Tuesday, 19 July 2011

EBM kecil-kecilan

Aku memang suka menyusukan Aina secara direct. Tapi oleh kerana dah bekerja terpaksa la buat stok EBM (express brest milk) ni sebab nak bagi kepada pengasuh bila Aku pergi kerja. Banyak kelebihan bagi secara direct. Pertama Aina akan menyusu sampai terlena, jadi aku boleh buat kerja lain. Kedua Aina tidur lama, contoh tidur pukul 9pm, dan jaga pasa 10am esoknya. Ketiga, Aina kurang menangis sebab dia hanya menangis bila lapar. Jadi untuk memujuknya tidak perlu puting, buai, dukung,dan sebagainya.

Ni la masalah ibu-ibu bekerja. Aku pun dah tak larat nak cari botol yang sesuai supaya tidak menyusahkan pengasuh. Setakat ini Aku cuma mengunakan botol susu MAM. Aina akan tolak botol, dan mahukan botol bila betul-betul lapar sahaja. Keliru puting yang acute jugalah anak Aku ni , dan aku pun masih dalam proses nak faham. Sebelum Aina nak terima botol tu, Aina akan meragam dan menjerit. Tu la masaalah dunia Aku sekarang. Aina cuma mahukan puting yang original. Itu sahaja yang dia tak tolak. Maka bila aku tak larat nak pujuk, terus bagi nenen dah seperti yang di jangka dia kan tidur dengan aman damai.



Ni stok EBM aku, sikit je tapi cukup la nak bagi dekat pengasuh. Aku pun kerja sehari 7 jam jer. Esok anak dah 6 bulan dah boleh makan makanan lembut . Tak payah pulun dok perah sangat. Yang warna hitam dalam bekas kaca tu, saja nak menyibuk. Dalam tu stok nak buat sambal belimbing hitam.Tapi yang penting tak ada kena mengena dengan cerita EBM Aku ni.



Ni cooler beg BABYKING yang aku bagi kat pengasuh, bila sampai di rumah pengasuh Aku meminta bantuannya memindahkan susu-susu ni ke dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran susu ini. Terima kasih la, kepada Mak Cik Semah kerana sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu. Harganya RM 89.00, Aku beli kat Sg Siput, Perak. Kedai Tu nama Baby Hub.



Ni cooler beg MEDELA yang Aku bawa pergi tempat kerja. Ok, la brest pump dia mesra pengguna sebab dia pam macam baby pump. Hisap lepas, hisap lepas. Beg tangan tu juga muat nak isi cooler beg, jadi tak payah la dok qembang banyak beg sangat pergi kerja. Oleh kerana nak mengepam di tempat kerja, kena la buat kerja cepat-cepat. Member-member wad Aku, ramai yang berhenti menyusukan bayi mereka bila dah bekerja. Tak pa la, moga satu hari nanti Aku akan dapat geng yang buat kerja-kerja mengepam ni. Bila sampai di rumah Aku akan memindahkan susu-susu ni ke dalam peti sejuk. MEDELA brestpump macam pureen nak pump guna bateri pun boleh. Aku belinya di BEBE SHOP, kat Ipoh, berhampiran Jusco. Harganya RM 600.00. Aku rasa berbaloi sebab susu baby pun mahal sekarang.

Ni la cerita EBM Aku. Aku rasa cara Aku menguruskan EBM ni betul dah kot.Kot tak betul, silalah betulkan, hehe. sekian, terima kasih.

No comments:

nak komen, pun boleh