Thursday, 20 October 2011

39 minggu 6 hari


Alhamdulilah. Hari ini anak Aku telah menjangkau usia 6 bulan. Masa mengandung. Aku ambil supreme diet dan susu kambing dari biodeq. Bila ambil ni dia rasa lebih bertenaga, mengurangkan sembelit walupun rasanya memang tak sedap macam teh ais. Terjadi juga braxton hick contraction seawal 8 bulan. Hari tu kebetulan nak drive balik umah tiba-tiba rasa sakit . Tapi boleh tahan lagi, jadi terus sambung kerja. Ingat kalau nak bersalin masa tu pun tak pa, sebab memang dah di hospital. Tapi rupanya sakit tu pun dah hilang, jadi baru la rasa berani nak drive seorang diri balik umah.

Salah satu cara nak mengelakkan sembelit adalah makan buah oren di awal pagi sebelum menjamah sebarang makanan. Maklum la dah telan ferrous fumarate tentu lah sembelit. Dah telan ibret folic pun tak jalan. Nanti HB low, tak pasai-pasai kena jumpa dietian lagi.

Masa mengandung Aku di temukan dengan rakan sekerja yang mempunyai 4 orang anak. Rasa bertuah dapat berkenalan dengan beliau. Beliau menasihatkan aku supaya membaca Al-Quran. Mudahan diri kita dan janin pun sentiasa tenang dan segala urusan dipermudahkan. Mengamalkan makan kurma juga, dapat memberi tenaga semasa proses bersalin. Tapi kawan aku tu telah berpindah ku unit lain. Semoga akan berjumpa lagi kawan seperti itu, amin..

17 april 2011, jam 4 pagi aku rasa macam nak buang air besar. Tak pa la. Tapi sakit kali ni sampai tak boleh jalan dan tak boleh tidur. Tak sampai hati nak gerak mak dan adik yang tengah tidur. Siap boleh pi mandi lagip pagi-pagi buta. Akhirnya mengalah. Telefon wad kata nak MC hari tu. Dalam pukul 8 pagi ajak la adik pi Hsb. Masa tu rasa macam nak patah balik rumah sebab memang tak rasa sakit langsung. Rupanya dah buka 1 cm. Last HO tu soh aku blik umah, "6pm nanti akak mai pulak na". Petang tu pun rasa malas nak pi sebab tak sakit. Tapi masa nak solat asar terasa gak la. Dekat magrib pi pulak hospital. Kali ni, suami yang bergegas dari Tronoh terus mengambil Aku di rumah dan pergi semula ke hospital, sakit pun hilang. Last Ho lain pulak kali ni. Rupanya sudah buka 3cm, sn tu pulak kata 4cm. Mana satu tak tau la. Aku senyap je, no komen. Mau tak mau, kena ambil gxm sebelum masuk wad. Mula masuk wad je memang sakit memanjang dan masih boleh tersengeh.

18/4/2011 dalam 4.30am. Aku tak complain apa-apa pun. Seorang HO datang,dia kata nak check lagi. Tapi kali ni sama jugak 4cm. Ho tu kata, boleh la pi labour room. Haaaa tawakkal je la. Pertama kali masuk LR . Ingt lagi bilik 13. Sn yg prepair aku nak bersalin pun mula mengomel. "terlepas la akreditasi, mesti lega" . Aku cuma senyum dan cuba bertenang. Walau pun dok rasa sakit tapi kira ok sebab masih boleh senyum dan berborak-borak. Kini Hsb dah berjaya dapat akreditasi ye puan-puan selama 3 tahun.

Waktu tu hanya berserah. HO minta tangan nak set branula. " nah ambil", sambil tangan dihulurkan . Nak di pendekkan cerita, sebelum subuh. Dalam 5.40am . Setelah bergelumang dengan cbd in out,im pathidine,iv pitosin,branula hijau, dan episiotomy aku pun selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Aina khairina bt mohd khairil anuar.

Terima kasih kepada staff nurse Roma Bt Harun, kerana menyambut anak Aku. Aku tahu dia mesti penat kerja shif malam. Tidur malam adalah tidak sama dengan tidur siang. Mesti sesampai di rumah pening semacam je. Dari awal dia dok melayan Aku sehingga la dia meletakkan anak Aku di pangkuanku untuk di susukan. Aku rasa dia sudah bekerja lama melihatkan skillnya. Macam mana la orangnya. Teringin nak berkenalan. Bukan mudah nak sambut bayi. Tapi mungkin bila Aku dah ambil mid wife nanti. Harus berani jugak la. Jika tidak, kerja la Aku di wad medical sampai umur 60.



Moga Aina akan menjadi anak yang baik dan solehah. Amin.

No comments:

nak komen, pun boleh