Friday 7 May 2010

Pekerja Linen yangg suka tersenyum

Petang Jummat, Aku cuma kerja bertiga kerana kawan Aku MC. Aku sibuk mengagihkan ubat-ubat kepada pesakit-pesakit. Kadang-kadang kena marah dengan pesakit, kerana mereka sedang nyenyak tidur Aku kejutkan suruh makan ubat. Aku bukan tak tau, jika di biarkan pesakit yang tak makan ubat. Bertimbun-timbun ubat atas meja tu. Ramai anak-anak sekarang mengunakan GL mereka untuk membolehkan ibubapa masing-masing tinggal di 1st class yang mempunyai penyaman udara sesudah itu mereka hanya jenguk sekali-sekala. Mereka tidak tahu keperluan ibubapa mereka. Ibu bapa inginkan anak-anak sentiasa di sisi bukan hanya menempatkan mereka di 1st class. Hah pandai la Aku cakap belum kena kat Aku.

Tak pe la Aku cakap bagi pihak bapa-bapa yang ada kat wad tu. Mereka cakap. " Anak-anak ramai misi ada yang kat Johor, Melaka , KL sebab tu mereka susah nak datang." Mereka mula termenung jauh bila mengenangkan anak masing-masing.

Aku cuba berlembut walau pun di marah pesakit, akhirnya pesakit pun berlembut dengan Aku. Ye la, dalam kepala otak Aku pesakit kena makan ubat. Aku iktiar la juga. Mujur Aku ni keras hati, tak ambil hati langsung pesakit nak marah ke, nak tengking ke. Sebab Aku tahu, tu tanggungjawab Aku. Tapi kalau pesakit tu 'refused' sebab pesakit sendiri tahu ubat itu bila perlu aje . Aku tulis la "patient refused", kang pandai-pandai la Dr yang buat round off ubat tu.

Sedang khusyuk aku bagi ubat, datang la seorang pekerja linen. Aku lihat dia datang seorang diri dengan membawa troli berpagar yang besar jika nak bandingkan dengan dirinya yang kecik dan kurus.

Nurul namanya, Nurul cuba mengibas-ngibas tangannya kepada Aku. Apabila Aku melihat wajahnya, dia mula membuat gaya seperti orang membuka kunci pintu dengan mengunakan tangannya. Aku mengagak mengkin dia letih, dan tak larat bercakap. Maka dia mengunakan isyarat sebegitu untuk meminta kunci bilik linen kepada Aku. Aku menunduk faham dan menyerahkan kunci linen kepadanya.

Setelah Nurul selesai menyusun kesemua linen-linen yang di bawa, dia kembali kepada Ku untuk menyerahkan semula kunci bilik linen.

Seperti biasa Aku di minta 'sign' sebagai bukti wad Aku telah menerima linen daripada Nurul. Dan dia telah menyelesaikan kerjanya di wad Aku.
Belum sempat Aku nak keluarkan pen dia telah tunjukkan tempat untuk sign dengan mengunakan ibu jarinya.

Aku dapat rasakan Nurul ingin menyatakan sesuatu tapi apsal pulak Nurul diam membisu? Aku lihat Nurul, Nurul lihat Aku, Aku pun mengankatkan kening. Tangan kanan Nurul menunjukan bahagian yang perlu di isi nama Ku, dan tangan kirinya menunjukkan 'tag nama' yang Aku pakai. " Ohhh tulis nama ye kat sini" Aku tersenyum.Rupanya dia ingin memberitahu Aku perlu sertakan nama sekali di dalam borang berkenaan.

Nurul berlalu pergi, dengan senyuman tanpa kata. Murahnya senyuman adik Nurul ni.












.................

No comments:

nak komen, pun boleh