Wednesday, 31 May 2017

duit dalam akaun bsn hilang

First time rasa duit dalam akaun bsn aku ni hilang. NI aku perasan pun mungkin sebab jumlahnya sedikit. Walaupun jumlahnya sedikit hanya rm200 tetapi aku amat terkilan dan kecewa. Walau pun ianya akaun anak aku yang sulong bukan duit aku tapi sama la kan. hahahaha. duit tu orang bagi kat anak aku. ye tak der rezeki la agaknya Bila aku try google rupanya boleh buat complaint duit hilang ni. Tapi macam biasa la. Last-last depa senyap macam tu je. Mentang-mentang la akaun bank anak aku tu dari tahun 2012 tak update pelan-pelan depa songlap. Tak apa la moga sapa yang ambil duit anak aku akan di beri hidayah oleh Allah S.W.T. Aku sendiri pun makan duit orang sekupang pun aku rasa bersalah. Tu baru akaun yang lama tak update harap akaun aku yang setiap bulan aktif diaorang tak sempat nak menipu. Tergamaknya manusia di atas muka bumi ni. Tak fikir akhirat agaknya. Ingat boleh berkat guna duit orang sesuka hati. Entah la nak tahuk duit kat mana. Bank pun menipu. Tak pa Allah ada. Sabar ye diri. Kekalutan aku juga masa tu dok teringat anak dalam kereta. Kalut-kalut nak update buku. Bila orang BSN tu dah update aku yg tak cek semula terus campak buku akaun dalam beg. Memang la duit tu depa dah potong RM200 tapi aku berhak tanya masa tu. Tapi semua dah terlambat.Stressnya rasa. Harapkan pagar. pagar makan padi. So lepas ni jangan percaya pada semaua bank. lepas berurusan dengan depa. apa-apa sahaja kena query. Kena recheck balik segala buku yang depa update. So hari ni aku nak p tutup akaun bsn ni. Bank tu sapa yang buat. Manusia. Nama pun manusia. Bila manusia yang buat mesti ada yang tidak amanah dan menipu. Boleh kan duduk sahaja-sahaja pi songlap duit orang. hasil titik peluh orang. sedih dan kecewa.

nak komen, pun boleh