Monday 26 April 2010

Lewat usia 50-an

Kenapa aku selalu terfikir. Apa akan Aku lakukan di usia 50-an. Kerana di usia ini la pelbagai penyakit datang. Kenapa ek.

Aku juga selalu terfikir untuk pencen awal, tapi apa pula pekerjaan yang akan Aku lakukan. Huhu...(Pinjaman kereta sapa nak tanggung)patut la Aku lahir bulan November sebab golongan ni memang kurang bercakap dan banyak berfikir. Dah tak boleh buang dah penyakit aku ni agaknya.

Apa yang pasti , pakcik-pakcik di wad aku yang aku mengadap setiap hari. Bermula dari kencing manis. Darah tinggi dan akhirnya kegagalan fungsi buah pinggang. Dan Aku juga la yang bawa waris pesakit pergi mortuary sebab nak hantar bahagian-bahagian kaki yang telah di buang oleh Pakar bedah Tulang.

Mengapa kencing manis, sebab utama pemakanan. Makan tak pantang. Jadi gula tinggi dalam darah. Simple je, semua orang tahu tapi kat wad aku kes tu la hari-hari.

Aku cuma nak cerita pengalaman seorang pesakit buah pinggang kat wad Aku. Betapa susahnya bila buah pinggang kita gagal berfungsi. Ok, tiga kali seminggu kena pergi Dialysis kalau tak, urea tinggi dalam darah.(Kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi secara normal) Pesakit boleh membuat pilihan samaada untuk dialysis atau buat CAPD (cuci mengunakan sejenis solution).

Biasanya bagi yang mampu akan memilih CAPD kerana mereka tidak perlu pergi Pusat Dialysis kerana CAPD boleh di lakukan di rumah. Tapi yang kurang mampu lebih rela pilih dialysis terutama bagi yang berkhidmat dalam sektor awam, kerana mereka boleh membuat permohonan dengan JPA bagi meringankan beban mereka. Ye la bagi yang ada ramai anak.

Hal ini kerana, JPA hanya menaja kos untuk dylisis tetapi tidak untuk CAPD. Dan begitu lah cerita yang Aku dengar sewaktu buat round dengan Pakar Nephro (Buah Pinggang). Haha. Jika silap, tolong betulkan.

Kesimpulannya, (untuk diri Aku juga) , jagalah buah pinggag . Jangan la makan ikut perasaan . Kasihanilah ia kerana terpaksa bekerja teruk nanti.

Alhamdulilah walu pun usia mak aku hampir 50-an , beliau masih sihat walfiat. Mak Aku kerja waktu pejabat jadi Jummat dan Sabtu dia cuti.

Apa yang Aku nampak mak Aku ni suka buang rumput dengan cangkul mininya. Kerana Katanya bila berkebun, dengan cara itu akan mengeluarkan peluh.

Oleh kerana Aku tinggal di rumah tepi sekali ada la tanah sekangkang kera kat tepi umah kami tu.

Ada la pokok-pokok untuk mak Aku bercuck tanam. Kiranya takat nak masak dan perlukan cili padi ke, kunyit ke, daun kari ke, daun sup ke, serai ke, ulam raja ke, peria ke boleh la main petik-petik jer...hahaha

Dan antara hasilnyer, Aku penah la merasa durian siam mak Aku itu, buah ste' yang aku kait bersama suami Aku, dan ada lah buah mata kucing.

Dulu-dulu ada la bunga melor dan bunga cempaka yang salu Aku ambil letak dalam bilik jadi pewangi dalam bilik.

Hurmmmmmm.......... tu la antara aktiviti Mak Aku. Selain Facebook. Hohoho

Selain tu pe ek? Basuh kereta dia, kemas rumah . Bagi kucing makan, mandikan. Dan yang tak boleh lupa masakan ala-ala Diraja mak Aku....

Ouhhh ya bila pencen mugkin Aku kena cari rumah tepi gak macam mak Aku.Hrmmmmmmmmm....Supaya tidak lah nanti makan, tidur, dan makan tidur aje... Dalam masa yang sama Aku juga nak rasa alam pencen...dan tinggalkan alam pekerjaan yang agak stress sebenarnya.... Apa tidaknya hari-hari pergi kerja.......makan solat pun kadang-kadang tak tentu hala....sibuk memanjang....Redha jer la...


/



Teh kucing yang dimanja-manja oleh mak











....................







No comments:

nak komen, pun boleh