Saturday, 17 December 2011

saya akan bantu sekadar yang saya boleh

Hari ni kawan baik aku telah bertanya soalan di FB. Maka Aku mengambil keputusan untuk menjawabnya diblog, mudahan bakal-bakal ibu kat luar sana sama-sama mendapat manfaatnya....amin
salam..
emi nak tanye bberapa soalan ni? harap boleh bantu? hehe
1: ape persiapan nak sambut klahiran nak beli barang ape je ye untuk ibu n bayi?
2: ape amalan atau doa2 untuk memudahkan bersalin n cmne tanda2 nak bsalin tu?
3: igt pas bsalin nk full breastfeed kt bby, ms bru pas bsalin susu kita da kuar ke? cmne nk ransang pgeluaran susu untuk mula2 slps bsalin..
blh ye emi kongsi pgalaman dgn aku....

Persiapan ibu (Yang niat nak brest feeding)

1) Nursing Bra. Nanti senang nak bagi baby menyusu.
2) Bra Pad. Sekarang ada yang disposable and washable. Kalau tak pakai pun boleh tapi nanti tak larat nak tukar baju dan bra. Silap-silap tilam boleh lencun.
3)Meternity Pad. Beli siap-siap senang.
4) Beli la set bersalin. Aku guna mustika rata. Tapi Aku tak ikut semua. Main calit sikit-sikit jer. Tapi ada satu produk dalam set ni perlu di sapu di sekeliling buah dada untuk membanyakkan susu.
5) Pati ikan haruan. Bagus untuk luka-luka luaran dan dalaman.
6) Breast Pump . Guna Madela swing pun ok. Aku baca kat tenet kalau kita mula perah dari dalam pantang memang hasilnya lumayan. Tapi Aku tak buat sebab storage kat umah terhad. Jadi kalau balik kerja atau kerja malam memang Aku giat memerah. Kalau nak tau macam mana nak manage Express breast milk ni boleh click sini

Persiapan untuk Bayi

1) Pakaian. Beli 4-5 pasang pun tak pe. Bukan pe nak bali banyak tak tahu lelaki ke perempuan(ni time Aku dulu). Lagi pun bila dah ada baby baru best nak shopping baju. Elok beli yang kain cotton.
2) Barut. Ni Aku dan mak Aku peqosah jahit sendiri.
3) Puting. Aku rasa ni bende ni tak payah beli. Sebab Anak Aku sampai sekarang tak mau puting. Membazir jer beli. Nak buang sayang. Jadi simpan buat kenangan.
4)Pastikan beli botol susu yang BPA FRee. Kalau anak tak keliru puting senang. Macam anak Aku ni susah juga la. NUK, Fifi, Anakku, Nuby, semua dia tak mau. Mujur dia mau juga guna botol susu MAM. Bukan apa kalau tak latih dari awal kesian pulak kat pengasuh nak menyumbat botol susu.

Aku rasa Aku ni tak ada la apa-apa amalan tapi aku rasa boleh baca entry Aku yang ni....hehe =>. Kalau dah dekat nak bersalin macam 38 minggu boleh try bio selusuh yg biodex. ye puan-puan

Kawan-kawan Aku semua kebanyakkan yang Aku temu ramah turun tanda macam air dan darah. Tapi jenis Aku ni, sakit sehari baru beranak. sakit nyer macam nak buang air besar dan rasa tak boleh jalan. Tapi dalam masa 24 jam boleh pi pasaraya dan jenjalan lagi. Sebab sakit tu mai sat-sat jer.
Masa pregnant 7 bulan dah ada susu. InsyaAllah niat yang baik akan di permudahkan.Staff Nurse yang kat KKIA tu cakap masa mandi cuba gosok-gosok dengan lembut bahagian nipple. Kadang susu tak keluar sebab bahagian liang-liang dia tersumbat.
Ok, selamat memcuba sahabat . Kalau nak detail tanya jer pak cik google. Aku pun sebenarnya cuma search kat tenet...hehehe
ni contoh Tip meneruskan penyusuan ibu

Thursday, 20 October 2011

39 minggu 6 hari


Alhamdulilah. Hari ini anak Aku telah menjangkau usia 6 bulan. Masa mengandung. Aku ambil supreme diet dan susu kambing dari biodeq. Bila ambil ni dia rasa lebih bertenaga, mengurangkan sembelit walupun rasanya memang tak sedap macam teh ais. Terjadi juga braxton hick contraction seawal 8 bulan. Hari tu kebetulan nak drive balik umah tiba-tiba rasa sakit . Tapi boleh tahan lagi, jadi terus sambung kerja. Ingat kalau nak bersalin masa tu pun tak pa, sebab memang dah di hospital. Tapi rupanya sakit tu pun dah hilang, jadi baru la rasa berani nak drive seorang diri balik umah.

Salah satu cara nak mengelakkan sembelit adalah makan buah oren di awal pagi sebelum menjamah sebarang makanan. Maklum la dah telan ferrous fumarate tentu lah sembelit. Dah telan ibret folic pun tak jalan. Nanti HB low, tak pasai-pasai kena jumpa dietian lagi.

Masa mengandung Aku di temukan dengan rakan sekerja yang mempunyai 4 orang anak. Rasa bertuah dapat berkenalan dengan beliau. Beliau menasihatkan aku supaya membaca Al-Quran. Mudahan diri kita dan janin pun sentiasa tenang dan segala urusan dipermudahkan. Mengamalkan makan kurma juga, dapat memberi tenaga semasa proses bersalin. Tapi kawan aku tu telah berpindah ku unit lain. Semoga akan berjumpa lagi kawan seperti itu, amin..

17 april 2011, jam 4 pagi aku rasa macam nak buang air besar. Tak pa la. Tapi sakit kali ni sampai tak boleh jalan dan tak boleh tidur. Tak sampai hati nak gerak mak dan adik yang tengah tidur. Siap boleh pi mandi lagip pagi-pagi buta. Akhirnya mengalah. Telefon wad kata nak MC hari tu. Dalam pukul 8 pagi ajak la adik pi Hsb. Masa tu rasa macam nak patah balik rumah sebab memang tak rasa sakit langsung. Rupanya dah buka 1 cm. Last HO tu soh aku blik umah, "6pm nanti akak mai pulak na". Petang tu pun rasa malas nak pi sebab tak sakit. Tapi masa nak solat asar terasa gak la. Dekat magrib pi pulak hospital. Kali ni, suami yang bergegas dari Tronoh terus mengambil Aku di rumah dan pergi semula ke hospital, sakit pun hilang. Last Ho lain pulak kali ni. Rupanya sudah buka 3cm, sn tu pulak kata 4cm. Mana satu tak tau la. Aku senyap je, no komen. Mau tak mau, kena ambil gxm sebelum masuk wad. Mula masuk wad je memang sakit memanjang dan masih boleh tersengeh.

18/4/2011 dalam 4.30am. Aku tak complain apa-apa pun. Seorang HO datang,dia kata nak check lagi. Tapi kali ni sama jugak 4cm. Ho tu kata, boleh la pi labour room. Haaaa tawakkal je la. Pertama kali masuk LR . Ingt lagi bilik 13. Sn yg prepair aku nak bersalin pun mula mengomel. "terlepas la akreditasi, mesti lega" . Aku cuma senyum dan cuba bertenang. Walau pun dok rasa sakit tapi kira ok sebab masih boleh senyum dan berborak-borak. Kini Hsb dah berjaya dapat akreditasi ye puan-puan selama 3 tahun.

Waktu tu hanya berserah. HO minta tangan nak set branula. " nah ambil", sambil tangan dihulurkan . Nak di pendekkan cerita, sebelum subuh. Dalam 5.40am . Setelah bergelumang dengan cbd in out,im pathidine,iv pitosin,branula hijau, dan episiotomy aku pun selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Aina khairina bt mohd khairil anuar.

Terima kasih kepada staff nurse Roma Bt Harun, kerana menyambut anak Aku. Aku tahu dia mesti penat kerja shif malam. Tidur malam adalah tidak sama dengan tidur siang. Mesti sesampai di rumah pening semacam je. Dari awal dia dok melayan Aku sehingga la dia meletakkan anak Aku di pangkuanku untuk di susukan. Aku rasa dia sudah bekerja lama melihatkan skillnya. Macam mana la orangnya. Teringin nak berkenalan. Bukan mudah nak sambut bayi. Tapi mungkin bila Aku dah ambil mid wife nanti. Harus berani jugak la. Jika tidak, kerja la Aku di wad medical sampai umur 60.



Moga Aina akan menjadi anak yang baik dan solehah. Amin.

Tuesday, 19 July 2011

EBM kecil-kecilan

Aku memang suka menyusukan Aina secara direct. Tapi oleh kerana dah bekerja terpaksa la buat stok EBM (express brest milk) ni sebab nak bagi kepada pengasuh bila Aku pergi kerja. Banyak kelebihan bagi secara direct. Pertama Aina akan menyusu sampai terlena, jadi aku boleh buat kerja lain. Kedua Aina tidur lama, contoh tidur pukul 9pm, dan jaga pasa 10am esoknya. Ketiga, Aina kurang menangis sebab dia hanya menangis bila lapar. Jadi untuk memujuknya tidak perlu puting, buai, dukung,dan sebagainya.

Ni la masalah ibu-ibu bekerja. Aku pun dah tak larat nak cari botol yang sesuai supaya tidak menyusahkan pengasuh. Setakat ini Aku cuma mengunakan botol susu MAM. Aina akan tolak botol, dan mahukan botol bila betul-betul lapar sahaja. Keliru puting yang acute jugalah anak Aku ni , dan aku pun masih dalam proses nak faham. Sebelum Aina nak terima botol tu, Aina akan meragam dan menjerit. Tu la masaalah dunia Aku sekarang. Aina cuma mahukan puting yang original. Itu sahaja yang dia tak tolak. Maka bila aku tak larat nak pujuk, terus bagi nenen dah seperti yang di jangka dia kan tidur dengan aman damai.



Ni stok EBM aku, sikit je tapi cukup la nak bagi dekat pengasuh. Aku pun kerja sehari 7 jam jer. Esok anak dah 6 bulan dah boleh makan makanan lembut . Tak payah pulun dok perah sangat. Yang warna hitam dalam bekas kaca tu, saja nak menyibuk. Dalam tu stok nak buat sambal belimbing hitam.Tapi yang penting tak ada kena mengena dengan cerita EBM Aku ni.



Ni cooler beg BABYKING yang aku bagi kat pengasuh, bila sampai di rumah pengasuh Aku meminta bantuannya memindahkan susu-susu ni ke dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran susu ini. Terima kasih la, kepada Mak Cik Semah kerana sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu. Harganya RM 89.00, Aku beli kat Sg Siput, Perak. Kedai Tu nama Baby Hub.



Ni cooler beg MEDELA yang Aku bawa pergi tempat kerja. Ok, la brest pump dia mesra pengguna sebab dia pam macam baby pump. Hisap lepas, hisap lepas. Beg tangan tu juga muat nak isi cooler beg, jadi tak payah la dok qembang banyak beg sangat pergi kerja. Oleh kerana nak mengepam di tempat kerja, kena la buat kerja cepat-cepat. Member-member wad Aku, ramai yang berhenti menyusukan bayi mereka bila dah bekerja. Tak pa la, moga satu hari nanti Aku akan dapat geng yang buat kerja-kerja mengepam ni. Bila sampai di rumah Aku akan memindahkan susu-susu ni ke dalam peti sejuk. MEDELA brestpump macam pureen nak pump guna bateri pun boleh. Aku belinya di BEBE SHOP, kat Ipoh, berhampiran Jusco. Harganya RM 600.00. Aku rasa berbaloi sebab susu baby pun mahal sekarang.

Ni la cerita EBM Aku. Aku rasa cara Aku menguruskan EBM ni betul dah kot.Kot tak betul, silalah betulkan, hehe. sekian, terima kasih.

nak komen, pun boleh