Friday, 6 September 2013

38 Minggu +++++

Untuk kelahiran ke-2 sama juga seperti kelahiran pertama tiada turun tanda. Cuma sakit. Tapi sakit yang 2nd ni sangat sikit pain scorenyer berbanding anak 1st. Yang peliknya walaupun sakit sikit tapi bukaan dah 3.Anak 1st sakit terok baru buka 2cm. Maka aku mengambil keputusan nak pergi PAC dan minta MC, tak sanggup dah nak kerja dengan keadaan yang begitu. Sakitnya macam period yang nak keluar tapi tersangkut tak boleh keluar. Macam sengugut gitu

Sangat la tidak sangka Doc tak bagi aku balik rumah. Dia menjangkakan bila-bila masa aku boleh bersalin. Oleh kerana aku tak bajet langsung kena tahan wad. Aku request nak balik rumah juga-juga. Pi PAC bawa hand bag jer kot. Aku dgn berani menjawab kepada Doc tu yang aku sempat ke hospital bila nak bersalin nanti. Dengan kesabaran Doc tu dia pujuk aku dengan ayat-ayatnya. Aku sebenarnya tak hebat dalam bab pujuk memujuk ni, kalau terdapat patient yang pandai menjawab. Rasa nak marah jer. Dah la dok stress dgn bebanan kerja lagi. Patut la dia boleh jadi MO O&G penyabar dan pandai pujuk memujuk.

Dari start menjejakkan kaki kat PAC aku tak pun rasa sakit ke apa. Sakit tu datng bila aku byk berjalan jerrr, tambah bila waktu kerja dan kena berkawad dalam wad i1(Medical male) . Dah rehat ok lah. Buktinya bila 2 malam makan-tido makan -tido di wad 2c tu aku tak rasa sakit apa-apa pun. Sehingga Doc bagi pilihan nak tunggu ke, nak induce. Tapi bila induce jalan tak buka risiko kena Caesar laaaa. Teringat anak kat umah lagi. Sungguh meruntun jiwa.

Sehinggalah pada pukul 10.45am gitu kot tiba-tiba aku rasa sakit yang amat sangat. Kira satu wad tu dengar la kot aku menyerit. Waktu tu Doc cek bukaan dah 7. Dan dengan izin Allah, dalam 11.05am aku selamat bersalin. Apa yang penting dalam perjalanan nak pi labour Room aku rasa kepala baby dah nak keluar. Sekejap sahajalah proses bersalin anak ke-2 rupanya. Aku dok fikir kalau tak masuk wad, tak sempat ni. Menyesal dok pi pandai-pandai mengomel bila Doc paksa masuk wad.

Jadi tiada la episod, kena set Line, sedut entonox, im pethidine ,pecahkan air ketuban dan in out untuk kosongkan pundi kencing, untuk bersalin kali ni. Yang ada tear, pada hal aku rasa tak angkat punggung pun. Sebab aku pegangan kaki. Redha je la.Cuma jahitan kali ni sikit tak banyak macam dulu.

Selepas 6jam bersalin aku terus di benarkan pulang. Alhamdulillah Allah berikan kumudahan kepada ku untuk kelahiran kali ni.

Masa mengandung aku Ada amalkan
1) Minum air kelapa
2)membaca Al-Quran
3)makan kurma
4)Minum air zam-zam
5)hindari stress dan sentiasa tenangkan diri.

No comments:

nak komen, pun boleh