Sunday 23 August 2009

Cakap untuk diri sendiri….huhu

Kononnya aku mengajar diri aku, supaya kurangkan pergi bazaar Ramadhan kerana aku tidak mahu menjadi seperti puasa tahun lepas asyik pergi Bazar Ramadhan jer…Jadi bulan puasa aku udah jadi macam Pesta makan pula. Tapi bila masak sendiri pun sama juga sebab aku masih lagi tidak mampu untuk “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”. Bukan nyer nak fikir nak baiki amalan sempena bulan Ramadhan nihh tapi fikir nak masak ape?, nak makan ape? ….sedar –sedar dah nak raya….

Teringat sewaktu aku buat round pagi dengan Doktor Ng Tiang Koi. Kebanyakkan pesakit kencing manis atau diabetes yang masuk wad kerana mereka tidak mengawal pemakanan. Penat aku ambil tarikh temujanji untuk mereka hadiri kaunseling diabetes tapi berapa kerat jer yang betul-betul amalkan…Udah la pakar kaunseling tu datang dari jauh………Klang tuuu

“ Pak cik mengapa gula tinggi pagi ni? Pak cik makan apa pagi tadi? “ Muka Doktor Ng seperti tidak puas hati dan terus meluru ke laci pesakit yang menyimpan pelbagai makanan.huhu

“ Patut la gula tinggi nih….minum air kotak….kueh-mueh manis, patut la gula 17” Doktor Ng memulakan leteran pagi tu seperti biasa. Aku sudah sedia maklum jika ada pesakit yang tidak dikenalinya………jawabnya mahu 1 jam dihabiskan untuk pesakit itu sahaja. Dari hujung rambut sampai hujung kaki akan di periksanya satu persatu. Hingga kadang-kadang aku mencari kerusi untuk duduk sebentar.

“ Oooo tak boleh makan benda-benda manis langsung ye Doktor, tak boleh lansung? abes tu nak minum teh tak kan tak letak gula” balas Pak cik Sobar seperti tidak percaya kerana merasakan tidak dapat hidup tanpa gula.

“ Pak Cik boleh pergi Farmasi, beli gula yang khas untuk pesakit kencing manis, kandungan gulanya rendah la. Tapi ingat aaaa air manis, kueh-kueh manis tu semua tak boleh. Faham aaaaa” Tegas Doktor Ng.

“ Pak Cik ada Gout jadi kekacang, daging pun tak boleh makan” Terang Doktor Ng dengan sabar.

“ Suami saya ni suka makan tempe Doktor, tak pe ke” tanya pula Isteri Pak Cik Sobar.
Doktor Ng mula mengerutkan dahi dan berpaling ke arah aku.

“ Ape dia tempe saya tak penah tengak pun?” sapa Doktor Ng .

“ Pak Cik tempe pun dari jenis kekacang jadi Pak Cik tak boleh makan, kalau tidak penyakit gout Pak Cik lambat la sembuhnyerrr” Jawab aku dengan bersahaja.

“ Lagi satu Pak cik, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Bila gula dalam badan Pak cik tinggi nanti salur darah sumbat, pak cik boleh dapat penyakit jantung pula”, Doktor Ng kembali bersuara. Aku tahu dia nak cover dirinya kerana tak tahu apa bendanya tempe.

Orang bukan islam pun pandai ikut sunnah . Walau pun aku tidak pasti sama ada Doktor Ng amalkan apa dia katakana pada Pak Cik Sobar. Kadang-kadang apa yang kita cakapkan sudah cukup mengambarkan diri kita yang sebenar. Ibarat diberi panduan untuk menuju sihat dan ceria, kita memilih sakit. Diberi jalan menuju ketakwaan, kita memilih jalan penyakit dan dosa.

NABI SAW PERNAH BERSABDA “Barang siapa yang mengikuti sunnha ku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersama ku.



Bahagian perut yang diikat, prosedur ini disarankan kepada mereka yang mengalami masalah morbid obesiti dan mengelak komplikasi penyakit yang berkaitan dengan obesiti
seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan masalah berdengkur atau pernafasan. Malah, kemandulan juga boleh dikaitkan dengan morbid obesiti.
Artikel penuh Klik di sini ======> sumber BERITA HARIAN

Seperti mana Sabda Rasululluh s.a.w maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

nak komen, pun boleh