Friday 23 October 2009

multidisplin lagi............




Assalamalaikum

Hari ni kerja petang.... aku dan Intan selesai pas report pada pukul 10pm.Tak tau la rezeki aku nihh, asyik dapat wad multidisplin. Male sama seperti di tempat lama aku mula-mula bertugas. Cuma kali ni lebih mencabar kesabaran aku kerana aku di tempatkan di wad first class.Wad ni boleh di katakan di kayangan kerana terletak di tingkat atas sekali bersebelahan wad Diraja. Yang mana pesakitnya terdiri daripada Pengarah Kesihatan, Dato', Doktor, MA, dan SN jer belum lagi(mungkin sebab male nurse semua kurang nak masuk wad).Dan biasalah mereka-mereka yang bernama cikgu, pesara polis dan tentera. Patut la aku tengak sister wad aku yang patut habis kerja pukul 5pm balik kerja, bila azan magrib. Rupanya kalau time busy semua orang terpaksa rela balik lambat.

Bagi aku kerja kat mana pun sama ja, kalau kat hospital Sabak aku incharge maxima 27 patient , tapi hari ini aku cuma incharge 4 patient. Cuma kalau kat sini bezanya aku terpaksa ulang alik ke bilik pembedahan. Dan keluar merayau-rayau di sekitar nursing block, kerana hospital ni memang terkenal dengan pelbagai prosedur yang macam-macam ada. Di hospital daerah aku biasa berkawat dalam wad, intubation patient untuk di refer ke hospital besar. Sekarang baru aku rasa, kesian kawan-kawan aku kat hosptal besar. Waktu aku nak hantar patient ke Hospital Klang dulu, sampai nak lalu dengan stretcher pun tak muat. Extension bed menyebabkan laluan di sepanjang wad jadi lorong sempit. Jururawat tenggelam dek ramainya pesakit.Begitulah di sebalik kemudahan ada kesusahan, di sebalik kesusahan ada kemudahan. Dulu masa tinggal di rumah sewa 5 min dah selamat sampai depan muka pintu, sekarang 30 min baru sampai. Kerana itu aku pilih guna Tol sebab tak payah tekan break banyak kali. Bila la dapat balik kerja kat Poliklinik Simpang Kuala ni.Hurmmmm

Untuk membolehkan aku kerja di Klinik atau Poliklinik aku perlu mengambil Kursus Perbidanan selama 1 tahun. Mujur la Pos Basic Perbidanan itu ada di Hospital Sultanah Bahiyah, kalau nak ambil Pos Basic Ortho ke, Renal ke mau la 6 bulan pulak kat KL nun. Jadi sebolehnya target aku dapat perbidanan pun jadi la.... dari tak ada apa-apa post basic. Sekurang-kurangnya esok nak posting kat wad antenatal ke, posnatal ke boleh la...

Aku memandu seorang diri pulang ke rumah pada pukul 11pm, selalunya waktu ini semua penjaja-penjaja sudah menamatkan operasi mereka dan mula berkemas-kemas untuk pulang. Lampu isyarat menyala merah , aku memberhentikan kenderaan. Seorang remaja lelaki yang kurus keding gagah menolak pacuan tiga roda di hadapan aku. Kenderaannya penuh berisi barang-barang, mungkin remaja lelaki itu tidak sabar pulang ke rumah untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Dia mengunakan sepenuh tenaganya untuk mengerakkan kenderaannya sambil berdiri. Tak tau la, berapa berat beban yang terpaksa di tolak. Aku dapat rasakan sebenarnya, kalau kita rasa kita susah ada orang lain lagi yang lebih susah untuk mendapatkan sesuap nasi. Dan yang penting biarlah rezeki yang di perolehi halal dan berkat untuk di bawa pulang kepada anak dan isteri.

Sampai di sini dulu, esok aku kerja petang lagi bersama Shahida dan Adila. Harap semua berjalan lancar. Teringat masa kerja dengan Farhana, Amylia, Siti Sarah bestnyer. Tapi sekarang masing-masing dah berpecah-pecah bawa haluan sendiri. Hargailah rakan anda tika mereka di sisi. Bila rasa rindu....capailah henset, hantar SMS...

No comments:

nak komen, pun boleh