan, nanti mereka hairan pulak. Tiba-tiba jer Aku merayap lewat-lewat malam.

Biasalah sesampainya aku di bilik Roziana Aku sudah di sambut mesra oleh kawan Aku ni. Dia ni memang peramah walau dengan sesiapa pun. Aku tak tau la dia lahir tahun apa. Betul-betul macam mulut murai.

Sedang Aku asyik bersembang dengan Roziana. Roomate Roziana secara beransur-ansur hilang seorang demi seorang cabut keluar meninggalkan kami berdua. Mula-mula Kak Ina, Kak aeda dan Ilah.

Aku pun tegur la depa. "Nak pi mana tu?" .

Mereka kata nak ke tandas la, bilik member la. Macam-macam la alasan yang di beri. Sehingga Aku rasa lain macam pulak dan nak balik ke bilik aku semula. Bila aku datang jer mereka terus keluar. Macam ada yang tak kena jer. Aku pun minta la izin Roziana nak balik ke bilik aku. Tapi Roziana menahan aku dan tak bagi Aku balik.

"Tunggu ka kejab", kata Rozina, seperti mamaksa-maksa Aku.

Aduhhh, apa hal la dengan budak ni. Sesuka hati jer nak tahaqqq Aku.Sehinggalah Roziana dapat SMS dan baru dia bagi aku balik.

Tiba-tiba......., ada lagi....

" Hang boleh dak teman aku pi ambil barang kat bilik study?" Tiba-tiba Roziana lagi sekali bersuara.

Aku tak terfikir langsung apa sebenarnya muslihat kawan aku ni. Aku hanya menurut, dalam hati berkata "awat la budak ni nak manja-manja ngan aku. Nak pi bilik study pun nak kena teman ke? Aduhhh tak pa laaa"....

" Jom la"

Sesampainya di depan pintu bilik study, lagi sekali Roziana buat hal lagi.

" Emi, Aku takut la nak buka pintu bilik study tu gelap, hang tolong bukakan pintu dan lampu sat."

Oleh kerana Aku rasa mengantuk dan hanya terbayangkan bantal dah masa tu. Aku ikut saja la, perangai kawan Aku yang ngada-ngada tu. Dengan harapan dia tak sekat Aku dah. Dalam kepala otak Aku, nak balik, nak tidoqqq ja.... Esok Aku takot tertidur lagi masa kelas.

Sebelum sempat cahaya lampu kalimantan menerangi bilik study tu, jantung aku rasa macam nak luruh. Aku ternampak bayang-bayang segerombolan manusia dan cahaya lilin.

Rupa-rupanya mereka adalah roomate Aku dan roomate Roziana yang sedang menanti kedatangan Aku, sambil Kak Aeda yang sedang memegang kek di hiasi buah kiwi dan beberapa batang lilin yang comel.

Aku berpaling ke arah Roziana. Dia tersengeh-sengeh melihat Aku yang masih lagi terpinga-pingan dengan semua ni. Aku tak terkata apa-apa, 5 batang lilin ku tiup hingga terpadam semuanya.

Setelah selesai Majlis hari jadi aku yang serba ringkas di pagi-pagi buta itu, Aku pun mengucapkan terima kasih pada semua yang bersubahat buat bagi Aku tergejuzzzz dan hilang mengantuk.

Huiiiihhhhh ada jugak kawan-kawan macam ni, sanggup bersusah payah tidur lewat kerana Aku, pandai betul Roziana ni rancang semua ni. Sampai aku pun dah lupa bahawa hari tu adalah hari jadi aku. Hehehehe. Patut la Rozina, dok ajak aku pi kedai kek kat Kota Bharu tu, dan tanya Aku suka kek macam mana. Hurmmmmmm

Friday 13 November 2009

Nasi lemak + Timun

Teringat dulu semasa aku bertugas di Selangor, setiap kali hujung minggu kantin di Hospital Sabak Bernam tutup. Biasanya aku dan kawan-kawan akan memesan makanan daripada PPK(Pembantu Perawatan Kesihatan). Kalau tak kebuluran la jawapnya.

Sewaktu memesan sarapan pagi aku salalu mendapat nasi lemak yang lansung tidak mengandungi sehiris timun pun. Bukan aku ni hantu timun, tapi timun ni bagus untuk kesihatan. Buat ulam makan ngan nasi pun sedap. Kaya dengan khasiat.

Contohnya kalau kita makan sate, sate yg dibakar mengandungi karbon, juga dikenali sebagai radikal bebas. Timun pula mengandungi antioksidan. Antioksidan bertindak balas meneutralkan radikal bebas.

Untuk mencegah kanser, aku sarankan amalkan makanan mempunyai antioksidan tinggi.Sumber antioksidan yang paling baik ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Bukan nak promote tapi aku la yang salu oder vegetarian diet untuk pesakit barah di wad aku. Depa ni datang ke wad untuk mendapatkan rawatan Chemotherapy.



Lantak la, mak cik yang jual nasi lemak tu tak ada stok timun aku nak juga timun.
Aku pun tulis la besar-basar dalam rag paper tu

Nasi Lemak + Timun

Setelah bebarapa jam, PPK aku pun balik la dari pasar Sabak Bernam. Elok la perut aku pun dah banyak kali putar lagu inang ni....lapar sesangat dah ni....tak sabar nak mengadap nasi lemak.

" Emi ni duit baki ko, dah aku nak gi sambung keje aku" Kata PPK Kahar

Haaaa buah timun? Sapa yang oder timun ni. Aku berlari mendapatan kawan-kawan aku di kaunter jururawat.

" Kak Misah sape punya timun ni"

" Laaa dia yang oder buat-buat tanya pulak" balas Kahar dengan muka serius.

"Laa maksud saya bukan nak beli timun sebanyak ni, saya nak nasi lemak yang letak timun...."

Kak Misah dan rakan-rakan aku yang lain terkekeh-kekeh gelakkan aku. Kahar pun sama.Cisss

" Aku mana tahu, nak beli timun sebiji tak padan aku pun beli la 4 biji." Balas Kahar sambil tergelak-gelak.Hmmmmmmm,

Cubannnnnnn



Pengajarannya sebelum nak minta pertolongan sesiapa, belikan makanan ka.., kena explain betul-betul....huhuhu

Monday 2 November 2009

Chocolate Drink

Seperti biasa pada hujung bulan, setiap wad di Malaysia akan mengira cencus bulanan. Mujur la malam tu patient tak ramai sangat, jadi dapat la kami mengira cencus dengan tenang.

"Adila apa night ration kita kali ni ?" Aku yang mula terasa lapar mula tercari-cari sesuatu untuk mengalas perut.

" chocolate drink "



Siti sedang tekun menaip nursing report di depan skrin komputer. Patient aku cuma empat orang manakala patient Adila cuma seorang. Maka aku dengan Adila memulakan operasi mengira cencus pada pukul 3am.

" New case Medical, Satu"

" Discharge ENT, Dua"

" Transfer out Surgical, Tiga"

" Discharge Eye, Satu"

Adila mula membaca cencus harian.Dia menyebut satu persatu kepada aku.Aku pun memberi isyarat " ya", untuk memastikan statistik patient setiap bulan akan sama bakinya dengan jumlah patient di dalam wad sekarang.

" Transfer in Medical, Dua"

" New case Medical , Satu"

" MILOoooooooo......."

" HAAAAA MILOOO?????" Aku yang tengah kusyuk mendengar suara Adila , mengerutkan dahi kerana suara Adila sayup-sayup kedengaran walau pun dia duduk di sebelah aku. Apabila aku berpaling saja ke arahnya, aku melihat Adila sudah hanyut entah ke mana. Matanya terpejam sambil bercakap, mujur tidak jatuh terjelepuk atas lantai.

" Haaaa tidoqqqqq kaaa!!!!!!" Aku mula gelak mengekek melihat Adila yang mengantuk plus, plus.

Adila tersengeh-sengeh ke arah aku, sambil jarinya mengaru-garu mata yang layu. Aku dan Adila lawan bergelak kerana keseronokan. Habis la, semua patient terjaga. Berjaga macam kami. Berjaga malam tanpa tilam dan bantal. Huhhhh cepat la pukul 7am nihhh.....

Friday 23 October 2009

multidisplin lagi............




Assalamalaikum

Hari ni kerja petang.... aku dan Intan selesai pas report pada pukul 10pm.Tak tau la rezeki aku nihh, asyik dapat wad multidisplin. Male sama seperti di tempat lama aku mula-mula bertugas. Cuma kali ni lebih mencabar kesabaran aku kerana aku di tempatkan di wad first class.Wad ni boleh di katakan di kayangan kerana terletak di tingkat atas sekali bersebelahan wad Diraja. Yang mana pesakitnya terdiri daripada Pengarah Kesihatan, Dato', Doktor, MA, dan SN jer belum lagi(mungkin sebab male nurse semua kurang nak masuk wad).Dan biasalah mereka-mereka yang bernama cikgu, pesara polis dan tentera. Patut la aku tengak sister wad aku yang patut habis kerja pukul 5pm balik kerja, bila azan magrib. Rupanya kalau time busy semua orang terpaksa rela balik lambat.

Bagi aku kerja kat mana pun sama ja, kalau kat hospital Sabak aku incharge maxima 27 patient , tapi hari ini aku cuma incharge 4 patient. Cuma kalau kat sini bezanya aku terpaksa ulang alik ke bilik pembedahan. Dan keluar merayau-rayau di sekitar nursing block, kerana hospital ni memang terkenal dengan pelbagai prosedur yang macam-macam ada. Di hospital daerah aku biasa berkawat dalam wad, intubation patient untuk di refer ke hospital besar. Sekarang baru aku rasa, kesian kawan-kawan aku kat hosptal besar. Waktu aku nak hantar patient ke Hospital Klang dulu, sampai nak lalu dengan stretcher pun tak muat. Extension bed menyebabkan laluan di sepanjang wad jadi lorong sempit. Jururawat tenggelam dek ramainya pesakit.Begitulah di sebalik kemudahan ada kesusahan, di sebalik kesusahan ada kemudahan. Dulu masa tinggal di rumah sewa 5 min dah selamat sampai depan muka pintu, sekarang 30 min baru sampai. Kerana itu aku pilih guna Tol sebab tak payah tekan break banyak kali. Bila la dapat balik kerja kat Poliklinik Simpang Kuala ni.Hurmmmm

Untuk membolehkan aku kerja di Klinik atau Poliklinik aku perlu mengambil Kursus Perbidanan selama 1 tahun. Mujur la Pos Basic Perbidanan itu ada di Hospital Sultanah Bahiyah, kalau nak ambil Pos Basic Ortho ke, Renal ke mau la 6 bulan pulak kat KL nun. Jadi sebolehnya target aku dapat perbidanan pun jadi la.... dari tak ada apa-apa post basic. Sekurang-kurangnya esok nak posting kat wad antenatal ke, posnatal ke boleh la...

Aku memandu seorang diri pulang ke rumah pada pukul 11pm, selalunya waktu ini semua penjaja-penjaja sudah menamatkan operasi mereka dan mula berkemas-kemas untuk pulang. Lampu isyarat menyala merah , aku memberhentikan kenderaan. Seorang remaja lelaki yang kurus keding gagah menolak pacuan tiga roda di hadapan aku. Kenderaannya penuh berisi barang-barang, mungkin remaja lelaki itu tidak sabar pulang ke rumah untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Dia mengunakan sepenuh tenaganya untuk mengerakkan kenderaannya sambil berdiri. Tak tau la, berapa berat beban yang terpaksa di tolak. Aku dapat rasakan sebenarnya, kalau kita rasa kita susah ada orang lain lagi yang lebih susah untuk mendapatkan sesuap nasi. Dan yang penting biarlah rezeki yang di perolehi halal dan berkat untuk di bawa pulang kepada anak dan isteri.

Sampai di sini dulu, esok aku kerja petang lagi bersama Shahida dan Adila. Harap semua berjalan lancar. Teringat masa kerja dengan Farhana, Amylia, Siti Sarah bestnyer. Tapi sekarang masing-masing dah berpecah-pecah bawa haluan sendiri. Hargailah rakan anda tika mereka di sisi. Bila rasa rindu....capailah henset, hantar SMS...

Tuesday 29 September 2009

> Rencana >> Sosial “Mirror mirror on the wall! Who s the fairest of them all?”

Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN sumber YADIM

... Alkisah, Narcissus adalah seorang rupawan yang setiap hari berlutut di sebuah danau sambil mengagumi keindahannya sendiri. Ia begitu terpesona oleh dirinya hingga suatu pagi, ia jatuh ke dalam danau itu dan tenggelam. Di titik tempat jatuhnya itu, tumbuh sekuntum bunga yang dinamakan narcissus. Setelah itu, dewi-dewi hutan muncul dan mendapatkan danau tadi, yang sebelum itu berisi air segar, telah berubah menjadi danau air mata yang asin.

“Mengapa engkau menangis?” tanya dewi-dewi itu.

“Aku menangisi Narcissus,” jawab danau.

“Oh, tidak hairanlah jika kau menangisi Narcissus,” kata mereka, “kerana walau kami selalu menari di dalam hutan ini, hanya kau saja yang dapat mengagumi keindahannya dari dekat.”

“Tapi...indahkah Narcissus?” tanya danau.

“Siapa yang lebih mengetahuinya daripada engkau?” tanya dewi-dewi, kehairanan.

“Dekatmulah ia tiap hari berlutut mengagumi dirinya!”

Danau terdiam beberapa saat. Akhirnya, ia berkata:

“Aku menangisi Narcissus, tapi tak pernah kuperhatikan bahawa Narcissus itu indah. Aku menangis kerana, setiap kali ia berlutut dekat di sisiku, aku bisa melihat, di dalam matanya, pantulan keindahanku sendiri.” ...

(Dipetik daripada novel Paulo Coelho "The Alchemist")

KARAKTER dan perilaku merupakan suatu teori mengenai bagaimana seseorang individu berkomunikasi yang mana perilaku yang digambarkan bergantung kepada karakter yang dimiliki. Tiga karakter yang dikenalpasti mengikut teori Dominic A. Infante, pengkaji dalam bidang komunikasi tingkah laku luar kawalan ialah ‘Argumentativeness’ yang menunjukkan karakter individu yang gemar menentang dengan kecenderungan menawarkan suatu topik yang berlawanan dalam berkomunikasi selain hanya cenderung dengan pendapatnya sendiri serta sering menyangkal atau menyalahi pendapat lawan.

Karakter kedua dipanggil ‘sosial and communication anxiety or communication anxiety’ ini mempamerkan sifat individu yang selalu gelisah dalam bersosial dan berkomunikasi atau menurut istilah lain adalah kekhuatiran komunikasi. Karakter ketiga pula adalah ‘narcissism atau self-love’, suatu sifat kecintaan yang mendalam pada diri sendiri dalam berkomunikasi. Anita Vangelisti, Mark Knapp, dan John Daly, menjelaskan bahawa individu narsis berkecenderungan untuk menonjolkan kelebihan yang ada pada diri sendiri sebagai suatu kebanggaan yang sering ditunjukkan kepada lawan bicara. Hal ini, jelasnya biasa terlihat secara ‘non verbal’ atau bahasa gerak badan dengan mempamerkan perilaku yang berlebih-lebihan dan memberikan kritikan terhadap penampilan individu lain dengan tujuan mengelak kritikan terhadap dirinya.

Terdapat pelbagai faktor penyebab seseorang cenderung menjadi narsis. Faktor-faktor tersebut antara lain adalah faktor keturunan dan faktor persekitaran. Narsis biasanya timbul akibat daripada pujian dan penghormatan yang diterima berulang kali daripada individu lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa dirinya cantik kerana acapkali menerima pujian bahawa dirinya cantik meskipun pada awalnya dia tidak berasa dirinya sedemikian. Narsis tidak hanya bermanifestasi pada perilaku yang gemar memuji dirinya sendiri, kerap menghadap cermin atau kerap bergaya persis model, tetapi juga terdapat implikasi lain daripada sikap narsis itu sendiri.

Sikap-sikap narsis:

1. Mereka yang bersikap narsis akan berasa lebih hebat dan besar berbanding orang lain.
2. Memiliki fantasi untuk mencapai kejayaan dan kekuasaan yang tinggi.
3. Berasa dirinya unik dan berbeza daripada orang lain.
4. Gemar memberikan kritikan bahawa dirinya lebih daripada segenap segi daripada orang lain.
5. Ingin layanan istimewa daripada orang lain.
6. Cenderung memanipulasi dan mengeksploitasi bagi kepentingan sendiri.
7. Tidak mempunyai rasa belas simpati serta angkuh dan sombong.

Tidak dapat dinafikan, setiap manusia mempunyai keinginan untuk diutamakan yang jika tidak dijaga dengan baik akan membawa pada kecacatan kekal yang hina lagi keji, iaitu sikap tamak dan mementingkan diri sendiri. Ia lebih jelas kelihatan pada manusia yang bersifat ingin kehadirannya disedari, ingin dirinya kelihatan penting di dalam komuniti yang didiaminya. Jika tidak, mana mungkin wujud segala macam jenis horoskop, kenali personaliti melalui tarikh lahir, bulan lahir, hari lahir, anak nombor berapa, tahi lalat, bentuk wajah melalui tajul muluk dan sebagainya - hanya untuk menentukan spesies dan kategori manusia manakah kita ini.

Daripada Ibnu Mas’ud, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Tidak masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat sezarah kesombongan (takbur).” Berkata seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan seseorang yang menyukai pakaian dan sepatunya yang bagus?” Rasulullah menjawab, ”Sesungguhnya Allah itu baik/indah, dan menyukai kebaikan/keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan memandang orang lain lebih rendah.”

Jika dilihat dari sudut psikologi, sikap narsis ini termasuk di dalam kategori penyakit jiwa.
Sigmund Freud, menghuraikan bahawa narsis berpotensi terarah kepada keadaan ‘Narcissistic Personality Disorder’ (NPD), suatu keadaan gangguan karaktor individu yang menunjukkan kesombongan, egoisme, riak dan kecintaan yang berlebihan pada diri sendiri. Istilah tersebut juga digunapakai pada kelompok sosial tertentu yang didorong sikap mengkritik dan memburuk-burukkan anggotanya.

Individu narsis senantiasa dibelenggu oleh egoisme dan penumpuan kepada dirinya sendiri sehingga ‘mengaburi matanya’ untuk melihat kebaikan, keunggulan, dan kebenaran individu lain selain dirinya. Rasulullah bersabda, bahawasanya ciri utama orang yang takbur adalah menolak kebenaran. Mereka menolak kebenaran dan kebaikan selain daripada diri mereka kerana baginya tidak wujud kebenaran selain diri mereka. Bahkan merekalah yang paling benar. Mereka membesar-besarkan diri mereka dan mengerdilkan orang lain.

Allah s.w.t menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud, “Aku akan palingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi dari ayat-ayat-Ku.” (al-A’raf: 146)

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai sikap narsis. Bagaimanapun, yang membezakan mereka adalah tahap darjahnya. Ada pendapat penyatakan bahawa narsis juga mempunyai sisi yang positif jika dipraktikkan sekali-sekala.

Perkara penting yang perlu ada ialah garis panduan yang dapat membezakan narsis dengan keyakinan diri. Individu yang berkeyakinan pada diri biasanya akan menghargai pujian dan penghargaan yang diterima tanpa beranggapan bahawa pujian dan penghargaan itu suatu kemestian. Keyakinan dan kepercayaan pada diri dapat dilihat daripada sikap keterbukaan terhadap kritikan. Individu sebegini walau tidak mendapat layanan dan keistimewaan tidak akan berasa kekecewaan sepertimana individu narsis.

Individu ini juga mempunyai perasaan simpati dan mengambil kira perasaan individu lain. Cara terbaik bagi mencegah individu ini menjadi narsis adalah dengan bersedia menerima kritikan orang lain dengan hati yang terbuka. Selain itu, sering menyelami kelebihan dan kekurangan pada diri juga merupakan salah satu cara agar keyakinan dan kepercayaan diri bertukar kepada narsis. Individu yang berkeyakinan dan percaya pada keupayaan dirinya sendiri tidak bergantung kepada orang lain dalam mencari keselesaan.

Sebaliknya, rahsia besar individu narsis ialah mereka sangat bergantung kepada pujian dan penghargaan orang lain dalam mencapai keyakinan diri. Jauh di sudut hati mereka, tersimpan sebuah jiwa yang rapuh dan senantiasa hidup dengan harapan tinggi menggunung akan pujian daripada orang. Persis ibu tiri Snow White yang selalu bertanya pada kaca ajaibnya, “Mirror mirror on the wall! Who´s the fairest of them all?”

Saturday 26 September 2009

Setelah 5 tahun menanti....

Akhirnya setelah 5 tahun merantau akhirnya aku dapat berbakti kat kampung sendiri...
Sejak belajar di kelantan selama 3 tahun aku terpaksa naik turun bas dan belajar menyesuikan diri di tempat orang.Dan setelah tamat belajar aku di tempatkan pula di salah sebuah daerah yang aku memang tak tahu kewujudannya iaitu sabak bernam.

Memang seronok kerja di sabak bernam cuma bila bekerja di hospital daerah aku terpaksa on-call 24 jam....jadi tak kira masa pukul 2-3 pagi aku kena stand by uniform dan handset sentiasa on........takot kalau-kalau ada kes yang nak hantar ke Klang, Selayang dan KL dan ke mana saja...menaiki ambulans.

Berlainan pula di tempat aku sekarang memang tak der on-call melainkan kes-kes tertentu. Walau pun agak sibuk sedikit tapi tak payah la on call 24 jam. Boleh la aku tidur dengan tenangnya tanpa perlu bimbang hospital call. Tak ada la orang nak ketawa kan aku lagi, sebab cakap loqat kedah. Sebab Hospital Sultanah Bahiyah bahasa utamanya ialah loqat kedah....lain pula di sabak bernam aku asyik diketawakan jer....sebab mereka mendakwa loqat kedah aku terlalu pekat...hingga aku jadi bahan ketawa.Cissss

Aku rasa untuk staf-staf yang baru, mai la cari pengalaman di hospital besar. Sekurang-kurangnya mereka dapat menambahkan lagi kemahiran dan ilmu mereka. Tak rugi. Contoh hospital sultanah Bahiyah ni dilengkapi dengan kemudahan ‘Total Hospital Information System’ (THIS) serta kemudahan perubatan pakar bertaraf antarabangsa. Jadi nak buat apa semua main klik-klik ja.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua kawan-kawan sekerja aku di sabak bernam kerana sudi memberi tunjuk ajar kat aku selama aku di sana. Seronok bekerja dengan hampa semua. Tapi nak buat lagu mana, aku ada tanggungjawab jugak kat sini.
Harap keseronokkan itu akan wujud jugak selama aku kat hospital sultanah bahiyah ni, kerana bila kita rasa seronok bekerja, bermakna kita tak stres, bila kita tak stress kita akan berusaha lakukan sebaik mungkin...aminnn

Friday 18 September 2009

Buat menyemak rumah jeee..!!!

Sempena hari raya yang bakal tiba, aku pun memulakan operasi mengemas apa yang patut. Kira beruntung la setelah aku dapat tukar ke Hos Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Matron kat sini bersetuju bagi kami semua yang melapor diri pada 14 Sept yang lalu, cuti selama 4 hari dan mula bekerja semua pada raya ke-3. Amin. Kalau aku masih berada di Selangor, belum tentu dapat cuti yang dah kira panjang macam ni....syukur Alhamdulilah...

Sedang aku berkemas-kemas tiba-tiba aku terjumpa kraf tangan yang cantik. Ia hasil pemberian rakan-rakanku yang melansungkan perkahwinan. Sayang nyer nak buang. Tapi rumah aku ni sempit. Aku sendiri tak tahu nak letak kat mana dah.



len kali sapa nak buat kenduri bagi telur rebus dah la, boleh aku balik makan, selamat dalam perut aku jer...


Dalam rumah tu cuma ada mak aku, aku pun tanya la.

" Mak, mak kat mana nak letak hiasa-hiasan ni"

"Kalu nak simpan, jangan menyemak kat depan. Simpan dalam bilik. Kalau tak, buang jer. Lain kali jangan dok pi beli yang bukan-bukan" gerutu mak aku.

" Ni bukan beli la, kawan-kawan yang bagi" aku membalas.

" Nanti bagi tau kawan-kawan, mak aku tak bagi bawa balik hiasan-hiasan ni. Mak aku marah. Tak payah bagi pun tak apa" Mak aku berseloroh sambil qeenyieeh.

Aku hanya terdiam membisu. Nampaknya aku terpaksa buang la pemberian rakan-rakan aku ni. Fasal bilik aku pun dah penuh...buku-buku nota aku pun aku sumbat bawah katil jer...tak kan nak sumbat lagi..aduhhh.....maaf la ye...bukan salahku..

Thursday 3 September 2009

Nak minta tolong

"Htaj Diana"

Tiba-tiba henset aku berbunyi, suara dari henset menyebut nama Diana.

" Assalamualaikum........"

"Waalaikumussalam" balas aku ceria...

" Kenal lagi tak? " Tanya Diana

"Kenal, Diana.....Tak kan la... tak kenal wad ko dok sebelah wad aku je" Aku mula menghentam.

Aku tiba-tiba hairan walau pun rumahnya selang beberapa buah rumah dari rumah aku dan hanya bertegur jika wadnya atau wad aku ingin membuat sistem barter seperti bertukar barang-barang keperluan seperti kontena blood culture and sensivities, intravena injection dan sewaktu pas cencus 24hour.

" Aku nak minta tolong ni" Jelas Diana

"Minta tolong apa?" Aku mula di rundung pelik. Minta tolong apa malam-malam ni.

"Hari tu masa ko minta tukar kau bagi alasan apa ye?. Aku tengah isi borang tukar ni, tolong la aku karang ayat . Semua kawan-kawan kita dah dapat tukar dan dalam proses minta tukar. Aku rasa tak senang duduk dah ni, alih-alih tinggal aku sorang je yang belum isi borang tukar. Masing-masing dah ada haluan sendiri. Aku ingat nak isi dah borang tukar ari tu, sampai sekarang tak isi-isi.Ko pun senyap-senyap je ye, tau-tau dah dapat tukar" bentak Diana. Aku cuma tersenyum sendiri mendengar celoteh Diana.

" Hehehehe, aku memang masuk jer kerje baru beberapa bulan mak aku bising suruh minta tukar. Tak kan la ko tak ingat aku orang pertama hantar borang tukar. Lebih kurang macam ni ayat aku

Sudah sekian lama, sejak umur saya 4 bulan saya tinggal bersama seorang ibu tunggal. Saya mempunyai seorang adik lelaki sahaja dan beliau pun baru mendapat tawaran belajar. Jadi tiada siapa di rumah untuk menemani ibu saya. Tambahan pula ibu saya sering mengalami gejala seperti pitam. Jadi saya bimbangkan keselamatan ibu saya kerana beliau keseorang di rumah . "
Terang aku panjang lebar

"Oohhhh macam tuuuu" kedengaran suara Diana makin jauh.

" Ko nak minta mana" Balas aku ingin mengorek rahsia.

" Aku nak minta Melaka, sebab Johor tu luas sedangkan kampung aku sempadan je ngan Melaka" Terang Diana.

" Ko kena rajin call Putrajaya dan JKN insyaAllah dapat, nanti aku bagi nombornya kat ko" Jawab aku.

" Ok, nanti jangan lupa send kan nombornye kat aku ye, ko tu pun sebelum berangkat pergi kedah aku nak jumpa ko dulu..jangan lupa kat aku pulak "

"InsyaAllah"

Tuesday 1 September 2009

Mengapa dan mengapa....





Ni Perhentian semanggol, memang ni tempat aku lepak untuk melepaskan lelah . Seluruh badan aku akan lenggoh-lenggoh jika aku tidak berhenti memandu seorang diri. Perjalanan Alor Setar ke Sabak Bernam, Selangor sejauh 340km. Naik bas pun lagi la makan masa kerana aku perlu naik banyak bas baru sampai....kerana tiada bas terus dari sabak bernam ke alor setar dan sebaliknya....mengapa dan mengapa ye? Bawa perlahan mengantuk, bawa laju aku dah janji ngan mak aku tak nak bawa lebih dari 100km/jam...aduhhh




Kadang-kadang sewaktu memandu aku kecut perut sebenarnya melihat lori kontena yang besar-besar, dan bertan-tan beratnya dari kenderaan yang aku bawa....Tapi kadang-kadang aku pecut juga...beranikan diri....tapi tu la perasaan aku sebenarnya....terpaksa rela juga.....aku takut sebenarnya..kalau la aku dapat transfer kedah tak payah la memandu jejauh gini....tapi mengapa, mengapa permohonan aku tak luluskan lagi, mengapa ye

Bila aku minta cuti lebih dari 4 hari, kawan-kawan aku mula la merungut kerana mereka terpaksa buat double duty kerana aku minta cuti. Tapi diaorang tak tahu ke betapa jauhnya kampung aku, nak balik setakat 2-3 hari buat penat badan aje la. Aku dah isi borang nak minta kedah tapi kenapa orang-orang di JKN tak luluskan dah lebih setahun aku tunggu. Aku pun tak nak cuti lama-lama nyusahkan orang tapi kenapa permohonan aku tak di luluskan, mengapa dan mengapa ye....

Bila aku balik kedah, aku tetap akan jadi jururawat, bukan aku akan tukar bidang jadi bomba ke, polis ke. aku cuma nak balik tempat sendiri, kampung sendiri mengapa la payah sangat ye? Dah berkali aku call tapi masih tiada jawapan yang positif dari mereka?

Aku dengar syarat untuk dapat tukar cepat ialah alasan mengikut suami dan aku cuma bagi atas orang tua. Rakan aku kata alasan tu sekarang dah tak boleh terima pakai. Aku tak faham la, sebenarnya bagaimana kalu orang tua kita yang sudah uzur sendirian di rumah. Sakit pening orang tua kita siapa yang nak bertanggungjawab. Aku tak faham lagi. Mengapa dan mengapa.


Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.. Tolong laaa aku nak balik kedah.....walau pun sebenarnya aku seronok dah kerja di tempat sekarang nihhh....

Wednesday 26 August 2009

Selamat Datang Junior-Junior ku




Klik di sini untuk semakan penempatan


Mulai semalam 25 Ogos semakan telah boleh dibuat di untuk Jawatan JURURAWAT TERLATIH U29.

Aku harap dengan hadirnya junior-junior ni dapat la aku transfer balik kampung aku. Tapi aku redha aje la dapat ke idak.....nak buat lagu mana....terpaksa la aku ulang alik kedah- selangor........kejam nyer dioarang nihhh....

Sunday 23 August 2009

Cakap untuk diri sendiri….huhu

Kononnya aku mengajar diri aku, supaya kurangkan pergi bazaar Ramadhan kerana aku tidak mahu menjadi seperti puasa tahun lepas asyik pergi Bazar Ramadhan jer…Jadi bulan puasa aku udah jadi macam Pesta makan pula. Tapi bila masak sendiri pun sama juga sebab aku masih lagi tidak mampu untuk “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”. Bukan nyer nak fikir nak baiki amalan sempena bulan Ramadhan nihh tapi fikir nak masak ape?, nak makan ape? ….sedar –sedar dah nak raya….

Teringat sewaktu aku buat round pagi dengan Doktor Ng Tiang Koi. Kebanyakkan pesakit kencing manis atau diabetes yang masuk wad kerana mereka tidak mengawal pemakanan. Penat aku ambil tarikh temujanji untuk mereka hadiri kaunseling diabetes tapi berapa kerat jer yang betul-betul amalkan…Udah la pakar kaunseling tu datang dari jauh………Klang tuuu

“ Pak cik mengapa gula tinggi pagi ni? Pak cik makan apa pagi tadi? “ Muka Doktor Ng seperti tidak puas hati dan terus meluru ke laci pesakit yang menyimpan pelbagai makanan.huhu

“ Patut la gula tinggi nih….minum air kotak….kueh-mueh manis, patut la gula 17” Doktor Ng memulakan leteran pagi tu seperti biasa. Aku sudah sedia maklum jika ada pesakit yang tidak dikenalinya………jawabnya mahu 1 jam dihabiskan untuk pesakit itu sahaja. Dari hujung rambut sampai hujung kaki akan di periksanya satu persatu. Hingga kadang-kadang aku mencari kerusi untuk duduk sebentar.

“ Oooo tak boleh makan benda-benda manis langsung ye Doktor, tak boleh lansung? abes tu nak minum teh tak kan tak letak gula” balas Pak cik Sobar seperti tidak percaya kerana merasakan tidak dapat hidup tanpa gula.

“ Pak Cik boleh pergi Farmasi, beli gula yang khas untuk pesakit kencing manis, kandungan gulanya rendah la. Tapi ingat aaaa air manis, kueh-kueh manis tu semua tak boleh. Faham aaaaa” Tegas Doktor Ng.

“ Pak Cik ada Gout jadi kekacang, daging pun tak boleh makan” Terang Doktor Ng dengan sabar.

“ Suami saya ni suka makan tempe Doktor, tak pe ke” tanya pula Isteri Pak Cik Sobar.
Doktor Ng mula mengerutkan dahi dan berpaling ke arah aku.

“ Ape dia tempe saya tak penah tengak pun?” sapa Doktor Ng .

“ Pak Cik tempe pun dari jenis kekacang jadi Pak Cik tak boleh makan, kalau tidak penyakit gout Pak Cik lambat la sembuhnyerrr” Jawab aku dengan bersahaja.

“ Lagi satu Pak cik, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Bila gula dalam badan Pak cik tinggi nanti salur darah sumbat, pak cik boleh dapat penyakit jantung pula”, Doktor Ng kembali bersuara. Aku tahu dia nak cover dirinya kerana tak tahu apa bendanya tempe.

Orang bukan islam pun pandai ikut sunnah . Walau pun aku tidak pasti sama ada Doktor Ng amalkan apa dia katakana pada Pak Cik Sobar. Kadang-kadang apa yang kita cakapkan sudah cukup mengambarkan diri kita yang sebenar. Ibarat diberi panduan untuk menuju sihat dan ceria, kita memilih sakit. Diberi jalan menuju ketakwaan, kita memilih jalan penyakit dan dosa.

NABI SAW PERNAH BERSABDA “Barang siapa yang mengikuti sunnha ku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersama ku.



Bahagian perut yang diikat, prosedur ini disarankan kepada mereka yang mengalami masalah morbid obesiti dan mengelak komplikasi penyakit yang berkaitan dengan obesiti
seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan masalah berdengkur atau pernafasan. Malah, kemandulan juga boleh dikaitkan dengan morbid obesiti.
Artikel penuh Klik di sini ======> sumber BERITA HARIAN

Seperti mana Sabda Rasululluh s.a.w maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Thursday 20 August 2009

Sim Card bertuah


Pagi tadi sedang aku sedap landing-landing depan televisyen setelah balik dari shif malam tiba-tiba aku dapat satu SMS dari 017 860 6417

TAHNIAH !!!!! SimCardAnda telah Berjaya Cabutan BERTUAH" wang Rm 17,000.00. Dr "POWER ROOT" SDN BHD. Sila hubungi Offiice di talian : 017 ~ 860~8079 terima kasih


Setahu aku, aku tak penah beli produk POWER ROOT.......aku selalu minum air REBINA aje kaya dengan vitamin C....
Tapi aku dari awal-awal lagi tahu ni semua satu PENIPUAN. Nanti tak fasal-fasal dia minta nom akaun aku....Sejak bila pulak talian maxis aku bekerjasama dengan POWER ROOT.

Aku punya geram aku replay la balik
SAMA-SAMA KASIH, KENTUT!!!!!....HAHAHAHA
Tak sampai seminit SMS aku terus delivered. Cari fasal lagi dengan aku.

Wednesday 19 August 2009

Cincadu

Hari ni merupakan hari yang amat berbahagia dalam hidup aku, kerana aku berjaya memperoleh cuti...setelah kepala aku naik berpinau kerana kerja tak tentu masa. Sejak penularan wabak H1N1 seorang staf di perlukan untuk menjaga kubikel untuk pesakit H1N1, dengan tidak semena-mena bermula episod aku kerja 17jam sehari .....tapi bila fikir kawan-kawan aku yang lain pun sama merasa maka aku teruskan jua.....walau apa jua badai menimpa...

Aku berazam untuk gunakan cuti sehari ni sebaik mugkin, kerana kerja direct 2 minggu tanpa cuti pun.......sudah jadi biasa kepada aku dan kawan-kawan.....cukup dengan meletakkan kepala atas bantal....boleh tidur seharian jawabnyer....

Aku gunakan masa yang terluang ni untuk memasak, tonyoh bilik air yang berkarat, mop lantai yang melekit dan macam-macam lagi la...

Semangkuk budu bertatahkan cili padi dan 4 ekor ikan goreng sudah sedia terhidang di depan televisyen.Aku tahu Najmiah memang suka budu....






" Weh emifa ko buat la cincalok" teriak shikin kepada Aku

" Mak aku cakap, cincalok ni kena bilas dulu la" Aku mula memberikan penerangan kepada Shikin macam salu aku bagi pendidikan kesihatan kepada pesakit aku di wad.

" Aik, buat pe nak bilas" Shikin mula mengerutkan dahi.

" Sebab cincalok ni terlalu masin la", Aku menjawab bersahaja

" Masin la sedappp" jawab shikin dengan matanya menjegil ke arah Aku.

Aku hanya terdiam sambil mengelengkan kepala.

" Hang tak tergoda ke tengak aku makan nasi ni, budu ada, cincalok ada...nasi panas pulak tu. Miah baru masak tadi."

Aku tersengeh-sengeh melihat gelagat Shikin yang khusyuk melihat ke arah skrin laptopnya sambil tangannya menyuap burger.

" Dah la tak mau makan nasi, nak kacau aku makan nasi pulak" Aku mula membentak shikin kerana dia mencubit ikan dalam pinggan nasi aku.

" Pi la bubuh nasi, ada banyak lagi la dalam periuk tu"

" Hang buat apa tu, mana ada orang campur budu dengan cincalok la" Aku mula mengomel panjang. Shikin cuma tersengeh-sengeh memandang aku.




" hmmm sedap la" shikin terus menjilat cincadu dengan selamber.

Aku ketawa berdekah-dekah, sambil menutup mulut. Aduhh kretif betul housemate aku ni. Entahlah kenapa aku boleh ketawa sepuas hati melihat gelagat Shikin, mugkin sebab nak hilangkan stres kot.....kerja,kerja dan kerja jer...Ni salah satu cara, untuk kembali bertenaga nak bekerja esok..insyaAllah.

Wednesday 5 August 2009

Sedih

Pejam-celik, pejam celik dah masuk bulan Ogos sekejab je masa berlalu. Entah la pagi tadi sewaktu pulang dari kerja hati ni tetiber terasa sebak , berita kematian di sebabkan wabak H1N1 yang semakin menular dari hari ke hari. Anak-anak kecil, remaja semuanya menjadi korban.

Aku tidak boleh lagi berfikir untuk melayan tidur yang panjang kerana ini bukan masanya lagi, sejak hospital aku mengendalikansendiri wabak ni semua kawan-kawan aku terpaksa buat double duty. Bermula la episode aku menjaga sendiri pesakit-pesakit H1N1. Oleh kerana tidak cukup staf, hanya seorang staf akan jadi inchrge dan runner. Aku memakai gown, double glove dan mask, cap dan sarung kaki khas sewaktu melakukan apa-apa prosedur kepada pesakit. Dan setiap kali hendak pergi makan, PU, BO, solat aku akan menyalin semula pakaian dan mengenaka sepasang baju oTi yang baru untuk mengelakkan aku merebakkan wabak ni kepada orang lain pula. Aku dengar ada hospital yang menyediakan disposable panties and bra untuk staf,,,emmm…..sampai macam tu sekali.

Aku terpaksa jadi sedikit garang dan tegas kerana ada pelawat-pelawat yang datang tidak faham. Penyakit ni berjangkit melalui titisan udara, mengapalah mereka dan keluarga mereka ni tak faham. Tak boleh buka kipas hanya boleh buka tingkap….kadang-kadang pesakit nyer tak bagi masalah tapi relative yang bagi masalah pada aku. Mujur la aku masih di beri kesabaran….kalau la mereka tahu aku incharge aku la runner…..sampai tak menang tangan jadi nyer…dan nak melayan karenah mereka lagi….

Kini cuma seorang pesakit di wad aku sudah (+)ve H1N1………kadang-kadang terfikir juga…………macam mana la kalau penyakit ni terkena pada aku, ……….”Aku cepat-cepat pujuk hati aku berfikiran positif………….….”niatkan dalam hati kita nak bantu pesakit’..insyaAllah jika aku mengikut garis panduan yang di tetapkan sewaktu melakukan apa-apa prosedur ke atas mereka……wabak ni sebenarnya dapat dikawal dan dicegah…….bukan saja aku, tapi semua orang harus sama-sama mengawalnya…..
Sebenarnya ada pesakit yang (+)ve H1N1, bila keadaan mereka sudah stabil mereka akan discaj dan akan di berikan ubat. Dan mereka perlu di kuarantin kan di rumah untuk tempoh tertentu jika ada apa-apa masalah datang semula ke hospital.



oseltamivir capsule ni.....warnanya putih kuning....

Kerana itu penting sekiranya kita mempunyai tanda-tanda seperti deman, batuk, selsema dan sakit tekak haruslah segera mendapatkan rawatan. Tambahan pesakit yang berisiko seperti wanita mengandung, masalah buah pinggang kronik, kencing manis, obes ,penyakit paru-paru kronik, dan imuniti yang rendah …….jika mengalami deman je haruslah segera mendapat rawatan segera….

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALLAH menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.

Friday 31 July 2009

Bukan nak kempen

Sering kali aku di tanya soalan begini, susah ka jadi misi? Macam mana hang jadi misi? Best ka jadi misi? Pada catatan aku kali ni aku bukan nak kempen suruh jadi misi tapi aku nak puaskan la hati member-member aku yang tak jemu-jemu tanya soalan yang sama . Tak penah sekali pun aku menjawab soalan yang diberikan selain hanya menghadiahkan senyuman. Maka pada malam ini aku terpanggil untuk menjawab soalan-soalan tu, aku harap kawan-kawan aku akan berpuas hati dengan jawapan aku ni.

Dulu masa SPM aku ambil Bakeri & Konfeksionari , oleh kerana aku terasa nak buka butik maka, masa di tingkatan 4 aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan PKHEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) untuk tukar jurusan pulak…..aku pun ambil Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian. Setelah itu, aku sambung pula Diploma Sains Komputer tapi masa semester 1 oleh kerana subjek matematik tambahan yang begitu mencabar minda dan peluang pekerjaan yang tak menentu maka aku pun cabut join nursing.

Sampai la sekarang aku jadi misi dengan penuh kesabaran, insyaAllah….Fisrt posting aku di sabak bernam, Selangor Darul Ehsan (aku nak bagi tahu ni, fasal ade orang tak tau di mana letaknya sabak bernam, bila diorang masih mengerutkan dahi lagi.....aku jelaskan lagi sempadan teluk intan…kalau tak tahu jugak…minta maaf la, chek tak tau nak terang dah ). Hulu-hulu pun sabak bernam ni, semua kemudahan ada, dan aku tak perlu bersesak-sesak dan menunggu giliran yang panjang ketika terasa ingin ke pejabat pos, supermarket, bank, pusat servis perodua, dan nak parking kerana kawasan kampong kan….heheh….Duit pun boleh save sebab nyer kat sini kedai-kedai runcit aje yang ada….jadi ransangan untuk berbelanja sakan tu kurang la….lalala

Ok, sesiapa yang rasa nak jadi misi pertama dia kena bersedia untuk jauh dari famili, sebab bila kita minta posting kampung sendiri, belum tentu akan di postingkan ke tempat yang kita minta. KKM akan bagi tempat yang kita tak minta termasuklah kalau anda di semenanjung terpaksa juga menghijrahkan diri ke sabah atau serawak….kecuali anda dah berkahwin dan beranak-pinak(tu pun bukan jaminan 100% ye). Kalau macam aku ni minta Kedah, Perlis, Penang di bagi nyer Selangor…..(Maka aku nasihatkan nanti pada sesiapa nak pilih tempat posting, minta la tempat yang kita tak nak….comfirm dia bagi tempat yang kita nak)………ni petua ni…..hoho

Contoh malam ni, aku sebenarnya tinggal seorang diri di rumah sewa. Kawan-kawan aku yang 3 orang lagi ada yang balik kampung, cover wad H1n1 di HOs SG BULOH selama 3 bulan, dan yang sorang lagi keje malam………. Maka tinggal la aku menaip catatan ni….seorang diri…..nak di jadikan cerita tadi, dalam pukul 10pm, dengan sendirinya lidah aku terus mengucapkan Allah, Allah dalam hati ..kerana tiba-tiba bekalan elektrik terputus…..dan hanya kegelapan menyelebungi aku, mujurla cahaya laptop ni masih manyala…tapi mungkin Allah nak tunjukan sesuatu pada aku…..perkara ni tidak pernah terjadi sewaktu aku bersama kawan-kawan aku…..baru beberapa saat aku dalam kegelapan tiba-tiba lampu Kalimantan di bilik aku ni menyala semula, dan beberapa saat selepas tu terputus balik…………dalam hati memang dup, dap,dup,dap dah…….Aku hanya mampu menyebut Allah je dalam hati………dah rasa nak tidur awal……jadi boleh la aku terus matikan aje semua lampu-lampu ni…..alhamdulillah……..bekalan elektrik dah tak terputus-putus dah……

Sewaktu aku pergi hantar kes ke Teluk Intan, aku biasanya akan duduk sebelah pemandu ambulans selepas hantar kes(kerana pesakit dah selamat di refer)….Pemandu tersebut membuat pengakuan kepada aku, dia tak bagi anak perempuan dia jadi misi kerana kerja ni berisiko dan terpaksa berhadapan dengan rungutan-rungutan manusia setiap hari…(esok-esok kalau awak sakit sape akan jaga awak siang malam di wad, kalau bukan misi-misi juga). Hurmmm bagi aku kerja apa pun stress kalau tak stres bukan hidup namanya…. kita perlu pandai uruskan stres agar tak mengangu aktiviti hidup kita seharian….Sama juga, aku penah tanya kawan aku seronok ke kawin……dia hanya tersenyum sambil bekata “ ala nanti ko kawin ko tahu la” …..hrmmmm mugkin aku pun patut jawab macam ni pada kawan-kawan aku tadi “ ala ko dah jadi misi ko tahu la susah ke, senang ke” hehehe

Apa yang aku lakukan untuk menangani stres adalah dengan membanyakkan hobi. Di sini aku nak kongsi sedikit la hobi aku…Memelihara ikan(tak tau la aku suka tengak ikan, berenang-renang dengan bebas ke sana ke mari)…….Penah hari tu aku mimpi aku pun jadi ikan dan berenang bersama ikan-ikan hiasan aku dalm akuarium aku tu…. Biasanya aku tukar air akuarium tu sebulan sekali. Sewaktu aku pergi Putrajaya aka ade singgah di Alamanda di sana, aku telah terjumpa sebuah buka, menurut isi kandungan buku tersebut, hukum memelihara ikan, bukanlah menjadi satu kesalahan….sebaiknya kita hiaskan akuarium tu macam habitat ikan tu…..maksudnya kita tak menyeksa ikan tu la….Alhamdulilah ikan aku sihat…..tapi agak garang……….penah aku nak betul kan filter dalam akuarium tu tiba-tiba gigi ikan yang tajam tu mengigit jari aku yang runcing..huhu……rasanya macam kucing peliharaan di kampung aku yang gigit…kira tajam jugak la….gigi ikan aku ni….hahahaha….dan agak manja juga, bila aku datang nak bagi makan, ikan-ikan aku pun akan berhimpun menyambut kedatangan aku…hihihi



akuarium kesayanganku

Selain memandu balik ke kampung aku di utara semenanjung , dan pergi ke tempat kerja, aku dah tak tau nak menuju ke mana. Maklum la sekali sekala kita perlu keluar dari urusan kerja dan melancong untuk kurang kan stres kan…Maka aku memilih untuk join MNA(Malaysian Nurses Association). Aku tak dapat nak bagi banyak gambaran tentang persatuan ni tapi seingat aku ia mula di tubuhkan pada tahun 1951 antara tujuan utama penubuhanya ialah untuk membela nasib misi-misi di Malaysia ni..Contohnya baru-baru ni……ada usul supaya Diploma Jururawat di pendekkan menjadi satu setengah tahun dari tiga tahun……..maka disini lah peranan MNA untuk mempertahankan martabat jururawat ni, ada ke patut nak buat satu setengah tahun…..


MNA
OBJECTIVES
1. To promote and maintain the honor, interest and the advancement of nursing as a profession.
2. To serve as the vehicle of integrated voice of the whole profession to express its opinion and to acquaint the Government and other bodies with the policy and aspirations of the nursing profession.

3. To promote nursing education, a high standard of nursing practice and nursing research.
4. To promote and support a high standard of nursing ethics & conduct.
5. To promote professional, social, cultural and charitable activities in building a United Malaysian Nation.
Need to belong to The Professional Organization
1. To uphold loyalty and professional obligation towards the nursing profession.
2. To maintain interest of the nursing profession
3. To participate and contribute to professional activities
4. To meet fellow nursing colleagues locally and internationally
5. To advance in career as a nurse through its professional activities

MEMBERSHIP
• Ordinary Member ship - open to every nurse, male/female registered with the Nursing Board Malaysia.
• Life Membership - open to ordinary members of the Association who have paid their annual fee up to date.

Associate Membership is open to :
- the assistant nurse,registered with the Nursing Board Malaysia
- rural nurse & midwife registered with the Midwives Board Malaysia.
Student Membership - shall be open to student nurses,
from approved schools of nursing, colleges of nursing & universities.

PRIVILEGE OF MEMBERSHIP
The privilege of membership is the participation in all the activities arranged and organized by the Council and/or the branches in the context of the objects of the association.
Associate and student members will enjoy all the privileges of ordinary membership except that of voting or of holding office in the Council, committee and branch committees of the association.
Others:
Application to membership of Malaysian Nursing Foundation (Y. K. M.)
Added value to criteria for promotion
May earn credit points for CPD


Pada 12 Mei 2009 yang lalu aku bersama kawan-kawan aku telan pergi menyambut Hari Jururawat Peringkat Kebangsaan di PWTC, yang telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Liow Tiong Lai dan yang turut memberi ucapan YBhg Datuk Dr Hj Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan. Antara isi kandungan ucapannya, Hari Jururawat akan di istiharkan seperti hari-hari penting yang lain seperti hari guru, hari polis dan sebagainya….Sama jugalah dengan AGM(Annual General Meeting) yang aku hadiri baru-baru ni di Holiday Inn, Melaka selama 4 hari 3 malam. Bermula 24 Julai hingga 27 Julai 2009. Maka dengan itu dapat la aku cuti tanpa rekod.

Aku juga bernasib baik kerana kawan sekerja ku Sarah turut join AGM ni…mudah la orang Melaka ada bersama. Maka kami hanya merempit untuk ke Holiday Inn Hotel dari rumahnya di Bukit Katil. Aku mengaku padanya awal-awal yang walau pun aku ade lesen motor tapi aku sebenarnya tak berapa berani nak merempit…sebab tu la aku ambil lesen motor 2 kali baru lulus dan kereta sekali aje……hehehe

Sesampai di rumahnya dia membawa aku ke bilik tetamu. Dalam bilik tu penuh dengan barang-barang perkahwinannya kerana kawan aku ni akan berkahwin pada bulan 10 nanti…mugkin dah jodoh dia…jodoh aku belum sampai..uhukhukuk

Aku seronok berada di rumahnya, walaupun serba serdehana tapi best…..tak tau naper………Di rumahnya ada 7 biji buah motor….dia kata, familinya tak mampu nak pakai kereta……Kereta yang baru di belinya akan diserahkan kepada familinya tak lama lagi untuk memudahkan urusan familinya….wah mulianya hati kawan aku Sarah ni…..sanggup dia bersusah payah dan berkorban untuk familinya….dan dia hanya menaiki motor jika hendak kemana-mana sewaktu berada di sabak bernam.

Sewaktu berborak-borak dengan adik-adik dan maknya(meriahnya waktu ni masing-masing nak bercerita), Sarah ni telah membuat spekulasi yang aku sudah ada yang punya…..wah memang Sarah ni nak cari fasal dengan aku….Tetiber pulak dia buka topik yang tak di undang..aduhhh.Ape lagi, mak nyer mula la menyoal siasat……Haaa bila nak langsung? “ ha pe dia mak cik, emmm….ada jodoh ade la”.aku tensengeh-sengeh. ermmmm

Aku pulak saje nak buat soalan cepu emas untuk mak Sarah, aku tak tau la naper aku seronok berborak dengan mak cik ni….sampai tak sedar dah magrib……mugkin sebab rindu kat mak aku kot..ermmmm

Aku : Wah nanti Sarah kena ikut suaminya, mak cik mesti kesunyian tinggal ngan pak cik aje la ye?
Buat rumah besar-besar pun last-last anak-anak tak tinggal sekali.

Mak Sarah : Tu la bila budak-budak ni pergi kerja yang kecik ni pergi sekolah, pak cik kerja.
Mak cik takot gak dok sorang-sorang. Tak tau la harap yang lelaki bongsu ni aje la
harapan yang tinggal

Aku : Tu la Mak cik tak nak carikan Sarah orang dekat-dekat sini…..

Mak Sarah : Dah cari dah dia yang tak nak. Nak buat macam mana dah suami dia tak nak balik
menetap di sini, mak cik tak boleh buat apa la…..isteri kena ikut suami…..(Sambil
menunjukan jarinya menghala ke tanah kosang yang luas terbentang di depan rumah)
Kalau Sarah nak, mak cik ingat nak bagi dia buat rumah kat tanah yang lapang ni….

Aku faham perasaan mak Sarah, walau pun dia boleh tersenyum jauh di sudut hatinya amat sedih kerana terpaksa melepaskan anak sulong perempuannya tu….mana ada ibu yang sanggup berjauhan dari anak-anak. Tapi apa kan daya. Masanya kian hampir, “ semua-semua ni mak cik kumpul beli sikit-sikit” . Aku cuma mengangguk sambil tersenyum mendegar celoteh mak Sarah. Segala persiapan perkahwinan kawan baik ku itu, ku lihat tersusun begitu rapi.


gambar ni diambil ketika berada di Menara Tamin Sari, jika lihat
betul-betul anda akan nampak eye on Malaysia


Pekerjaan aku tak kira masa dan waktu…hehe…macam lagu kumpulan Saujana pula masa dan waktu, Jika aku 1st call aku perlu bersiap sedia untuk dipanggil, tak kira la 4am ke, 3 am ke………….semua tu sudah biasa bagi aku. Pernah hari tu aku bekerja sehari 20 jam. Apa tidaknya, aku masuk kerja pukul 7am, balik pukul 5pm kerana aku pergi ke Klang refer kes….tiba-tiba aku dapat panggilan aku kena kerja shif malam kerana member aku terpaksa menjaga anaknya yang tiba-tiba masuk wad….jadi aku keluar rumah pukul 7am, balik rumha kejab rehat 4jam dan kerja semuala himgga 7am esoknya…..aduhhhh…penat tak tau nak cakap wehhhh….

Senior aku sering memberi alasan ada anak, nak ambil anak sekolah, alasan anak la yang sering di gunakan maka aku sebagai junior yang berstatus single terpaksa rela la mengalah…..Pernah aku saje je kata “ saya pun ada anak juga” bila aku sebut macam tu masing-masing pandang kat aku termasuk Docter beralih kat aku…..kihkihkih………..macam la depa tak tau aku suka melawak….

Perkara yang aku paling tak boleh lupa adalah ketika berada dalam ambulans, kalau pesakit restless dan struggle….udah la pasekit lelaki, inject sedation pun tak jalan…..dan jika pesakit yang intubatian……aku perlu perhatikan vital signnya sekerap yang mungkin…..Pernah sekali aku hantar seorang pesakit ni ill dan weak....cuma docter yang incharge wad aku tak intubated sebelum refer sebab vital signnya stabil, maka aku di temani oleh seorang antenden dan seorang docter…….bila vital signnya tak boleh nak baca dan bacaan oksigen pun dah menunjukkan 70%, maka tanggungjawab aku terus inform docter….docter ambil keputusan untuk singgah di Hos Tanjung Karang supaya pesakit selamat sampai ke destinasi sebenar…di sini pesakit terus di intubation oleh MA,MO dari Emergency Department Hos Tanjung Karang…..wah tangkas diorang ni buat kerja…..maklumla aku tak pernah kerja kat Emergency Deparment…..Setelah vital signnya stabil kami meneruskan perjalaman ke Klang……..

Dalam perjalanan pulang selepas pesakit selamat di admitkan di Hos Klang..aku mengalami muntah yang tak henti-henti(mujur la waktu tu pesakit dah admit)……….aku rasa ada la lebih kurang 500ml……..apa lagi bila ambulans berhenti je aku pun keluar la nak buang isi kandungan gaster aku tu…….Sesampainya di Kapar, Klang docter belanja makan………" Awak nak makan apa oder la" kata docter tu dengan nada serius……….waktu tu aku tak tau nak makana apa, maka aku pun makan la soto ayam……aku makan dengan berselera sekali kerana gaster aku dah kosong.....tambahan pula aku pula dan bertukar jadi pesakit...dan yang kejam sekali..driver ambulans tu kata aku pregnant....perghhhh

Malangnya belum lagi sampai sabak bernam aku telah memuntahkan semua makanan yang aku makan sewaktu di Kapar tadi…………mujur ambulans tu berhenti……..aku lagi sekali membuang bahan kumuhan juga berisi padu 500ml………pemandu ambulans, atenten, dan docter hanya geleng kepala melihat aku….lantaklah nak buat macam mana sakit ni bukan aku minta…..aku sedang menangung derita ni….....

Eh dah pukul 1am, izin kan aku berundur dulu untuk kali ni………..hari ni aku 2nd call…………wassalam

Monday 6 July 2009

Kerja malam

Udah lebih kurang setahun 3 bulan aku kerja. Lama tu, kadang-kadang bila kerja malam aku cuma bekerja dengan junior aku yang baru 2 bulan kerja…….hehehe…..memang la kerja malam berdua jerr……Pernah sister tanya aku, awak boleh ke, kerja malam dengan junior ni….Aku dengan selamber jer jawab, “boleh sister nanti kalau saya kata tak boleh, di gelar manja pulak. Sebenarnya aku ni jenis malas nak cakap banyak, dalam erti kata lain jadual dah keluar aku merelakan jer la…..

Sebenarnya kerja malam ni adalah paling penat antara semua shif, kerana aku akan berada di wad selama 10 jam(9pm-7am). Penat ke apa ke, ni la kerja aku sampai aku pencen….ehhh? ye ke..hurmmm….tak pe la yang penting kerja ni halal……mudahan Tuhan memberkati kerja ku ni…sepanjang usia ku ni…..uhuhukhuk

Selepas memberi oral dan IV medication aku mula buat report. Esok pagi kena bagun seawal 4 pagi nak bagi injection dan ambil darah….kadang-kadang kalau wad busy pukul 1am baru aku solat isyak…..hrmmm kalau shif petang lagi la asar selalu terlepas….jawabnya aku khada la time magrib……tu semua sudah jadi terbiasa pulak….contoh kalau ada hal yang tak boleh di elakkan seperti intubation……….sebab intubation ni memerlukan 2-3 orang yang attend untuk memastikan patient selamat…mastermind nyer docter la……





intubation in wad....

Penah la sekali aku tengah buat kerja, datang seorang patient …..aku tengah bagi iv injection…sebelum pak cik ni tanya aku,aku terlebih dahulu tanya dia....." kenapa pak cik tak tidur lagi", tanya aku……..waktu tu pukul 4 am…dah la pak cik tu tak jawab soalan aku……dia tanya nyer pulak aku…..

Pak cik : Buat apa tu?(dengan pakai songkok dan bawa beg…..dah gaya orang nak balik)

Aku : Bagi ubat, kenapa pak cik nak tolong saya ke? Sambil aku tersengeh….huhu

Pak cik : Eh tak boleh, pak cik ni dah tua, dah tak daya dah…..wah misi bagi ubat dan checked gula semua pesakit dalam wad ni ke?

Aku : ye la pak cik....(aku pun angguk, sambil buat-buat heran…kuikui)…..

Pak cik : Teruk tu, gaji dah la sikit Rm600, kerja teruk ……baik pergi basuh pinggan kat kedai makan lagi senang

Aku : (dalam hati, aduss dia mula dah nak merapu dah la setiap kali aku nak buat apa-ape prosedur ke atasnya aku di marahnya….sabo jer la)………aku dok tersengeh-sengeh

Pak Cik : (Sambil menghulurkan tangan). Pak cik nak minta maaf la misi kalu pak cik ade terkasar bahasa….Esok Pak cik nak balik dah…..

Aku : Sama la saya pun nak minta maaf juga...eh? Pak cik nak pergi mana ni dengan berbeg-beg dan hensem-hensem ni pak cik? Mana baju hospital pak cik yang kaler ijou tu….pak cik kena rehat dulu…esok pagi lepas makan tengah hari...perut dah kenyang baru pak cik boleh balik (aduss jenohhh aku mengoreng ayat….dengan harapan dia segera balik ke katilnya)

Pak Cik : Eh tak boleh! Pak cik nak balik awal-awal subuh…… nak bagi makan ayam, kucing, ikan kat rumah….kat mana pintu keluar? lain kali la misi, pak cik datang makan tengah hari........kalau umur pak cik panjang....(ngeh, ngeh, aku pulak kena goreng balik dek pak cik ni.....kou, kou pulak tu...cissss)

Aku : (Dengan berglove dan syring dan vial ubat di tangan aku terus melayan pak cik ni…..patient lain semua tidur mati agaknya….hukhukhuk…..atau mereka berpura-pura tidur…ahaks). Pak Cik , nak jalan jauh kan esok nak balik, ape kata pak cik pergi rehat dulu……….nanti tak der tenaga macam mana nak balik…..nak balik kena rehat dulu…..(mujur dia balik ke katil….aduss tak siap jugak keje aku….)

Jarum jam menunjukan pukul 5.30am, sejuk nyer kat luar…..hujan yang turun dari pukul 5am tadi masih tidak berhenti…wah sedap ni kalau dapat terbongkang atas katil….adessss…………sabo lah wahai diri……..dugaan betul….

Sepatutnya lepas 3 malam kerja aku dapat 3 hari cuti, yahoooooooo….tapi tu semua tinggal mimpi…sejak wabak H1 N1 staff wad aku telah di tarik ke KLIA, HOs sg buloh…..akibatnya cuti aku kena tarik…..Waaaaaaaaa…..

Bila sebut pasai H1N1 atau selsema k***zir aku tak puas hati betul. Kenapa haiwan ni masih di benarkan di ternak di malaysia. Dah tertulis terang-terang dalam Al-quran, K***zir tu akan bawa penyakit....entah la……bila la semua ni berakhir..

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging K***zir dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl Ayat 115.

Berbalik pada tajuk aku yang mula-mula tadi….kerja malam…..Pernah aku buat 5 malam kerana mengantikan member aku yang terpaksa masuk wad kerana masaalah O&G…….maka terpaksalah aku merelakan diri, kerana di wad aku ade 4 orang mak buyung….aku jer yang tak buyung lagi…hehehe….Apa salah nyer kan kita tolong orang, buat kebaikkan…..bukankah kita di gakakkan buat apa-apa kebaikan…tak kira lah kebaikan apa sekali pun……….kalau aku tak mengalah, salah seorang mak buyung kat wad aku kena buat malam…tak sampai hati pulak aku….hrummmm….ni la perkerjaan aku…..kadang-kadang rasa best, kadang-kdang rasa nak pencen….jerkkk…..kadang-kadang macam-macam rasa yang aku rasa……kehkehkeh….selagi termampu aku akan laksanakan tanggungjawab ku sedaya mampu….amin


nak komen, pun boleh